Friday, June 10, 2011

puding caramel microwave

semalam sembang-sembang dengan member
cakap pasal beberapa makanan yang teringin sangat nak makan
pastu tiba-tiba tersebut pasal puding caramel

saya selalu buat kalau balik kampung
sebab mak punya fav
suka lebar dia kalau saya buat makanan kegemaran dia
kawan pun mintak la resepi
malangnya otak saya tak simpan pulak resepi tu
ingat-ingat lupa je

try la sms adik, sebab dia ada simpan resepi tu
dia lak kat rumah abang long
sms kak ngah pun tak dapat gak
kak ngah tengah drive

haishhh...
try la google gambar puding caramel
ada la beberapa gambar lawa
saya klik kat gambar yang lawa tu, kot-kot ada resepi kan kat web dia
akhirnya dapat lah jugak resepi mudah dan simple
tapi dalam bahasa indonesia lah
sourcenya kat sini

tapi macam biasa lah, saya ada ubah suai sedikit resepi asal
(tak boleh ke kalau ikut betul-betul resepi tu hah??)

bahan untuk caramel
50 gm gula
air secukupnya

bahan untuk puding
3 biji telur
50gm gula
1 sudu teh susu pekat manis
250ml susu cair
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu tepung kastard

cara untuk karamel
ratakan gula dalam loyang
basahkan dengan sedikit air ~ cara dia titiskan air kat keseluruhan gula
panaskan sampa nampak warna keemasan / ligth brown
angkat loyang dan ketepikan

cara untuk puding
blend semua bahan dalam blender
tuang kedalam loyang yang mengandungi caramel

masak puding
option 1 - kukus hingga masak
option 2 - water-bath dalam microwave pada suhu high 100% selama 10minit / hingga masak

bila dah masak, sejukkan
terbalikkan ke atas pinggan untuk hidangan
sedap dimakan selepas didinginkan dalam kulkas (peti es)


2 comments:

Nisa' said...

I love caramel. Saya selalu juga buat for 15 eggs, but do you know macam mana nak buatkan air gulanya lebih banyak?

KayNisa said...

Nisa' awak nak air gula banyak? awak lebihkan gula lah.. hihi.. 15 biji telur tu byk nye.. huhu

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger