Friday, August 12, 2011

Ikan Ubi Masak Stim Tempoyak

ini namanya ikan ubi
abang ngah saya yang pancing
dia pancing sehari sebelum saya balik kampung
dia simpan untuk saya

ni masa bulan 5 hari tu
baru terasa nak upload

ikan ni memang sedap kalau masak stim
isi dia putih macam ubi kayu

manis je, segar pun ye



ramuan nak stim pun tak susah
saya main lumur je apa yang ada kat dapur mak saya






nampak tak isi dia tu...
bertambah-tambah nasik 

malas nak bercerita
nak share resepi mudah ni aje
boleh apply kat ikan lain yang sedap dimasak stim

ramuan:
ikan dicuci bersih dan perap dengan limau nipis
*kulit limau dihiris halus
*bawang merah 2 ulas dihiris halus
*bawang putih 3 ulas dihiris halus
*cili api 10 biji dihiris halus, nak pedas bubuh lebih
*cili kering kisar 1 sudu besar
*garam secukup rasa
*tempoyak secukupnya
daun kunyit

cara-cara
gaul bahan-bahan (*) bersama ikan, lumur seluruh badan ikan dan celah-celah ikan
perap sekejap
balut ikan dengan daun kunyit
stim selama 20 minit atau hingga masak

0 comments:

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger