Monday, May 23, 2011

Mall terbakar panggil bomba

korang pernah tak main lompat tali sambil nyanyi lagi ni
rumah terbakar panggil bomba
bomba datang berlumba-lumba
dulu time kanak-kanak riang
selalu gak la saya main lompat tali
setiap level lagu dia lain-lain
lagu yang bomba ni aja yang saya ingat
tu pun 2 baris lirik tu aja
lain-lain lupa dah...
budak-budak sekarang ada main lagi tak?
kalau balik kampung
saya tengok anak-anak buah macam dah tak main game yang saya pernah main masa dulu
(tiba-tiba terasa diri ini sudah tua)
tak menarik sungguh game budak-budak zaman sekarang ni..
sebenarnya bukan nak cerita pasal lagu kanak-kanak
nak cerita pasal lain sebenarnya
tapi biasalah
saya ni suka ke laut...huheh

pagi ni saya bangun tidur super awal
stock ala-ala nak bangun sahur lah
gara-gara malam tadi lepas maghrib tidur terus
letih jadi cikgu semalam...◠‿◠

alang-alang dah bangkit awal, of course lah keluar pergi kerja pun lebih awal dari biasa kan?
biasanya jalan lapang tak berapa nak semak sangat
tapi hari ni sesak pula
dalam hati duk fikir, ada accident ke?
cuaca pun macam sedih-sedih je hari ni
hujan renyai-renyai ~ ni pun salah 1 faktor kenapa jalan semak kadang-kadang

dari depan giant bandar puteri puchong lagi kereta dah slow kura-kura dah
hotfm lak dah buat laporan kata ada accident kat jambatan cable (LDP) dengan jambatan dari somewhere at airport subang menghala KESAS
saya pun ok kan aja lah dalam hati
even accident tempat lain, tapi jalan-jalan lain pun harus effect sama

lepas je turun dari flyover menghala tesco puchong
saya dah nampak ada asap hitam berkepul-kepul
tapi tak dapat nak kesan lagi mana punca asap
kenderaan kat jalan memang slow lah
dah la bawa manual...penat kaki
kaki pun duk kebas-kebas

bila dan nak hampir IOI Mall Puchong tuh
dah nampak kelibat air terpancut-pancut ke arah atas
lepas tu dah nampak inche bomba
ohh, ada kebakaran rupa-rupanya
saya fikir kebakaran biasa-biasa je
bila dah sampai depan lokasi asap tu
punya besar juga lah api kebakaran
api tu kat bumbung new wing IOI kot
(tak sure gak new wing ke old wing sebab saya pergi sana 3 kali je)

masing-masing (driver kenderaan lain) memang tertoleh-toleh tengok kebakaran tu
para pekerja IOI ramai-ramai berkumpul kat bawah 1 khemah untuk keselamatan mungkin
saya tak tengok sangat
sebab malas
nak pergi kerja lah
walaupun jam kat dashboard baru 9.05am (masih awal)
tapi bila tengok kereta-kereta kat depan tu punya lah semak
cuak juga saya
walaupun nak ke taman kinrara ikut normal day
15 min dah sampai

kesimpulan dari cerita di atas
rakyat malaysia ni memang perihatin
orang accident pun nak tengok
kereta rosak pun nak tengok
mall terbakar pun nak tengok
adessss...geleng kepala sambil layan lagu lamunan terhenti by aris ariwatan (hotfm pasang)

0 comments:

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger