Friday, June 10, 2011

Cinnamon TeaCake

terliur tak dengan lelehan custard tu? ^_^


hari tu saya dah buat corn custard teacake
rasa dia memang sedap
masih terasa-rasa kegebuan kek tu masuk dalam mulut.. melting je dalam mulut..
tak perlu nak kunyah-kunyah.. hehe


hari ni saya cuba resepi lain pula
Cinnamon TeaCake
bahan-bahan dia pun mudah dan simple je nak buat
sumber resepi asal saya ambil kat sini dan sini
tapi kalau dah nama saya kayNisa..
harus lah saya modify resepi tu kan?
jom kite tengok hasil ubah suai saya kali ni


bahan kek
60g butter
1/4 cawan gula castor

1 sudu teh vanilla extract
1 biji telor

1 cawan tepung naik sendiri

1/2 cawan susu
1/2 sudu teh cinnamon powder


bahan kastard
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu besar gula
2/3 cawan susu
15g butter
1 sudu teh vanilla
1/4 sudu teh cinnamon powder


sediakan kastard
ayak tepung kastard bersama serbuk kayu manis
campurkan dengan bahan-bahan lain
kacau supaya tepung tidak berketul
kemudian double boiled sampai kastard menjadi likat dan pekat


menyediakan kek
panaskan oven pada suhu 170°C
gris dan alaskan loyang dengan kertas minyak(baking paper)
ayak tepung bersama serbuk kayu manis dan ketepikan
pukul butter bersama gula, extrak vanilla sampai kelihatan creamy
kemudian masukkan telur, pukul hingga kembang/gebu
masukkan tepung berselang seli dengan susu ~ tepung>susu>tepung>susu
mix well
masukkan separuh batter dan buat lubang di tengah
masukkan kastard ke dalam  lubang yang telah dibuat
cover dengan lebihan barter
bakar hingga masak ~ boleh refer resepi asal kena bakar berapa lama
(tak sure berapa lama, microwave saya hanya perlu 8 minit untuk bakar hingga masak)




kalau korang ikut resepi ni betul-betul, rasa dia just nice dah. saya modify sebab resepi asal terlalu manis. boleh say hi kat diabetes gitu. heheh 

6 comments:

SumaiyyahAbidah said...

This looks absolutely divine! Balik rumah nanti kena try, hehe.

By the way, saya suka recipe2 yang awak letak dalam blog. Nampak senang and sedap. Tapi belum ada peluang nak cuba:)

KayNisa said...

Sumaiyah: saya mmg suka resepi mudah je. yang susah2 saya xjamin menjadi... klo ade peluang awak try la. thanks sudi singgah blog sy. most of recipe here mmg dah terjamin sedap. hehehe

SumaiyyahAbidah said...

Sure! Insya-Allah saya cuba. Satu lagi saya tertarik sebab awak bakar menggunakan microwave. Menarik...

SumaiyyahAbidah said...

Sure! Insya-Allah saya cuba. Satu lagi saya tertarik sebab awak bakar menggunakan microwave. Menarik...

KayNisa said...

ohh, sebabnya saya cuma ada microwave. tak ada oven. jd, alang2 benda dah ada. sy nak guna seoptimum yang mungkin. sbb normaly orang guna just utk defrost n preheat makanan.. heheh

SumaiyyahAbidah said...

Ok la camtu, nanti kalau saya dah posting and kerja, mungkin hanya ada duit untuk beli microwave. Jadi boleh la bertandang ke sini dan ambil inspirasi! :D

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger