Saturday, December 31, 2011

Caramel Pudding Cake also known as Kek Puding Karamel

kek ni saya buat masa cuti xmas yang lalu
lagipun adik bongsu nan seorang (ada ke adik bongsu 2 orang??)
adik bongsu saya yang bertapa kat asrama kes nak final exam pesan suruh bawa makanan sedap-sedap on xmas day... chopp, kami tak sambut xmas tu. cuma time xmas tu saya cuti..
saya dengan adik ipar saya fikir lah nak masak apa ye... sebab teringin nak buat desert selain dari bawak nasik dan lauk pauk.. then saya terfikir caramel cake & adik ipar cakap dia pernah makan dan sedap. saya pun memang dah google the recipe actually. tapi terpaksa google lagi sekali sebab confuse tang pudding dia.. perlu kukus dulu kah? tak kan main tuang je cake barter tu kan?
so, this is the combination recipe. source dah tak tahu siapa punya. main salin je.. maklum lah kat kampung.. line slow macam siput gondang daaa...

pandangan atas.. memang nampak tak lawa, 1st time buat dan acuan dia saya guna periuk
rumah mak saya manalah ada acuan kek bagai ^^

nampak tak the pudding... seriously the taste of cake soooo moist and nyummmeehhh
the pudding part memang superb... sebab caramel pudding ni one of my fav food... huehuehue


Bahan-bahan
(A) - Bahagian Karamel
2 sudu besar gula (untuk buat gula hangus a.k.a karamel)
guna loyang bersaiz 7" x 7"
*tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan. Biar gula cair dan warna bertukar menjadi perang atau keemasan. tutup api dan biarkan sejuk

(B) - Bahagian Pudding
1/2 tin susu cair
40gm gula kastor
1/2 sudu teh esen vanila
3 bj kuning telur

* kalau nak lebih tebal, gandakan bahan

(C) - Lapisan Kek
140gm tepung gandum
60gm gula kastor
3 biji  kuning telur
135 ml air
1 sudu teh baking powder
1 sudu susu pekat manis
45ml minyak masak atau minyak sayuran

(D) - Cara Buat Meringue
6 biji putih telur
50gm gula kastor
1 sudu teh krim of tartar



Cara membuatnya:
1. Kacau semua bahan (B) perlahan-lahan. tak perlu guna mixer. cuma kacau macam nak buat air. slow and steady gitu. jangan sampai berbuih. nanti pudding dia berbuih-buih. nanti jadi tak cantik sebab ini bukan puding buih ^^
2. masukkan (B) tadi ke dalam loyang gula hangus/karamel yang dah mengeras tadi. sewaktu menuang anda akan bunyi karamel keras tu. bunyi macam mana tak reti nak explain. anda dengar lah sendiri
3. pukul bahan (C)
4. pukul sampai bahan (D) smpai jadi kembangdan bila kita angkat letak atas kepala pun dia tak jatuh. ada petua tau, make sure telur putih tu tak bercampur dengan bahan-bahan lain seperti kuning telur atau air. bekas yang nak guna untuk mix the meringue ni mesti bersih dan kering. insyaAllah meringue akan cepat jadi dan tak jatuh walaupun bekas diterbalikkan
5. campurkan adunan (C) + (D) kemudian gaul dengan senduk hingga sebati..
6. bahgikan kepada beberapa bahagian untuk diwarnakan, kalau nak warna warni lah
7. masukkan barter ke dalam loyang perlahan-lahan.. ingat bahan puding tadi tak perlu dikukus terlebih dahulu. just tuang cake barter perlahan-lahan kedalam adunan puding
8. Bakar cara double boiling/steam bath - selama 1jam suhu 160-180C mengikut kondisi oven anda
9. Bila masak angkat dan rest the cake sampai sejuk supaya mudah nak dikeluarkan dari acuan. masa nak keluarkan tu memang nampak macam berair sikit because of the pudding
10.Masukkan dalam peti sejuk untuk rasa yang lebih enak

kek ni sangat gebu dan moist.. dia punya texture tu ala-ala texture new york cheese cake. saya cakap texture ye, bukan rasa.. nanti ada lak yang tersalah faham. kek ni memang tak rugi kalau cuba. sebab rasa dia memang superb!!

0 comments:

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger