Friday, July 22, 2011

Cuti-Cuti Malaysia : Kuching #4

Day 2

permulaan sebelum jalan-jalan cuci dompet haruslah bergambar dengan statue kucing..hehehe

lepas dah bergambar dengan patung kucing
kami gerak cari teksi untuk ke satok
nak buat apa kat satok?
nak beli terubuk masin la..fresh tauuu
rambang mata kat sana
tambang teksi dari depan hotel riverside  ke satok = RM12

sampai kat satok perut dah bunyi-bunyi mintak di isi
alang-alang dah kat satok
kami suruh pakcik teksi drop kami kat kedai makan haji salleh
bila google, banyak yang suggest makan mi kolok atau mi sapi kat sini
so kami try lah

kawan saya makan mi kolok, rasa macam megi goreng
cuma ada sup

saya makan mi sapi, betul-betul rasa sapi [lembu]
sambal cili pedassssss

komen mi sapi dan mi kolok - sedap la
perut tengah lapar, semua pun sedap...heheh
harga pun standard harga mi sup

lepas dah makan kami gerak ke pasar satok
tapi sebelum tu singgah ke mall apa ntah
sebab sekali jalan je
sebab hajat di hati memang nak cari sweater / jumper untuk pakai kat office yang sejuk beku tu
pusing-pusing dalam mall jumpa 2 yang berkenan di hati
tapi ambil yang still around the budget la
sebab yang lagi 1 tu harga dia 100++, tapi serious cantik

lepas dah habis pusing mall
kami naik jejantas yang memang direct je dari level 1 mall untuk seberang jalan
sebab pasar basah satok kat seberang jalan tu
kalau datang sabtu atau ahad, kat sini ada pasar sabtu dan ahad
which is lagi meriah
dan kebarangkalian dompet cepat nipis tu memang tinggi la..hikhik

dah sampai kat pasar tu
kami jalan-jalan la 
tengok-tengok gerai mana yang berkenan di hati
sebab banyak betul gerai yang jual ikan terubuk
lepas dah siap pilih gerai dan pilih ikan
saya beli 2 jenis ikan terubuk which is yang sesuai untuk goreng dan jenis untuk masak rebus atau gulai
lepas dah siap semua
kami pulang ke hotel untuk solat zuhur dulu
lepas dah solat semua
kami gerak ke little india street
jalan kaki je
ambil masa 30 minit kot
sebab ada singgah-singgah ambil gambar

sebelum shopping, harus lah isi perut untuk lunch
kitorang pilih makan kat kedai mamak bernama Bismillah
order nasi goreng kampung
tapi rasa dan rupa macam nasi goreng bilis..hahaha
syukur je lah, janji kenyang

mahkamah lama

gerbang masuk ke little india street


apa ada kat sini?
ala-ala jalan TAR.. jual kain
wajib beli kain corak batik sarawak
katanya tak ada kat semenanjung
harga pun ok lah
boleh tawar menawar

sedang syok-syok pilih kain
hujan turun lebat macam hari pertama gak
hari ni kawan saya dah ada payung, singgah beli masa on the way nak ke little india
so saya boleh la guna payung saya yang memang saya dah bawa siap-siap
jadi, moral dia sediakan payung sebelum hujan
walaupun kamu nak pergi melancong..heheh

tunggu hujan reda sikit
sebab nak seberang ke KFC tu...makan lagi..hujan-hujan perut mudah lapar

KFC ni pekerja dia memang cakap pakai bahasa isyarat
dengan saya sekali nak cakap guna bahasa isyarat..macam lawak lak

barang-barang yang dibeli

lepas dah siap makan kat kfc
kitorang gerak dengan teksi
tak mampu nak jalan kaki dengan keadaan hujan masih rintik-rintik halus 
kat tangan sarat dengan barang-barang shopping
tambang teksi dari little india ke waterfront RM10

meneruskan aktiviti shopping kat sekitar jalan bazar

nampak tak?
.
.
.
.
.
.
.
.

zoom sket, Fair Price Shop Award

banyak-banyak kedai yang kami masuk
memang kedai ni aje yang ade frame ni
tapi sumpah saya tak ingat apa nama kedai tu
nanti rajin-rajin usha ye.. heheh
memang boleh tawar menawar sampai dapat harga yang puas hati lah

lepas dah siap shopping kat main bazat kami ke mana?
sambung next entry ok..macam dah panjang je
hehehhe...

0 comments:

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger