Saturday, April 30, 2011

8989

ha.. jangan duk ambil buat tikam ekor nah
nanti i sebat u punya buntut
i sebat kuat-kuat taw




cantikkan nombor...
hmmm..hajat dihati nak buat contest kira guli 10000,
tapi bila terkenang contest jom kira guli 5000 tak ada sapa pun nak masuk :( sedih taww...

kalau saya buat contest kira guli sempena nak terjah 10k ada orang nak join tak? ce angkat tangan macam usop?? heheh...



Monday, April 25, 2011

Kerabu Daging Ala Nyonya

beberapa hari yang lalu dengan gatal tangan nya saya jalan-jalan kat blog pakcik mat gebu
seperti biasa agak meleleh lah kalau tengok blog pakcik mat tu... 
duk merayau-rayau kat blog PCM tu, terbuka entry kerabu daging ala nyonya
alamak... saya memang suka kerabu nih
tapi tak pernah pula makan kerabu daging
kerabu perut pernah lah kan
lain-lain tu kerabu pucuk paku, kerabu tauge, kerabu timun, kerabu mangga...nyam-nyam.. sedapnya.. leleh dah nih
lepas tengok entry kerabu daging tu, saya memasang cita-cita ~ amboi, cita-cita tu.. heheh
cita-cita nak buat kerabu daging jugak


kebetulan stock daging korban masih ada.. hehehe.. memang dah jadi seketul batu dah dalam peti es tu
harap-harap tak bertukar rasa lagi daging tu


akhirnya semalam baru terlaksana nak buat kerabu daging tu
balik dari pesta buku terus singgah giant mencari santan serbuk
bahan-bahan lain dah ada


pukul nak maghrib baru start merebus daging sebab terlalu kepenatan berpesta  buku... sebabnya sepanjang petang duk membuta bersama my gumiho (◕‿-)
lagi pun penat merayau cari lokasi nak pergi interview hari ni ~ doakan kesuksesan saya ya..◠‿◠


ok, malas nak cerita panjang-panjang
jom tengok resepinya


*amaran: seperti biasa saya telah sesuka hati saya merubah resepi asal, buat ikut bahan yang ada dan selera tekak saya dan selera tekak makhluk tuhan rajin mengemas


bahan-bahan
1. 1/2 kg daging salai ~ dah salai siap-siap kat kampung masa raya korban yang lalu
2. 5 biji cili padi di hiris halus
3. bawang merah 2 ulas di hiris halus
4. sepaket santan serbuk ~ boleh tukar santan perah mahupun santan kotak
5. 1 biji limau nipis saiz besar diambil jus
6. cuka secukup rasa
7. garam secukup rasa
8. kacang botor dihiris halus
9. 1 kuntum bunga kantan dihiris halus
10. 1 batang serai dihiris halus


bahan untuk ditumbuk
1. cili padi 5 biji
2. belacan 1 inci dibakar


cara-cara
1. daging salai dipotong nipis kemudian direbus, dalam air rebusan tambah garam dan sedikit perahan limau nipis. rebus hingga empuk
2. setelah daging empuk, toskan air rebusan. jangan buang air rebusan tu
3. bancuh santan serbuk dengan menggunakan air rebusan daging yang masih hot. kuantiti air yang nak guna ikut citarasa, jika nak kerabu ni agak berkuah lebihkan air
4. campurkan santan yang telah siap dibancuh bersama daging, masukkan bahan yang telah ditumbuk dan lain-lain bahan kemudian gaul rata. rasakan, jika dah cukup rasa boleh lah dihidang


hmmm, amacam? agak-agak pakcik mat marah tak saya dah buat RnD terhadap resepi beliau? silalah jamu mata dengan gambar-gambar dibawah











Thursday, April 21, 2011

burger apple

siapa-siapa yang pernah bermastautin di melaka
pasti tahu akan kewujudan burger apple
gerai dia kat tepi pantai klebang
last saya dapat makan tahun 2006
sebab lepas habis study, ada juga pergi cari
tapi dah tak ada
sebab pantai klebang dah kena korek
tak tahu nak buat apa
nak bagi lagi cantik kot???

nak kata terlampau sedap tak de pun
sedap lagi burger black pepper bukit beruang ~ ini pun dah tak wujud

maybe mereka ni pinda lokasi
huhu


burger nya biasa-biasa je
ada letak telur goyang
fries
tomato & timun
kepingan-kepinngan apple hijau nipis

dia jadi sedap kalau makan time stress dengan final project (maklumlah student lagi masa tu)
juga makin sedap kalau orang belanja ~ thanks jaja 


My Girlfriend is a Gumiho #5 ~ Fav place to nap




Wednesday, April 20, 2011

ice cream goreng

dah lama tak pergi pantai batu buruk
kat mana?
terengganu lah
dulu masa kecil-kecil (ye, sekarang saya sudah besarrr)
selalu mandi laut kat pantai batu buruk
seronok


yang rupa cekodok tu buka cekodok
dalam nya ada ice-cream yang sedap
tak macam ice-cream goreng kat sini yang macam bantuk karipap tu
versi foodcourt pantai batu buruk lagi best
siap bagi 1 scoop ice-cream
1 slice orange
best!!


LAT Kampung Boy The Musical

1. ok, tayangan LAT Kampung Boy The Musical (LATKBTM) dah lama berlalu, last tayangan pada 5 april 2011 tapi hari ni baru nak cerita.. basi pun basi lah. apa boleh buat, baru dapat gambar.. macam tak syok buat entry bagus tanpa gambar bukan?

2. tayangan LAT di Istana Budaya telah lama digembar-gemburkan, sejak tahun 2010. akhirnya menemui penonton pada 16 March 2011 – 5 April 2011

3. pada mulanya saya tak nak tengok pun LATKBTM, tapi setelah mendengar interview di stesen radio paling hot tak lain tak bukan HotFM.. saya terus teruja dan beritahu kawan supaya tempah tiket untuk saya 1

4. nak tahu kenapa saya tiba-tiba gedik nak pergi? sewaktu interview di radio, atilia nyanyi lagu time dia marah Lat. sangat catchy dan comel...mereka tak nak buat OST album ke?

5. pada mulanya kawan-kawan merancang nak tengok bulan march, tapi saya ni bergaji kecil. tak seperti mereka yang bergaji besar. mampu tengok teater 2-3 kali sebulan ~ sila rujuk disini

6. saya dengan sesuka hati mengguna kuasa yang ada, minta mereka tukar terikh ke 3 April

7. disebabkan tarikh 3 April pilihan saya, maka kami semua bertuah sama-sama menonton LATKBTM bersama  DYMM Sultan Selangor. rasa hebat disitu! kamu pernah tengok wayang atau teater bersama-sama sultan? rare bukan?? 

8. menambah lagi ke-best-an menonton LATKBTM, the real Mrs. Hu yang rambut tinggi tu ada datang menonton sama. tapi rambut dia pendek dah.. tak tinggi macam dalam komik LAT.. heheh

9. Datuk Lat dan isteri juga menonton sama pada hari tersebut

10. hans isac handsome ok. dalam tv tak pun. 

11. saya baru tahu awie tak tinggi mana... kenapa? sebab bila dia berdiri dekat-dekat dengan atilia, mereka hampir sama tinggi. tak tahu lah kalau mata saya rabun


12. Yasmin Yusoff jadi emcee sebelum persembahan dimulakan


13. kalau mata ni tak salah, afdlin shawki jadi cameo dalam teater ni.. sebagai jurugambar

14. ni je kot.... jom tengok gambar. jangan terkejut kalau masa loading page ni anda rasa macam agak terkejung-kejung sikit. banyak gambar daaa... hikhik


poster

komik lat ~ bazar bulat, ipoh, perak

agak lampi ketika membaca kartun ni. lama-lama baru faham dan kemudian gelak sorang-sorang


boleh dikatakan fullhouse compare to previous theater

Puspa Narayan (Guru Muzik) ~ Douglas Lim  (Franky, kawan baik Lat) Sandra (Mrs Hu)

Jalil Hamid ~ bapa Lat

nampak tak kanak-kanak antara douglas lim & jalil hamid? dia memegang watak Lat kanak-kanak
Omar Abdullah ~ Pak Samad

Atilia ~ kekasih & isteri Lat


Awie ~ Lat


The real Lat & Mrs Hu


Harith Iskander ~ Awie ~ Hans Isac



Mrs 'Hu' & Mrs Hu


Tuesday, April 19, 2011

berlagak lah


acting lah?? 


patung...flush toy..yang kiut miut

selalu sangat saya dapat benda-benda macam ni
tetapi tahukah anda saya tidak boleh memiliki item-item sebegini
nampak dek ayah
harus dia bako

tak ada maknanya dia nak cakap
kite bako, kite bako before dia nak membako
tahu-tahu dah jadi abu T___T


Kisah Rumah Sewa #2 - Episod 2

pukul 6.55pm
belum solat asar
drive laju-laju
nak sampai rumah cepat
nak solat asar

tit tit tit
sms masuk
gas habis

huh, duit ade rm19 je
syukur cimbbank tepi jalan
berhenti tepi jalan
pak jpj / polis trafict nampak sure kena saman
selesai korek duit

drive laju-laju menuju kedai runcit nak beli tong gas

kedai melayu
k:gas ada tak?
m:ada
k:boleh hantar tak?
m:tak boleh lah, memang tak hantar.
k:alamak, saya tak leh angkat berat. betul-betul ni, as per doc advice
k:saya bayar lebih pun takpe, please lah hantar
m:memang tak hantar lah kak
k:tak pe lah, saya pergi beli kat kedai india sana
(si m adalah lelaki muda yag gagah, juga ada pembantu kedai)


kedai india
k:ada gas?
u:ada, rm28
k:boleh hantar tak?
u:tak da orang lah
k:ala, uncle saya tak boleh angkat berat ni

datang budak india berpakaian sekolah dengan muka tertanya-tanya
uncle cakap dalam bahasa mereka

a: kakak, upah saya rm2, saya hantar kan
k: ok, thanks uncle n adik

tong gas dah sampai rumah
adik india duk panggil-panggil
satu makhluk pun tak keluar atau pun atleast cakap sebentar nak ambil kunci or apa-apa

saya sampai rumah dengan termengah-mengah
dah 7.15 ~ belum solat asar
dengan ganas saya ketuk pagar
tak ada kunci
tinggal sebab ada orang kat dalam rumah
incase apa-apa berlaku
ada kunci nak keluar dari rumah

masih ketuk pagar rumah
nampak je kat dapur ada orang tengah basuh baju pakai mesin basuh saya!
adik dengan tercungap-cungap datang buka pintu (lambat sebab pergi tutup aurat)

dah settle hal tong gas
cepat-cepat ambil wudhuk dan solat asar
usai solat asar last minit
bilal dah laung azan maghrib
sekali jalan lah
alang-alang masih berwudhuk
selesai lipat telekung

adik masuk bilik

dah pasang kepala gas?
kakak tuttut tak reti pasang
adik pun tak reti

what??????????????
kepala tong gas tak reti pasang?
umur upsr aku dah reti pasang woi!!!

yang adik ni, saya tak tahu nak marah macam mana
housemate????
before ni pernah beli tong gas
dah pernah pasang depan dia
(4-5 kali cabut n pasang kepala tong gas tu sebab masa tu gas tak berapa nak masuk dalam tiub)
still tak reti
what kind of stupid
reti melawa je ke?
otak pigi mana?
serius entry ni
saya EMOSI!!
SUPER EMOSI!!


p/s: saya tak tahu nak cakap apa, setengah orang dilahirkan bertuah tanpa perlu buat apa. cuma goyang-goyang b**bs / t***r then boleh dapat apa yang mereka nak

p/s/s: saya kesian dengan mereka-mereka (perempuan terutamanya), bila umur dah layak jadi mak masih boleh beri alasan tak reti memasak? hatta potong bawang pun boleh tanya nak buat macam mana. nak potong ikan mahu pun sotong!! kalau memasak tu, mesti ada senarai soalan-soalan yang entah apa-apa. for ex: tumis macam ni ke?? kena tumis sampai macam mana?? etc etc... hello,budak-budak umur upsr pun dah reti buat ok! tanpa ajaran dari mak pun. orang yang bagi alasan pelik-pelik ni pada saya, malas nak cuba sebenarnya. kalau nak masak tu kira nak terus jadi sedap macam chef wan masak. dan mereka ni sebenarnya seperti yang saya explain dalam p/s!

p/s/s: ada siapa-siapa nak bangkang? silakan.. this is my opinion. and setiap orang ada pendapat yang berbeda!


Monday, April 18, 2011

...duit

tiba-tiba
rasa bangga
1 sen pun ayah tak keluar duit
untuk majlis pertunangan cny yang lalu

bangga
senyum lebar
my greatest achievement so far

...drop

kadang-kadang
apa yang ada dalam hati
tak perlu diluah semua
sebab
tu rahsia
yang tak dapat dikongsi
dengan sesiapa jua

tapi
kadang-kadang
terpaksa juga
buka sedikit rahsia tu
agar orang memahami
letak duduk diri ini

susah
nak cari orang yang fahami diri kita

kita sendiri pun
susah juga nak fahami diri orang

malu
air muka
hendak dijaga
tapi
kadang-kadang
habis pekung terbuka
walau pun kemas dijahit
disembunyi

dunia
kadang-kadang
pemberi dna pun benci pada offspring
dunia memang pelik

depan-depan
manis bak madu tualang
belakang-belakang
pahit bak batang wali

lihat pada bicara
nampak gembira
tapi dalam hati
menangis mendayu-dayu

kawan tawa
ramai
teman air mata??
bertempiaran lari..

dunia

akhirat yang ku cari
bantu hamba MU
mencari redha MU
walau jalan nya bengkang bengkok
banyak persimpangan
ranjau nan berduri
moga aku sampai
ke destinasi yang
abadi

Mee Kuah Tomato

beberapa minggu yang lalu, saya teringin sangat nak makan mi rebus
tapi bukan macam mi rebus area pantai barat atau belah utara
saya kepingin nak makan mi rebus pantai timur style
tahu je camne nak buat~sonang ya amat, umur upsr dah tahu buat...(◕‿◕)
tapi tetap gatal-gatal buka blog pakcik mat gebu
belek punya belek terjumpa resepi mee kuah tomato
tengok gambar je dah fuuuuuu.... meleleh (perut tengah lapar, macam tu le)

jadi hari sabtu selepas kelas kat bangi, saya berkejaran pulang dan singgah pasar malam batu 14 puchong
beli bahan-bahan sebab dah pesan kat makhluk tuhan yang rajin mengemas sms bahan-bahan yang perlu beli
sebab certain bahan dah ada kat rumah

ok, malas nak sembang panjang lebar.. mari kita lihat resepi
amaran: resepi ini telah ditukar dan dibolak balik sesuka hati oleh saya, nak masak kena kreatif.. tak kan semuanya nak tiru sebijik-sejibik kan? ikut bahan yang available lah kan?? hatta pakcik mat gebu pun suka derhaka resepi kawan-kawan blog masak dia.. heheheh

bahan-bahan
mee kuning (saya guna mee lidi) - 1 paket
sawi bok choy / sawi jepun 3 pohon - banyak pun tak apa
*bawang putih 3 ulas di cincang halus
*3 biji cili padi di cincang halus
*2 biji tomato di dadu halus-halus
6biji tomato saiz sederhana di kisar hancur
air secukupnya
minyak untuk menumis
2 sudu lada hitam ditumbuk
serbuk lada putih secukupnya
1 kiub ayam tak kisah cap apa pun
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili (i guna sos mekdi 2 peket (◕‿-))
udang saiz sederhana sebanyak mana anda suka (buang kepala dan kulit tinggal ekor sahaja, jangan lupa buang urat tahi udang yang kat belakang dia tu)
2 ekor sotong saiz sederhana dipotong bulat-bulat (selepas disiang / dicuci bersih)
daun sup dihiris halus
sambal kicap jika suka
kalau rajin, buat lah begedil

cara-cara
1. jika guna mi kuning, sila cuci bersih dan celur seketika
2. jika guna mi lidi, sila celur hingga betul-betul kembang (nak guna angel hair atau spaghetty pun boleh)
3. ketepi kan mi yang dah selesai dicelur (sebenarnya, nak mencelur sewaktu menyediakan kuah pun boleh)
4. panaskan periuk kemudian letak minyak cukup-cukup untuk menumis, bagi yang sedang mengamalkan pemakanan yang sihat.. gunakan minyak yang super sedikit atau guna saja minyak-minyak sihat yang lain
5. tumis bahan bertanda *, iaitu bawang putih, kemudian cili padi, kemudian tomato yang didadu
6. kemudian boleh lah masukkan tomato yang dikisar, air secukupnya (jika nak kuah pekat, kurangkan air), dan kiub ayam, lada hitam, lada putih secukunya, sos tomato, sos cili, garam, dan bahan perasa yang lain jika mahu
7. bila kuah dan mendidih, celur udang hingga masak kemudian keluar kan
8. selesai mencelur udang, teruskan dengan mencelur sotong hingga masak kemudian asingkan
9. celur sawi bok choy / jepun hingga separa layu kemudian asingkan (kenapa separa? nanti saya cakap)
10. rasakan kuah, jika dah cukup rasa boleh lah tutup api

cara hidang
1. ambil mi secukup kehendak perut / tekak
2. letak sayur, udang, sotong yang dah asing tadi
3. siram dengan kuah secukupnya (i suka banjeroooo)
4. jika rajin buat begedil, tambah lah begedil
5. letak sambal kicap
6. tabur daun sup
7. perah asam limau nipis
8. boleh lah makan...rasanya amat sedap dikala perut menyanyikan lagu rock

pada siapa-siapa yang tak kenal bagaimana rupa mee lidi, sila refer 3 gambar yang berikut

boleh didapati dipasaraya berdekatan ~ saya beli kat pasaraya hero batu 14

juga dikenali dengan nama mee panjang

sangat sedap kalau goreng dengan rencah cili kering, bawang merah, bawang putih, ikan bilis yang ditumbuk bersama-sama... tapi serius saya tak pandai buat.. pandai makan je


pandangan atas...lihat lah, disitu ada 2 ketul begedil (saya rajin paksa makhluk tuhan yang rajin mengemas tolong buatkan~~~heeeeee)

kasi nampak udang & kepala sotong (my fav part of sotong is the kepala ◠‿◠)

amacam? tergoda tak? 

banyak lagi udang yang duk nyorok bawah mee.. kasik nampak dua ekor ni je.. karang kalah lak mee banjir udang...(oppsss, belum masuk entry jalan-jalan ipoh part makan mee banjir udang.. nanti yea i update)

p/s: kenapa kena celur sawi bok choy  tu separa masak? sebab, selepas kita angkat dari air rebusan.. proses memasak masih berlangsung. sebab kalau celur sampai masak, nanti bila angkat, the sayur still bertukar menjadi overcook. kalau celur dalam air rebusan biasa, boleh hentikan proses memasak dengan menyiram sayur tersebut dengan air paip atau air sejuk
p/s/s: kenapa saya celur udang & sotong asing-asing? tak biar je dalam periuk kuah? sebab saya tak suka seafood yang overcook.. suka yang 80-90% masak.. hehehehe

followers

ngaaaaaaa... pakcik Mat Gebu follow my blog... 
tak boleh nak merapu lah lepas ni... malu-malu
orang super glam follow my blog... hikhik
thanks pakcik Mat Gebu
kerana sudi memfollow my blog yang tak semenggah ni
kepada kawan-kawan follower lain tu..
terima kasih juga saya ucapkan.. 

Sunday, April 17, 2011

My Girlfriend is a Gumiho #4 ~ Miho Cuba Keluar Dari Beg

video ni dirakam oleh makhluk tuhan yang rajin mengemas


sila abaikan suara ajaib di minit 1:08.. 

Saturday, April 16, 2011

My Girlfriend is a Gumiho #3 ~ Miho kena mandi

entry ditulis pada: 14/4/2011 21:28 pm
miho yang comel dah rupa landak kalau mandi... jom tengok gambar
tapi kena baca cerita dulu.. kenapa dan bila miho akan dimandikan...


lokasi: depan pintu bilik air

tadi kaki miho terkepit kat pintu... 
miho jerit kuat-kuat supaya kakak dengar

lokasi: dalam bilik

eh, nape miho bunyi gitu? 
dengan semerta menerpa ke pintu mencari miho
buka je pintu, miho meluru masuk bilik ketakutan / kesakitan
cuba menangkap miho
dia lari nyorok-nyorok
dapat tangkap cuba tanya-tanya dia kenapa (bajet miho boleh cakap lah...hikhik)
tanya housemate kenapa dia bunyi? (housemate sedang nak tutup pintu bilik mandi)

housemate: tak tahu...

kakak bermonolog: terkepit ni, fav lepak place depan pintu bilik air tu

kakak cakap kat miho:
miho ni bucuk lah
berguling dalam tahi ke?
miho geleng-geleng, 
sebab tahu dah apa tindakan kakak seterusnya kalau bau miho busuk

kakak: jom kakak mandi kan miho
miho: nyiaaaaaaaaaa..... nyiaaaaaaaaaaa...nyiaaaaa
kakak: ala, mandikan sikit je... sambil gosok-gosok badan miho dengan shampoo cap kurma (miho dah well behave, tak menggelupur dah...)


dah siap mandi, miho kena balut dengan towel... masa ni suhu badan miho dah jatuh mendadak.. sebab tu kucing takut air... hehehe

silau lah kakak... apa flash-flash ni..

jilat-jilat badan untuk keringkan dan gebukan bulu..

p/s: miho akan dimandikan kalau dia dah busuk atau tiba-tiba najis dia lekat-lekat kat ekor, kes najis lekat kat ekor kalau tersalah bagi makan... kakak minta maap le miho

p/s/s: petua nak bagi kucing tak terlalu menggelupur dan mencakar-cakar waktu mandi, pegang dia dengan lemah lembut tapi kuat, sambil tu berbual-bual dengan dia sambil memujuk-mujuk.. insyaAllah kucing akan berperangai baik sepanjang pemandian....


Friday, April 15, 2011

JJCM: Ikan Bakar Fend

saya berkenalan dengan ikan bakar fend sejak tahun 2008
waktu tu saya kerja di kelana jaya
paling melekat diingatan adalah lai chi kang manggo & lai chi kang biru (lupa nama betul)
selepas tak bekerja di kelana jaya
saya memang tak ke sana dah, kecuali jika ada urusan di tabung haji kelana jaya
ada satu kali dalam tahun 2009
saya ke sana mencari lai chi kang special ni
tengok-tengok dah tak ada
sebab mereka ni meniaga atas lori putih tu aja
hairan lah jugak
sebab, kalau ikut pengalaman
tiap kali nak beli pasti kena beratur panjang
pasrah juga waktu tu
telan liur je menahan keinginan, nasib tak pregnant
kalau tak, meleleh kot air liur anak... hehehe

semalam entah firasat mana tiba-tiba mendatang
saya google perkataan 'ais kisar jelly biru'
tengok-tengok keluar pasal ikan bakar fend ni
rupa-rupanya dah buka restoran
patut lah dah tak niaga di lori... hehehe
mereka meniaga kat kelana jaya juga
kat dataran glomac tu

bagi siapa-siapa yang minat ikan bakar
boleh try makan di sana
bagi saya lebih sedap dari ikan bakar umbai
dia punya sambal cicah tu memang melekat
tapi tak lah pedas sangat

tadi
pulang je interview kat pay-point(m) sdn bhd di bandar utama
saya singgah makan sana
kebetulan bawa makhluk tuhan rajin mengemas
berbaloi-baloi
saya ambil set ikan pari bakar RM6.50
set ikan tilapia bakar RM8.50
add-on sotong bakar...superb sebab ada telur kat dalam - RM8.00 (ikut saiz)
2 lai chi kang biru ~ lai chi kang RM3.5/container ~ container dia macam yang letak tau fu fah
2 lai chi kang mango - tapau
tak mahal pun
total semua RM 37 je
murah kan?
sana ada kerang masak pedas, saya tak try tadi.. perut 2 orang je tu.. tak muat kot
tu pun lai chi kang biru tak sempat nak habis kan
sebab perut dah full sangat-sangat

bagi saya lai chi kang dia special sebab tak macam lai chi kang biasa
dalam dia ada ais kisar, jelly, buah peach, durian belanda, laici, nenas, biji selasih, perahan limau kasturi
rasa dia memang masam-masam manis
sedap dimakan kala cuaca panas terik...
fuuuuuuu.... laju je masuk tekak...nyamannnnn

ok, tak nak sembang panjang jom tengok gambar

cik makhluk tuhan rajin mengemas
restoran nasi lemak cikgu betul-betul berhadapan restoran ikan bakar fend


nahhh... itu dia Fend IKAN BAKAR

lai chi kang biru ~ ais kisar, jelly, isi durian belanda, buah peach, nenas, laici, gula buah kabung, perahan jus limau kasturi

nampak tak dia punya jelly? tempting ok!

ikan pari + sotong + tilapia ~ sedap

nasi putih + kicap + kuah asam pedas + sambal cicah

tinggal tulang jeeeee

lai chi kang mango ~ yang ni versi tapau... lama mencari beb.. last makan tahun 2008!





ha? peta... ok kat bawah ni saya letak.. hope faham lah.. lukis pakai mspaint...hehehe



boleh klik untuk pembesaran yang lebih jelas

teka teki teka tekuk # 1


haaaaaaa.... sapo buleh teko, apo eh di dalam beg kalar pepel nih? 
ado gamba mangoesteen laie... 
haaaa? 
cantik? 
ofcourse laa... percumo eh, ekau pogi boli air yogurt cap Marigold.. 
dapat lah satu haa.. 
tapi ni promosi tahun lopeh.. 
bukan tahun ni..
jangan marahhhhh
ahakssss
(entah betul ke tidak loghat nogori...hehehehe)
.
.
.
.
haa, dah dapat jawab belum? apa yang ada dalam beg comel tu??
sampah? salah lah...
bekal nasi?
obento?
baju tak basuh?
mukan-mukan
semua salah ni
.
.
nak tahu apa dia??
.
.
.
tadaaaaa


cak... saya lah gumiho yang comel... 
adik kakak iaitu makhluk tuhan rajin mengemas yang buli miho masuk dalam beg ni...
siap amik video lagi...
xshuke tau..
nanti miho glamer... miho tak suke glamer-glamer ni
nanti ramai peminat
ha? nak tengok video miho?
mane boleh!
kakak pun mesti tak nak bagi tengok punya... 
tak caya? cuba tanya kakak..

kakak: nantikan entry akan datang ye....hehehehehe

miho: arghhhhhh... kakak jaat.. namo kawan..

Thursday, April 14, 2011

what kind of answer is that?

me: when i can get the rest of translation?
the stupid gulf guy: when i finish it
me: what kind of answer is that?
me: what if u finish it next year? so next year i can get the file?
the stupid gulf guy: wait a bit i will finish soon

p/s: aku rasa lah, nak ajak usop wilcha mai sini...kite bakor..kite bakor...

Tuesday, April 12, 2011

blog audience

klik untuk tumbesaran

kalo tengok statistik nih, orang Malaysia paling ramai view. tu logic ah sebab saya orang Malaysia
second place jatuh pada United State, rasa macam hairan pulak
sebab bukan banyak content bahasa inggeris pun
tempat ketiga korea
keempat baru indonesia.. apa yang orang korea & US tu cari kat belog saya ni yek?? beta musykil... heheheh




Monday, April 11, 2011

ular

series tak suka binatang ular
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
sekarang sedang mengular..
bosan kot hari ni.
supervisor tak datang..
4hari tak jumpa.
rindu




nangis

aku ingat perempuan je nangis bengkak mata kalau broke-up dengan awek
lelaki pun sama! awesome!!





bila dah bosan

1. Bekas kekasih saya adalah :
tunang saya?

2. Saya sedang mendengar :
creep by kepalaradio

3. Mungkin saya patut :
berhenti kerja

4. Saya suka :
chocolate

5. Sahabat-sahabat baik saya :
siti munirah abd razak

6. Saya tak faham :
kenapa lecturer saya kasi esaimen super susah? stress tahu??!!

7. Saya kehilangan :
berat badan yang ideal.

8. Ramai yang kata :
saya kepala angin

9. Makna nama saya :
sebaik wanita~~~~ngeee, baik ni

10. Cinta itu adalah :
sambal belacan

11. Di suatu tempat, seseorang sedang :
berak.barangkali.

12. Saya akan cuba :
menjadi lebih rajin & consistent

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud :
Ini bukan ayat, ini perkataan.

14. Telefon bimbit saya :
berharga rm90 jek, tu pun yang saya hadiahkan untuk adik saya sebab dia dapat straight A dalam PMR...gile pokai nak beli henset sendiri.. ahaks

15. Bila saya terjaga dari tidur :
pergi jamban melabur

16. Saya paling meluat bila :
cakap tak serupa bikin

17. Pesta/Parti adalah :
tempat yang sesak & semak

18. Haiwan yang paling comel yang pernah saya temui ialah :
kucing saya

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
18tahun

20. Hari ini :
isnin

21. Malam ini saya akan :
makan macaroni untuk berbuka

22. Esok saya akan :
pergi kerja seperti biasa

23. Saya betul-betul inginkan :
rumah yang selesa

24. Ketika saya lihat wajah saya di hadapan cermin pagi ini :
tak tengok cermin kot hari ni

25. Pusat Membeli belah atau arked permainan :
dua-dua tak suka

26. Makanan barat atau Jepun :
barat sebab saya palin pandai buat macaroni bakar!

27. Bilik yang terang atau gelap :
Gelap, tak boleh tidur kalau ada cahaya

28. Makanan Segera adalah :
mee maggi

29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang :
adik, kakak nak pergi kerja dah





 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger