Monday, July 25, 2011

Cuti-Cuti Malaysia : Kuching #5

Day 2


ok sambung entry dengan gambar my magic shopping bag dulu


penuh 1 bag..bahu pun senget je kendong bag pink tu

lepas dah siap shopping
kitorang ke waterfront sebab nak naik bot ke kampung boyan
waktu tu dah around 6.30 PM i think

adik-adik ni relax je naik bot
saya lak gayat aje
nak-nak time orang naik
bot senget je
tambang untuk satu hala RM0.50
jadi untuk pergi balik sila kira sendiri..◠‿◠

bila dah sampai kami gerak ke kedai kek lapis
mira cake house
masa tu tak sure mana satu kedai dayang salhah
kenalan saya yang dah ke kuching cakap kek lapis mira pun sedap
alang-alang nampak kedai mira cake house tu
saya pun singgah je lah
ada tester
test semua yang ada sambil tanya each tester tu perasa/jenis apa
layanan pekerja mira cake house dari 10 - 1 (10 = very good) saya cuma dapat bagi 1
kenapa? customer tanya, pekerja tu buat tak layan je
malah boleh pula bersembang sesama sendiri
customer kat depan terkial-kial panggil
ikut hati memang saya nak blah
tak payah beli pun tak apa
sebab kek lapis memang out of my list - tak suka sangat kek lapis sarawak
bagi saya, kek lapis sarawak istimewa kat corak-corak dia je
semuanya bukan taste saya
rasa hanyir telur
kalau benda-benda berbau/rasa hanyir memang tak dapat nak telan
jadi saya tak suka
kek yang saya rasa kat mira cake house tu pun terasa hanyir
mual tekak i tau
tapi demi adik ipar yang kempunan
beli lah jugak 2 ketul
baik kan saya? boleh dapat award kakak ipar best tak? hahah

lepas dah beli kek lapis kami gerak ke food court yang ada kat situ
masa tu tak tahu nak order apa


limau mantak = limau kasturi
kalau kat semenanjung, air sirap tu yang warna merah
kat sini kena pilih either nak ros / sarsi / oren  


nasi goreng special - nampak tempting dengan udang tu..tapiiiiii...masin mengundang high blood pressure

laksa sarawak - memang laksa ni rasa macam jamu eh?

teh c pandan special -manis mengundang diabetes

waterfront dari kampung boyan

naik bot mau pulang ke hotel

penutup hari kedua mesti disudahi dengan gambar patung kucing di waktu malam (◕‿-)

gula-gula lada hitam kiriman adik bongsu ku.. rasa dia? macam pelik je.. hahah

4 comments:

Huszaini said...

ada jer yang tak kena kan?! hahaha.. mesti seorang yang menjaga kesihatan! bagus2!!

KayNisa said...

haha.. sy sebenarnya bukan lah cerewet sangat. tapi kalau masin dia macam tertumpah garam tu.. memang tak dapat nak telan la. kesian kat kawan saya tu. actually laksa sarawak tu sedap. cuma ada rasa macam jamu. licin je saya makan.. heheh

Princessgathis a.k.a CinTa said...

kakak ipar terbaikkk...kihkihkih... balik la..nk rase kek sarawak yg xberape sedap tu..hahahaha(annoying)

KayNisa said...

nanti lah kalau rajin..bulan pose balik insyaAllah

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger