Friday, August 19, 2011

Puding Caramel Jagung


[tak reti potong lawa-lawa]

Resepi ambil dari myresepi, tapi dah lupa siapa yang post
sebab salin laju-laju kat office

bahan-bahan
10 biji telur
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
1 sudu teh esen vanilla
1 tin krim jagung
*5-7 sudu besar gula

  1. cairkan gula didalam loyang sehingga nampak keemasan / coklat / perang kemudian ketepikan
  2. campurkan semua bahan-bahan lain kacau sebati dengan 1 arah putaran, jangan kacau sehingga telur kembang
  3. masukkan adunan kedalam loyang yang berisi gula caramel tadi
  4. kukus 15-20 minit, jangan terlalu lama supaya puding tak keras
puding ni rasa dia sedap dan tak berbau hanyir macam puding caramel yang biasa

0 comments:

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger