Thursday, June 2, 2011

baked cheesy black-pepper macaroni potato

ok, ni saya nak share resepi zaman muda remaja saya
saya buat masa umur saya 14-15 tahun macam tu
masa tu sangat muda dan slim serta tinggi
[sekarang dah giant dan terasa diri ini sangat pendek (-'_'-) ~ bersyukurlah]

tapi dulu-dulu saya tak guna pun cheese dengan macaroni
sebab kedai runcit mak saya tak ada jual benda-benda canggih macam tu
hanya ada kentang sahaja
dulu untuk bagi lekat-lekat kentang tu
saya siram dengan telur
kiranya resepi yang saya nak bagi hari ni yang dah upgrade punya
daripada telur ianya bertukar menjadi cheese
hehehe
jom kita tengok resepi ~ serius resepi ni hanya rekaan semata-mata
menggunakan daya imaginasi tinggi yang kreatif kurniaan ilahi

note: gambar malam ni lah upload, malam tadi ambil gambar tapi tak transfer masuk laptop lagi.

bahan:
  • 3 biji kentang saiz sederhana - peel then slice then rebus smpai masak. jangan overcook! (jangan slice macam nak buat kerepek ye, nanti kentang tu layak dibuat kentang lecek atau nama glam dia mashed potato)
  • 4 genggam makaroni - rebus sampai masak (genggam saya lebar)

inti:
  • 1/3 paket daging cincang - anggaran 200gm
  • 1 biji bawang besar - belah dua then mayang halus
  • 3 ulas bawang putih - chop
  • lada hitam serbuk 3 sudu kecil - nak pedas letak lag banyak
  • 3 sudu besar sos lada hitam
  • 2 sudu besar sos tiram
  • minyak untuk menumis
  • garam secukup rasa
  • air asam jawa sesedap rasa - nak masam sila lebih kan
  • cheese - suka hati nak banyak mana and jenis apa, saya guna brand mothers choice yang slice

option tambahan
  • 1 biji tomato - dice
  • 1 batang carrot - dice / potong panjang2 / suka hati nak potong macam mana
  • cili padi cincang - tak letak sebab perut saya puasa cili

cara:
  1. tumis bawang putih sampai naik bau
  2. masuk bawang besar, goreng sampai layu
  3. masukkan daging kisar dan serbuk lada hitam, masak sampai hampir kering air daging
  4. masukkan air asam jawa, carrot, tomato, sos lada hitam, sos tiram
  5. masak sampai air hampir kering then tutup api
  6. gris loyang dengan butter
  7. kemudian susun kentang untuk 1st layer
  8. kemudian letakkan makaroni untuk 2nd layer
  9. letak inti daging, ratakan
  10. cover dengan cheese
  11. tutup dengan 1 layer makaroni
  12. kemudian layer lagi dengan lebihan kentang sehingga menutupi makaroni
  13. kalau suka, cover lagi dengan cheese (saya tak buat yang ni)
  14. bakar pada suhu oven korang sampai kentang nampak nak coklat sikit..(agak-agak cheese dah melt)

bila dah masak boleh lah makan
jangan lupa baca bismillah ye!
selamat mencuba.

gambar

from bottom : kentang, macaroni, inti

kemudian letak cheese

lepas letak cheese, kaver dengan macaroni, and paling atas letak kentang. lagi sedap kalau kaver lagi dengan cheese

berkepul-kepul wap dia

nampak tak dia punya layer?

0 comments:

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger