Tuesday, October 4, 2011

Pineapple and Celery Juice

[nampak macam air tebu]

3 potong nenas
3 batang celery, daun tak perlu ambil

masukkan dalam juice maker
juice dicampurkan dengan sedikit madu, tak nak campur pun tak apa
sedia untuk diminum

khasiat buah nanas/nenas
  1. mengandungi bromelain - enzim penghadaman yang kuat yang boleh memusnahkan bakteria dan parasit yang tak elok untuk badan.
  2. membantu protein dihadamdan boleh menghalangpembentukan darah beku.
  3. bromelain adalah anti-radang semula jadi mengurangkan pembengkakan dan keradangan di dalam badan. Bermanfaat untuk pesakit arthritis, menggalakkan penyembuhan selepas kecederaan.
  4. Satu sumber terbaik antioksidan semula jadi vitamin C, membantu menyembuh selsemadan bromelain mengurangkan mukus, membantu menyembuhkan batuk dan jangkitan tekak.
  5. baik untuk tulang kerana nenas adalah sumber mangan yang baik iaitu mineral yang diperlukan untuk tulang yang sihat.
  6. Jus nanas mentah adalah penawar untuk rasa loyadan mungkin berguna semasa mengandung (i wonder sket yang ni, orang selalu cakap makan nanas tu boleh gugurkan kandungan ???????).
  7. Makan nanas adalah ubat untuk sembelit!!!!

khasiat celery
  1. kaya dengan natrium dan kalium
  2. jus daripada celery boleh dijadikan minuman elektrolit (contoh minuman elektrolit:100+)  sesuai untuk  rehydrate badan selepas kerja keras (ex: bersenam)
  3. Menenangkan dan melepaskan tekanan, boleh membantu mengurangkan tekanan darah, sesuai untuk pesakit darah tinggi
  4. Mengandungi sebatian coumarin yang dikatakan mempunyai ciri-ciri anti-kanser, dan boleh membantu mengurangkan migrain.
  5. a natural diuretik, which can help flush out the toxin from your body (melawaskan kencing)

0 comments:

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger