Thursday, July 21, 2011

Cuti-Cuti Malaysia : Kuching #3

Day 1 Part 2 - entry ni banyak gambar, kalau lambat nak load i mintak sorry lah yeee..hehehe

ok, lepas dah sampai kami terus ambil bagasi
kemudian ke kaunter imegresen
kena ambil pas lawatan

[boleh berasa di sarawak selama 90 hari je]

lepas dah settle semua
kami cari teksi untuk ke hotel
tambang teksi dari airport ke hotel RM26
tambang dia dah ikut zone
bukan pakai meter
so harga dah fix lah
hotel tempat kami menginap kat jalan abell
memang dah dekat dengan waterfront
2 malam RM160
nama hotel abell residence hotel
komen untuk hotel - bersih, tapi tak ada kettle untuk masak air. aircond dia sejuk macam duduk dalam peti beku. tapi nasihat saya untuk siapa-siapa yang nak more low budget, boleh cari homestay.. kenalan saya dapat RM200 untuk 4 hari 3 malam beserta kereta sewa... bagus bukan?  

lepas dah sampai hotel
kami siap-siap solat jamak takdim zuhur asar
then cari tempat nak isi perut
dah buloq time ni
dah hampir pukul 2 kalau tak silap
syukur dekat hotel tu ada satu kopitiam
so kami masuk makan kat sana
nama kedai dia Ayam Bakar RJ Kopitiam

special menu diorang nasi ayam penyet
so kami try lah

[order yang biasa, harga RM7. tak ada tauhu dan tempe! ayam dia kering, tak macam ayam penyet yang biasa..juicy di dalam, rangup di luar. ayam dia pun tak penyet..hahah]

[air sirap longan - manis ya rabii, boleh mengundang diabetes]

lepas dah siap makan
kami jalan ke waterfront
masa tu matahari memang panas terik
dari hotel ke waterfront cuma 10 minit jalan kaki
ni nasihat sikit, nak cuti-cuti tak yah pakai heels.. nanti penat nak jalan

[bergambar kat tepi sungai, dalam hati gayat takut kamera jatuh dalam sungai]

[naik bot/sampan macam ni untuk seberang sungai ke kampung boyan, ada apa kat sana? next entry ok.]

[jeti kat seberang sungai, food court kat situ buka malam je. siang tak buka (_) ]

[river cruise-klik gambar di atas untuk tengok dalam bentuk slide]

saya ada cakap before ni panas terik kan? bila dah petang hujan rahmat turun dengan lebatnya, proses shopping agak terganggu. kami shopping dan cuci mata kat main bazar je. memang sekitar waterfront tu aje

sambil tunggu nak lintas sempat snap gambar tokong lama - tua pek kong

ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan yang data
kenapa Allah bagi hujan lebat kaw-kaw?
sebab Allah nak hadiahkan PELANGI



beg pink tu khas untuk letak barang-barang yang dibeli ◠‿◠

ni dinner untuk malam pertama... (◕‿-)

0 comments:

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger