Thursday, June 9, 2011

Puding Roti Microwave

serious sedap
paling sedap sos kartard tu
sumber resepi saya ambil dari sini
tapi saya dah ubah suai ikut kesediaan bahan-bahan


bahan-bahan puding
A: 
250ml susu ~ saya guna susu anlene yang dibancuh dengan 250ml air suam
4 keping roti ~ saya guna roti wholemeal

B: 
2 sudu besar gula
2 sudu besar butter 
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla 
1 sudu besar tepung jagung 
1 sudu teh serbuk kayu manis ~ resepi asal tak letak

C: 
2 sudu besar kismis / kurma ~ saya campur both, boleh juga guna buah campuran

bahan untuk sos kastard
1 tin susu cair 
2 1/2 sudu besar tepung kastard 
2 sudu besar gula 

cara-cara 
1. carik-carikkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam 
2. kacau sebati roti bersama bahan B
3. masukkan kismis/kurma dan tuangkan kedalam loyang yang telah digris dengan sedikit butter
4. bakar pada suhu moderate-high 60% selama 8 minit atau hingga masak

sediakan sos
1. campur semua bahan dan gaul rata agar tidak berketul
2. double boiled hingga sos kelihatan pekat dan likat
3. tuangkan sos di atas puding semasa nak makan ;p

note: sedap juga kalau makan dengan ice-cream

0 comments:

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger