Wednesday, October 19, 2011

Senyumlah-senyumlah ahaiii cek mek molek

lama dah tak makan dan buat kuih cekmek molek
teringin lak...ada sapa-sapa nak?
hehe.. yang ni recycle gamba lama je
buat masa ramadhan tahun 2010

bahan nak buat pun senang je
perlukan kerajinan je

bahan:
1. ubi keledek, mak pesan jangan pakai keledek kaler oren
sebabnya isi dia terlalu lembik
nanti berkati-kati lak tepung nak kena guna
dah tak ada rasa ubi
2. tepung secukupnya
3. gula pasir / gula merah / gula perang
4. minyak untuk menggoreng

cara-cara:
1. rebus keledek sampai empuk, bila dah empuk toskan hingga sejuk
tapi kalau anda memiliki kulit yang tahan panas, tak perlu tunggu sejuk ^_^
2. lecek ubi hingga hancur/halus
3. gaul dengan tepung sedikit demi sedikit hingga doh tak lekat kat jari
4. bila doh dah cantik, ambil sikit-sikit buat leper-leper then letak gula kat tengah-tengah kemudian gulung
5. makesure lubang tertutup rapat or else nanti masa goreng gula meleleh-leleh keluar masuk minyak
goreng hingga perang dan siap untuk di makan...
6. hati-hati masa nak makan, gula kat dalam cair dan panas.. boleh menyebabkan kecedaraan pada lidah anda.

0 comments:

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger