Saturday, June 25, 2011

JJCM: Nasi Arab Damsyik

tadi final paper untuk subject advance artificial intelligence
memang intelligence lah saya mengarang hikayat tadi
most of my friends agak kecewa dengan paper hari ni
seperti yang dah dijanjikan
kami pergi meronggeng
nak bagi lega hati duka cita lara

ronggeng bukan ronggeng cik kiah
ronggeng ni ronggeng makan sampai tak larat nak gerak dah

kami pergi try makan nasi arab kat restoran baru kat bangi
My Rice, My Healthy ~ panjang betul nama restaurant
yang lagi hairan
logo dia seekor ayam
mati-mati ingat jual nasi ayam atau masakan ayam
alih-alih jual nasi arab
haha...

tadi saya cuma order nasi arab damsyik kambing
dah itu menu yang gah terpampang kat signboard restoran ni
haruslah yang cheff recommended kan?


daging kambing tersorok bawah nasik - banyak! sedap!
sambal, kuah kari? acar jelatah pun sedap!! tapi manis sikit lah, saya ok je. 
nasi dia sedap, tapi a bit oily and basah-basah gitu..dan nasi dia tak panjang..
normally saya makan nasi arab, nasi dia panjang-panjang dan kering...tapi sedap


ni kawan saya, nama dia nadhilah... (makcik, aku promote hang lagi kat sini...haha)
dia tak suka kuah-kuah manis
sambal manis
acar jelatah manis
sebab dia tak suka benda yang manis-manis... hehehe


ini namanya ruz bin laban
macam dadih
tapi ada nasi
saya conclude dia sebagai dadih nasi / dadih tapai.... haha
puding nasi pun boleh
sedap kalau makan sejuk-sejuk peti ais..
nak nak di cuaca panas terik nan rembang...perghhh...nyaman

harga untuk nasi damsyik tu RM12
ruz bin laban tak tahu sebab tauke kedai kasi kami try untuk testimonial...

3 comments:

SumaiyyahAbidah said...

Banyak nye nasi! Ruz bin laban tu kalau translate jadi 'nasi denagn susu' kan... so macam bubur nasik kot... nmpak sedap

KayNisa said...

haah, dia guna nasik n susu.. memang sedap. nasi dia mmg banyak. sahre 2 orang pun boleh. tp saye makan sorg je.. haha

Anonymous said...

Akak pun dah cuba nasi Damsyik kambing. Memang sedap dan lembut nasinya. Murah jugak harganya kalau nak banding dgn kedai lain.Siap boleh kongsi dengan hubby lagi.

Ruz bi Laban pun sedap. Nak aje tambah lagi. Cumanye, staff kat kedai tu kena jaga sikit penampilan sebab ada yang rupa macam jaga warung.

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger