Tuesday, May 31, 2011

kalau bosan mari kita jawab soalan ni

1. 3 NAMES IN YOUR INBOX CELLPHONE?

  •  A
  • Ayah
  • Adik
2. YOUR MAIN RINGTONE?
 bunyi tretttt dengan super kuat vibrate, ala pakai hp nokia lama hitam putih tu
3. WHAT U DID AT 12 LAST NIGHT?
watching last episode vampire diaries season 2

4. WHO WAS THE LAST PERSON U WENT OUT WITH? WHERE?
nadh, ahmeng, tiha ~ pergi kenduri kahwin jaja

5. THE COLOR OF THE T'SHIRT YOU'RE WEARING? NOW?
now tak pakai tshirt, pakai baju kurung. office hour. kaler biji kundang

6. THE LAST THING U DID?
lukis peta untuk kad kahwin


7. 3 OF YOUR EVERYDAY FAVORITE ITEMS?
  • blogging
  • surveying
  • skyping
8. THE COLOR OF YOUR BEDROOM?
cream


9. HOW MUCH MONEY IN YOUR WALLET NOW?
rm34.70 ~ tak leh bawa banyak-banyak. nanti suka singgah giant beli macam-macam lalu membazir heh!


10. HOW'S LIFE?
a bit messy lately, assignments and body condition tak berapa betul macam tuan dia
 
11. YOUR FAVORITE SONG?
Sephia ~ dulu boleh nangis dengar lagu ni, pasaipa ntah. *heran*


12. WHAT WILL U DO NEXT WEEKEND?
submit assignments, LOAD of assignments ~ semua lecturer pilih tarikh sama untuk due date. 


13. WHEN WAS THE LAST TIME U SAW UR MOM?
on mother's day!

14. WHERE IS SHE NOW?
bandar ceneh baru, kemaman, terengganu, malaysia


15. WHEN WAS THE LAST TIME YOU TALKED TO YOUR PARENTS?
2 malam yang lepas, call sebab nak ngada-ngada

16. WHO IS THE LAST PERSON THAT TEXTED U?
A ~ yes i put his name A ^_^


17. WHERE DID U HAVE UR DINNER LASTNIGHT?
in front of my lappy while watching second last episode vampire diaries

18. THE LAST SURPRISE YOU GOT?
my friend, jaja call me told she's gonna be married!! 


19. LAST THING U BORROWED FROM UR FRIENDS?
liquid paper


20. LAST THING FRIEND BORROWED FROM YOU..
money money money


21. WHO IS UR BF/GF OR HUSBAND/WIFE?
A


22. WHAT DO YOU FEEL NOW?
sesejuk peti es


23. WANNA SHARE WITH WHO?
A, insyaAllah


24. WHO KNOWS UR SECRET?
Allah


25. THEY KEEP UR SECRET?
Definitely!

26. WHAT IS THE NAME OF YOUR BEST FRIEND?
biskut oren


27. ARE YOU ANGRY WITH SOMEONE?
YEP!


28. WHAT DO YOU ORDER AT MCD?
fries & shake!


29. THE LAST TIME YOU FELT SO SAD?
3 feb 2011


30. WHAT IS UR WISH FOR TOMORROW?
tak perlu jadi halim munah!

jaja ❤ din

29 may 2011 my dearest buddy soheh jadi isteri orang
congrats dude
aku doakan kau menjadi isteri solehah
aku tumpang happy
moga kau pun happy
insyaAllah

sedih
*sobs*
sebab antara kita yang 4
kau dulu
tinggal kami bertiga je

hope kita terus berkawan and keep in touch ye
aku sayang ko
huwaaaaaa
tatau nape aku bergenang je time taip entry ni
apa-apa hal jangan lupa contact ye
(apasal entry ni macam pelik???) ~ (-'_'-)

kalau kau dengan hubby terberjalan ke area kl ni
jom lah singgah rumah aku
aku masak macaroni goreng kesukaan ko
sayaaaaang kau ketat-ketat


*taken*

apa yang kamu dapat kalau tak cukup relax?

Friday, May 27, 2011

KONGSI

selasa
saya sms ex-officemate
ajak tengok wayang
cerita kongsi
dia reply ok, kita tengok khamis malam kat bukit tinggi
saya reply, orait knisa book dulu
bukak tgv online
nak tempah kongsi
tengok-tengok tak boleh pulak
tempahan available untuk hari semasa dan hari esok sahaja
hari lusa tak boleh

rabu
cepat-cepat book tiket kongsi
hope dapatlah
alhamdulillah
dah siap bayar semua
menanti hari khamis tiba


bukan apa
stress lah semester ni
subjek ada dua je
tapi beban dia macam 5 subjek
phewwwww...
duk baca review
ramai cakap kongsi bagus
komedi gangstah
nur kasih?
nahhhhhh
cerita sedih
saya nak hilang stress
bukan tambah stress
karang tak pasal-pasal dapat ubat relax agi

khamis
masa yang dinanti tiba
saya dan 2 kawan gerak ke bukit tinggi
tak sabar gak nak tengok wayang ni
maklumlah
last wayang saya tengok
cerita hantu kak limah
tahun lepas tu...
hehehe
sampai kat bukit tinggi
cepat-cepat ke kaunter tiket
sampai turn
orang tgv cakap
kongsi dah close!
saya pun what!!!
saya dah bayar ni
tempah hari rabu
kenapa close pulak??

datang supervisor suku hensem
kitorang tanya lah
apasal kongsi dah close?
dia jawab dah masuk astro first
so dah tak tayang kat wayang
akak tengok movie lain lah
saya dengan kawan-kawan berpandangan dah
nak tengok cerita ape ni?

dua je yang kawan saya bagi pilihan
either priest or karak?
karak?? no way man!!!
aku duduk sorang-sorang kat rumah
penakut!!!
jadi kitorang decide tengok priest
dah dapat refund
dan tiket FREE
sebab
kesilapan teknikal pihak tgv
hehehe...


maka kami layan la priest
cerita not bad
hero separa hensem
ada part buat saya terjerit-jerit takut (-'_'-)
ada part yang buat saya hanya berani intai-intai dari celah jari
ada juga part yang buat saya gelak
tapi ending anti klimax
senang sungguh orang jahat tu mati
tak thrill...heh

p/s: saya baru tahu, bukit tinggi tu dekat je. dulu pergi dari shah alam..rasa macam sangat lah jauh bukit tinggi tu..heheh

Wednesday, May 25, 2011

saya seorang nenek

tajuk macam karangan budak darjah 4
heheh

saya seorang nenek!
kenapa?
tak percaya?
percaya lah...
sila lihat gambar dibawah
comel kan cucu-cucu saya



macam mana budak berdua ni boleh jadi cucu saya?
sebab.... mama budak berdua ni, anak kakak saya..faham?
kalau tak faham sila tidur ok! heh..(◕‿-)


budak tecik 2 orang ni antara cucu-cucu saya
cucu-cucu lain tak ada pulak gambarnya
maklum lah time cucu datang, grannisa dorang ni tak ada
saya sempat jumpa yang berdua ni aja
kata mama budak berdua kat atas ni
tahun ni dorang beraya kat umah tokki, which is my dad...merangkap moyang budak berdua ni
mama budak berdua ni ada blog
sila lah melawat blog mama budak berdua ni

eh..tak ada nama ka budak berdua ni?
ofcourse lah ada nyah..
yang si abang namanya Rafique ~ nenek dah la susa nk sebut q...susahnye nak sebut nama kamu ni cu
yang si adik namanya Razique ~ nenek juga sukar nak sebut huruf ﻕ (╥_╥)

p/s: mama rafzique selalu tanye, bila saya nak kasik paklong kat dia (-'_'-)

halim munah

6.30 am baru terjaga
terkebil-kebil dulu sebelum bangkit
miho sibut duk gigit-gigit kaki suruh bangun
bagus sungguh si miho ni
agak-agak kakak dia lewat bangun dia gigit kaki la
naik lari-lari atas badan la
dia gigit rambut la
paling best naik lepak atas muka sambil jilat-jilat hidung
haila miho....gerammm..hmppppppphhh!

8.00am boring tengok facebook
belum mandi
tengok bantal
tengok selimut busuk
mengeramlah
sambil memerah otak
fikir
apa aku nak buat kat office hari ni eh?
tanya pada diri banyak-banyak kali sampai boring

8.30am
cek makanan miho
buang sisa-sisa buangan miho
letak pasir baru
main-main dengan miho

8.45am baru siap mandi
termenung lagi
bersiap-siap
bubuh celak lagi kau hari ni
banyak sungguh masa

8.55am
pergi dapur prepare lunch - sandwich tuna je
prepare breakfast - oat+soya shake
potong 2 biji oren letak dalam tipuware
ambil nugget lebihan malam tadi
potong kecil-kecil letak dalam piring miho

9.05am
keluar dari rumah
drive memang santai
siap korek-korenk hidung penuh nikmat
alhamdulillah, masih punya kudarat mengorek hidung

9.28am sampai depan office
super big boss tercegat depan pintu
bergayut dengan client mungkin
masuk office
ahhh..awal 2minit hari ni

on laptop
ke pantry letak tipuware berisi oren dalam peti ais
kembali ke workstation
duduk
termenung
otak fikir
hmmm...
run pentaho - masih belum siap visualisation for my group assignment
tapi mood belum datang
nak kemana ye hari ni? (baca jelajah blog/surf the net)

mode dari 9.30 - 6.30 = halim munah a.k.a invicible
phewwwww... berapa hari lagi perlu jadi halim munah ni ye?
.
.
.
.
.
semua ni bahana resignation letter
sejak jadi halim munah ni
dah berapa blog aku khatam
phewwwww
alangkah bagus kalau khatam quran
alangkah bukan?


p/s: jangan keliru...saya sendiri pun keliru sejak diri ini menjadi halim munah di office

Tuesday, May 24, 2011

lirik lagu yang tak masuk akal

tadi saya merayau-rayau dari 1 blog ke 1 blog
maklumlah,
sejak dah jadi halim munah ni
hah? apa halim munah?
halim munah tu macam ni
hantar resignation letter
notice 1 bulan
selama 1 bulan tu datang office tanpa buat apa-apa
tiada siapa yang hiraukan
semua kerja-kerja onhand diserah pada orang lain
boleh anggap makan gaji buta tak?
tak kan? dah mereka tak nak kasi task kat saya
bila tanya, ohh.. you study je apa-apa yang patut
jadi, hari-hari pun saya menjelajah blog umpama menjelajah duniah (kalau benar memang syok!)


ok, kembali pada tajuk asal
tadi saya terjelajah kat blog cursingmalay
dia post entry pasal weirdo lyrics...yang totally not make sense
jom kita tengok apa yang weirdo tuh..cekidaud


1. Aerosmith : I Don't Want to Miss Thing


I could stay awake just to hear you breathing
Watch you smile while you are sleeping



jarang sungguh nak jumpa orang tidur senyum ni
tidur muka berkerut-kerut
tak pun dengan air liur basi meleleh-leleh...
one of my friend, tidur dengan mata terbuka..scary!


2. Lifehouse : You and Me


Everything she does is beautiful
Everything she does is right



nobody's perfect! LOL
cinta buta hati pun mati
kentut pun wangi ye? heh!


3. Lionel Richie : Hello


I sometimes see you pass outside my door
Hello, is it me you're looking for?

Sometimes I feel my heart will overflow

Tell me how to win your heart
For I haven't got a clue
But let me start by saying ... I love you



lelaki ni cakap awek tu selalu lalu lalang depan pintu dia...rajin dia usha pintu
pastu dia rasa jantung dia duk overflow..sakitnya pendam rasa (ceh, macam berpengalaman pula)
pastu nak suruh awek tu bagitau camne nak ngorat dia...kiranya bagi hints lah..(usaha lah woi! nak awek kena macho ok!)
dah lah blur blur...tiba-tiba cakap i love u...heh??


4. Eric Clapton : Wonderful Tonight


It's late in the evening; she's wondering what clothes to wear.
She puts on her make-up and brushes her long blonde hair.
And then she asks me, "Do I look all right?"
And I say, "Yes, you look wonderful tonight."



kalau situasi benar camni lah:
suami isteri nak kua tengok wayang
si suami dah siap dah, biasa lah lelaki. sarung je..tetap nampak smart..hahah
si isteri masih terkial-kial nak pilih baju apa (im not like this, sarung je mana yang available.janji tutup aurat & tak nampak weird)
lepas tu si isteri nak mekap-mekap, sikat rambut blonde... kalau yang bertudung tu nak lilit-lilit (trend shawl)
si suami dah duk ulang tengok jam
lepas tu isteri tanya
abang, sayang nampak cantik tak?
suami dengan pantas jawab.. lawa dah jom!!!!!


5. N'Sync - Drive Myself Crazy


Where was my head
Where was my heart
Now I cry alone in the dark

I lay awake
I drive myself crazy
Drive myself crazy
Thinking of you
Made a mistake
When I let you go baby



(ok, yg ni copy bulat circle dari cursingmalay)
Jika ada lelaki yang menyanyikan kepada anda lagu ini,lari jauh2 dari dia.
Dia tak tau mana akal dia,dia tak tau mana hati dia sebab selalu menangis dalam gelap dan bila dia terbaring keseorangan....dia jadi gila...sebab terlalu meminati anda.Jika inginkan kekasih yang tak siuman,silakan.

Monday, May 23, 2011

kenapa AirAsia kadang-kadang failed transaction?





ha, amacam? terjawab tak? Doc Samad tu my lecturer. dia tau pasal ni sebab dah bidang dia. heheh

Kesah Seram #1 : Jin lapar

masa hari ibu awal bulan may
saya balik kampung
rindu mak tak dapat tahan lagi
sambil-sambil hantar cik makhluk rajin mengemas pulang bercuti
lagi pun tempoh foundation di IIUM PJ dah habis
lepas ni dia sambung kat IIUM Kuantan lak ..╥_╥
( sedih, tak de kawan gado dah)

seperti biasa
bila pulang ke kampung saya suka bersembang dengan kak ipar terchenta
kak ngah yang awal-awalnya saya panggil kak nora ~ bila teringat rasa nak gelak guling-guling
sangat tak best panggil kak nora
kurang mesra hokey...

entah macam mana duk syok-syok bersembang
tiba-tiba kak ngah bukak cerita pasal jin dan kedai makan
FYI ~ my kak ngah is super bestes storyteller
citer tak best pun boleh jadi best kalau dia yang cerita
very talented....ngeeeee (am not bodeking her ok!)

kesahnya macam ni
ada lah sebuah kedai makan / restoran tu
kat pinggir bandar yang berhampiran dengan kampung kami
memang laku sangat kedai tu
penuh je orang
tak tahu la apa menu menarik tertarik yang ditawarkan sampai ramai sungguh orang berkunjung

nak dijadikan cerita
pada suatu hari (mode masuk pertandingan bercherita)
ada seorang ustaz tu
dia nak attend majlis ceramah kat sebuah masjid / surau yang berhampiran tempat tu
dek kekalutan melanda ustaz tersebut
dia tak sempat nak makan
jadi dia singgah lah makan kat kedai tu
baru je kaki dia nak melangkah ke dalam kedai makan tu
punya lah ramai ummat kat dalam tu
bukan ummat manusia je
ummat jin pun sama
i suap u
u suap i... erghhhh

setiap pelanggan duk sharing is caring makanan diorang dengan para jin tersebut
tapi ummat manusia tu manalah nak tahu kan
manusia biasa memang Allah dah hijab pandangan mereka dari ternampak makhluk jin/shaiton/iblis dan lain-lain tu
hanya insan-insan terpilih je boleh nampak termasuk ustaz tu
ustaz tu harus lah tak jadi nak masuk makan kat situ
maybe lepas tu dia pergi makan kat tempat lain
sewaktu dia beri ceramah kat masjid/surau tu
dia inform jemaah yang hadir pasal kedai makan ni
atas dasar tanggungjawab sebagai sesama ummat islam

kecohlah kan
lepas tu dengarnya waktu tokey kedai tu nak meninggal
jenazah dia tak dapat nak keluar dari rumah dia
sampai terpaksa buka bumbung rumah
keluarkan pakai kren (kot, tak ingat jenis jentera tu)
family si pengamal langsung tak tahu pengamal ni guna jin untuk lariskan kedai makan dia
kesian kan family dia
tak pasal-pasal tanggung malu

sekian lah kesah seram hari ini... heheh

p/s: sebelum makan make sure baca bismillah, insyaAllah kita makan sorang-sorang. tak perlu nak share dengan "yang lain"...

Mall terbakar panggil bomba

korang pernah tak main lompat tali sambil nyanyi lagi ni
rumah terbakar panggil bomba
bomba datang berlumba-lumba
dulu time kanak-kanak riang
selalu gak la saya main lompat tali
setiap level lagu dia lain-lain
lagu yang bomba ni aja yang saya ingat
tu pun 2 baris lirik tu aja
lain-lain lupa dah...
budak-budak sekarang ada main lagi tak?
kalau balik kampung
saya tengok anak-anak buah macam dah tak main game yang saya pernah main masa dulu
(tiba-tiba terasa diri ini sudah tua)
tak menarik sungguh game budak-budak zaman sekarang ni..
sebenarnya bukan nak cerita pasal lagu kanak-kanak
nak cerita pasal lain sebenarnya
tapi biasalah
saya ni suka ke laut...huheh

pagi ni saya bangun tidur super awal
stock ala-ala nak bangun sahur lah
gara-gara malam tadi lepas maghrib tidur terus
letih jadi cikgu semalam...◠‿◠

alang-alang dah bangkit awal, of course lah keluar pergi kerja pun lebih awal dari biasa kan?
biasanya jalan lapang tak berapa nak semak sangat
tapi hari ni sesak pula
dalam hati duk fikir, ada accident ke?
cuaca pun macam sedih-sedih je hari ni
hujan renyai-renyai ~ ni pun salah 1 faktor kenapa jalan semak kadang-kadang

dari depan giant bandar puteri puchong lagi kereta dah slow kura-kura dah
hotfm lak dah buat laporan kata ada accident kat jambatan cable (LDP) dengan jambatan dari somewhere at airport subang menghala KESAS
saya pun ok kan aja lah dalam hati
even accident tempat lain, tapi jalan-jalan lain pun harus effect sama

lepas je turun dari flyover menghala tesco puchong
saya dah nampak ada asap hitam berkepul-kepul
tapi tak dapat nak kesan lagi mana punca asap
kenderaan kat jalan memang slow lah
dah la bawa manual...penat kaki
kaki pun duk kebas-kebas

bila dan nak hampir IOI Mall Puchong tuh
dah nampak kelibat air terpancut-pancut ke arah atas
lepas tu dah nampak inche bomba
ohh, ada kebakaran rupa-rupanya
saya fikir kebakaran biasa-biasa je
bila dah sampai depan lokasi asap tu
punya besar juga lah api kebakaran
api tu kat bumbung new wing IOI kot
(tak sure gak new wing ke old wing sebab saya pergi sana 3 kali je)

masing-masing (driver kenderaan lain) memang tertoleh-toleh tengok kebakaran tu
para pekerja IOI ramai-ramai berkumpul kat bawah 1 khemah untuk keselamatan mungkin
saya tak tengok sangat
sebab malas
nak pergi kerja lah
walaupun jam kat dashboard baru 9.05am (masih awal)
tapi bila tengok kereta-kereta kat depan tu punya lah semak
cuak juga saya
walaupun nak ke taman kinrara ikut normal day
15 min dah sampai

kesimpulan dari cerita di atas
rakyat malaysia ni memang perihatin
orang accident pun nak tengok
kereta rosak pun nak tengok
mall terbakar pun nak tengok
adessss...geleng kepala sambil layan lagu lamunan terhenti by aris ariwatan (hotfm pasang)

dugaan Allah

cukuplah dia bagi kuku tumbuh meliar menusuk isi jari kaki
adik beradik cagu belum tahap nak bernanah, intro je
sakit dia sampai merintih-rintih
sakitnye ya Allahh....

syukur dia bagi ujian kecil ni
supaya hamba sedar diri
banyak lagi ujian lain yang maha hebat
yang belum tentu hamba kerdil ni mampu nak tempuhi

Subhanallah
Alahamdulillah
Allahuakbar



.....Astaghfirullahalazim...

Wednesday, May 18, 2011

Menu untuk yang berdiet: Ayam bakar berpoligami masam manis pedas

wahhh... nama menu tak leh blah
mesti tak ada siapa nak try sebab ada perkataan poligami kat situ
tapi mungkin kaum adam berminat nak cuba kot
nak tahu kenapa saya bubuh nama dia sikit punya kontroversi?
sila lihat dia punya resepi, pasti dapat jawapan
tapi kalau yang jenis bijak-bijak tu, awal-awal mesti dah tau kenapa kan?


lagi satu hal nya, kenapa layak jadi menu untuk yang berdiet? 
sebab saya guna spice dan asam-asam, dan ianya dibakar
jadi sesuailah masuk kategori menu untuk yang berdiet bukan?


jom tengok resepi, serious ni resepi ikut suka nak bubuh apa saja yang ada sambil berperang dengan gumiho yang dah gian memanjat sana sini (menyesal ajar dia memanjat (-'_'-))


bahan-bahan:
  1. ayam sekilo bukan seekor ye, diulang sekilo
  2. 2 sudu cili kering blend (saya blend siap-siap, buh dalam balang simpan dalam peti es)
  3. 3 ulas bawang putih cincang lumat, ada lesung lagi bagus. tumbuk je bagi lumat
  4. 2 ulas bawang merah dimayang halus
  5. 1 sudu teh serbuk jintan manis
  6. 1 sudu teh sebuk jintan putih
  7. 1 sudu teh sebuk ketumbar
  8. 1 sudu serbuk kunyit
  9. 1 sudu jus lemon ~ saya tak perah dari buah lemon, saya guna yang dalam botol punya. kat bawah show gambar
  10. 1 sudu asam jawa diramas dengan air yang sedikit sebab nak yang pekat. kalau cair nanti ayam bakar jadi ayam berkuah pula
  11. 2 sudu sos tiram
  12. 2 sudu kicap ~ saya guna kicap lemak manis cap jalen (my fav)
  13. 2 sudu madu ~ now musti dah faham kenapa berpoligami bukan? sebab dia bermadu (◕‿-)
  14. garam secukup rasa
  15. sedikit butter utk gris loyang pembakar ~ calit sikit-sikit je sebab ayam dah ada lemak.
  16. ½ biji limau nipis
cara-cara:
  1. campur semua bahan dari nombor 1-14, gaul bagi rata dan sebati
  2. perap 30 minit, nak bagi terasa betul-betul sampai kedalam tulang ayam tiru macam saya ~ perap 1 malam!
  3. panaskan microwave 1 minit~ saya tak ada oven, siapa-siapa nak bakar dengan oven mesti bijak mensetting sendiri suhu oven anda. maaf ya puan-puan dan tuan-tuan
  4. gris loyang dengan butter, sikit je tau. kalau banyak-banyak nanti terus tak layak jadi menu diet!
  5. perah limau nipis ke atas ayam yang dah ready dalam loyang pembakar
  6. masuk dalam microwave, pilih setting untuk bakar ayam
  7. kemudian bakar sampai masak ye

sila abaikan roti canai hangit gara-gara leka cuci pinggan (ni hidangan versi dinner malam ni)

amacam? nampak sedap tak? dont judge by it rupa ok. rasa dulu baru taw...

lemon juice dalam botol yang saya beli kat giant, harga rm5++




rasa ayam bakar berpoligami masam manis pedas ni memang sedap, tak berniat nak masuk bakul pun. tapi memang sedap sebab rasa dia yang macam-macam tu. ada masam, manis, pedas..masin-masin tu tak sure ada ke tidak. tapi berpoluh-poluh juga lah ketiak saya disaat berpiknik ditepi tasik tuh, pedas!! lagi pun waktu lunch ko. bukan dinner atau breakfast.. gara-gara nak bagi inche tunang makan punya pasal. ◠‿◠ hikhik..paksa rela dia datang, bila cakap ayam bakar terus sepantas kilat dia datang...heh, lebih sayang ayam bakar berbanding saya, nak merajuk lah 5 jam. 

boleh makan dengan nasi, roti bakar, roti canai, capati, spageti, ratah begitu sahaja pun sedap. kalau nak tiru macam saya, saya makan dengan nasi serai. lawan dengan kuah dalca... fuhhhh, menambah-nambah inche tunang makan. ngahahaha. kami berpiknik ditepi tasik sebelah masjid terapung kat puchong.. port baekkk punya....!

p/s: miho pun terloncat-loncat riang dapat makan ayam bakar+nasi serai+kuah dalca, biasanya makan biskut warna-warni dia tu aje. hope perut dia ok.

busy + sibuk = no entry



sibuknye
busynye
banyak nye assignment
1 subjek sampai 6  assignment

lagi 1 subjek, walaupun 1 assignment je
tapi skala dia macam 6 assignment gak

huwaaaaaaaa......

Wednesday, May 11, 2011

export entry lama dari blog lama... huhu..

tak ada idea nak tulis pape
banyak sebenarnya nak tulis
tapi adapter lappy makhluk tuhan rajin mengemas dah rosak

sebagai seorang kakak yang baik
saya kasi adapter saya pada dia

sekarang saya kegabraan disebabkan ketiadaan adaptor untuk pasang lappy sendiri
assignment banyak bertimbun ni...huwaaaa T___T
pinjam laptop kampeni lah nampak gaya
nasib baik memang awal-awal lagi dah diberi izin untuk dibawa pulang
cuma saya je malas nak bawa pulang laptop office
berat macam batu laptop office nih

Friday, May 6, 2011

NurAmal:: dapat Rm50 bile kutuk Amal.

tadi duk terjah sambil menggegar blog sempena segmen gegar blog anjuran encik ben beberapa bulan yang lalu
(-'_'-) ~ ye, saya baru berjaya gegar 29 blog dari 999 senarai blog yang inche ben dah list kan
ampun ya, masa tak cukup nak gegar satu-satu, insyaAllah saya buat selow-selow.. dah habes yang ni baru saya continue masuk segmen baru anjuran inche ben.. tak mampu nak join dah.. sebab yang ada pun belum habis nak lawat..(*kesat peluh*)

ok, back to the main point (lihat tajuk entry)..
dalam duk gegar terjah tu terjumpa satu blog iaitu blog mia.lia, dia tengah join 1 contest
saya pun klik lah link contest tu.. menarik gak contestnya
bila dah rasa menarik, maknanya hati ni tertarik lah nak join kan

haa...setiap contest mesti ada term of condition(toc) kan? jom kite tengok ape toc nya



  1. nak join contest ni, mesti lah follow blog penganjur ~ done


  2. mesti letak blog header yang cute tu dalam entry contest ni, dan link-kan ke blog cik Nur Amal kite si penganjur contest ~ done



  3. tag 2 orang kawan untuk join contest ni, demi membantu meramaikan pengunjung blog cik Nur Amal.  So, untuk syarat ke-3 ni saya nak tag:
  4. buat satu entry bertajuk " NurAmal:: dapat Rm50 bile kutuk Amal." ~ done
sekarang sesi mengutuk lak, opssss... tak baik mengutuk..heheh, jom kita kritik blog cik NurAmal.. kritikan membina ni.. jangan kecil-kecil hati ye

Kebaikan

  1. background putih ~ saya suka background putih. lagi pun, senang nak baca text. most of website berlatar belakang warna putih. cuba tengok google, warna putih bukan?
  2. ruang nak baca komen sangat kemas, senang nak differentiate each comments
ok, now keburukan pula
  1. banyaknye widget. boleh letak widget banyak-banyak tapi susun bagi kemas.. contohnya pakai template yang ada three column.
  2. cursor yang ada bintang-bintang, serius mata saya turut berbintang-bintang bila tengok bintang-bintang tu. kena consider keselesaan pembaca gak..benda-benda macam tu agak distract mata pembaca
  3. bila nak select certain word dalam blog NurAmal tu, tiba-tiba terselect semua.. padahal nak select 1 perkataan je. maybe disebabkan cursor cantik blink-blink tu kot
  4. kalau boleh jangan guna sangat text warna striking, orang buta warna sukar nak baca.. kesian tau
  5. untuk favourite R&R, letak dalam 5 list sahaja.. so takde lah nampak terlalu packed blog Nur Amal
  6. untuk award tu, maybe boleh buat 1 tab khas untuk letak award.. nanti orang nak tengok award boleh klik je tab untuk tengok award
itu sahaja kot.. sedapnye kutuk blog orang, blog kite ni lagi lah kosong jek.. hikhik.. 

ujian dari Allah

Ketika Allah rindu pada hambanya, Ia akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yg isinya adalah ujian. Dalam hadits kudsi Allah berfirman. "Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya karna Aku ingin mendengar rintihannya." (HR Thabrani dari Abu Umamah)




bila baca hadis ni, saya rasa tenang dan lapang..
dulu
saya terima pelbagai ujian dan dugaan
sampai satu tahap
dimana iman terlalu lemah
aqidah saya nyaris terbabas
syukur Allah masih sayang saya
Nisa pun sayang Allah
I Love Allah!


sewaktu ditimpa ujian dan musibah berganda tu
saya rasa down sangat-sangat
rasa macam terlalu dibenci Allah
terasa macam Allah murka sangat
terfikir-fikir apa dosa saya
apa salah saya
menangis-nangis
meraung-raung 
dengan soalan kenapa saya?
kenapa Nisa yang diuji?
masa tu memang dah tak tahan dah
dah rasa tak cukup kuat sangat
lemah
nak layu
nak terkulai
syaitan mula tersenyum


waktu tu, tiba-tiba saya seolah-olah mendengar bisikan
bisikan naluri mungkin
bisikan hati
mengatakan Allah sayang saya
sebab tu Allah bagi banyak ujian dan dugaan yang bertimpa-timpa


serius! sangat bertimpa-timpa
rasa aib pun ada
sebab sampai menimbulkan rasa rendah diri
dan dipandang enteng oleh segelintir manusia yang kononnya teman
malah pernah ada cakap kat saya
kenapa eh kau selalu di uji dengan pelbagai ujian?? 
aku tak pernah kena pun
(air muka dia tergambar seolah-olah saya ni banyak dosa sangat-sangat)


remuk hati saya
sebab dia kawan saya
saya baca buku la tahzan
sedikit sebanyak dapat melegakan hati yang terluka ni


saya tahu Allah kirim Malaikat Jibril untuk uji saya
ya
saya merintih
menangis sorang-sorang
saya bercakap dan berbual dengan Allah


betul lah hadis tu cakap
Allah bagi hamba Dia dengan ujian
kerana dengan ujian
hamba-Nya datang pada-Nya
mengadu dan merintih
kerana Allah rindu nak dengar suara hamba-Nya 
memanggil dan menyeru nama-Nya


syukran Ya Allah
Nisa redha dengan segalanya
moga ada sinar dihujungnya
insyaAllah

Thursday, May 5, 2011

111

hari tu sempat capture follower ke-111
cantik nombor...
biasanya saya akan kasik sesuatu untuk follower bertuah
insyaAllah tak lama lagi 
saya akan hubungi mereka-mereka yang bertuah
tunggu ye...
super bz sangat sekarang ni
tak sempat nak buat lawatan ke post office lately
nak tahu siapa cik adik syahida masri yang bertuah ni
boleh lah lawat ke blog dia di sini

Wednesday, May 4, 2011

Wa Ta Wa 1852

salam rabu para blogger & bukan blogger (ade ke yang baca entry nih?)
pagi ni nyaman sekali waktu bangun tidur
mandi manda
solat subuh
baring-baring sebelah makhluk tuhan rajin mengemas
kacau-kacau dia tidur
main -main dengan miho
dukung miho ke dapur
sambung cuci baju yang dalam mesin basuh (ye, i letak mesin basuh kat dapur)
prepare lunch (ye, pagi-pagi saya prepare lunch untuk bawa bekal)sambil diperhatikan my lovey dovey gumiho

iklan jap, comel kan miho saya tido... macam-macam gaya ada...hikhik

dah siap prepare apa-apa yang patut
masuk bilik landing-landing dan bermalasan bersama miho
alah.. apa nak kalut, masuk koje pukul 9.30..(*^ -^*)

8.30 dah, bersiap dengan pantas..lupa lak mahu ke bank pagi ni
dengan hati girang mula memandu, tak lupa baca doa naik kenderaan
sampai ke lebuh puteri jalan agak semak
masih dilorong yang betul
hampir ke kawasan yang ada susur ke kiri
biasanya kat sini orang suka selit-selit
nak-nak makhluk-makhluk berkereta besar dan mewah

himpit-himpit je cik kebal i ni.. keji betul mereka nih
kalau beratur tu, buat cara beratur lah
jangan main himpit-himpit
tiba-tiba datang 1 myvi putih
himpit dari sebelah kiri
tak tahu lah dia nak kemana
samada nak masuk susur kiri atau potong line
keadaan bertambah sesak sebab lampu trafik dah tukar merah
myvi tu masih menghimpit

dalam hati ~ sabar lah perempuan, gua pun perempuan
dah lambat nak pergi kerja lah tu

myvi tu masih lagi menghimpit ganas
saya baru nak mengalah, kasik je lah.. orang nak cepat
saya nak ke bank je
waktu masuk kerja masih lambat lagi

dengan kasar dia menghimpit lagi sampai terkepak side mirror kiri saya
WTH kan? memang la.. nasib la saya banyak-banyak beristighfar
senyum-senyum supaya cool
kalau tak, ada juga aksi kejar mengejar ~ lama dah tak buat nih

tukar channel radio ~ bosan lah hotfm pagi nih, layan radio sedara dia lak ~ flyfm
kereta sengal tadi bukan nak masuk susur kiri pun
kalau masuk susur kiri boleh maaf lagi
rupa-rupanya nak potong line
memang didih gak la
tapi disebabkan dari pagi lagi mood saya terlalu baik
saya perhati je gaya pemanduan myvi putih tu
memang 2-3 kali juga dia kena hon dengan kereta lain

sangat merbahayakan kesihatan
agak-agak ada anjing nak melintas, sahih dah kena hentam anjing tu dek myvi putih tuh

lepas je trafict light saya pecut menuju destinasi iaitu affin bank
lepas tu ke cimb bank
sebelum ke cimb bank tu, sempat lagi bagi tau bai roti canai suh bungkus roti telur kuah dhal 1

sampai office
setting laptop kat meja kerja
menuju ke pantry makan roti telur banjir dengan santai
ditemani derap-derap hujan yang indah

fuuuuuu~~ lama dah saya tak berperasaan macam ni...
dah-dah, sekarang mahu sambung buat assignment codeignitor yang belum siap
after lunch dah nak hantar
doakan saya dapat kerja ni ye
betul-betul mengharap dapat kerja baru
kenapa?
saya suka knowledge baru


727


saya tukang follow ke 727, cantik nombornye ... hihi
nak tahu blog siapa yang saya follow ni, boleh click sini
nak tahu kenapa saya follow blog dia, pergi lah tengok sendiri.. anda akan faham... hhehehe


Tuesday, May 3, 2011

Corn-Custard Teacake ~ sedap!!

saya ni kalau dah tak ada kerja kat office, memang akan buang masa dengan membaca blog..
lompat sana lompat sini
terjenguk blog dapurcomel nampak la 1 kek cantik dan menyelerakan serta mudah lak cara-cara nak buat tu
telur pun guna sebiji je ~ i loiiikkkeee u know (◕‿-)


saya dah try buat kek ni masa cuti buruh, memang sedap.. rasa dia macam rangup-rangup sket sebab letak tepung custard.. tapi bukan lah rangup macam makan biskut ye.. nak tahu macam mana rasa kena lah cuba buat.. ye tak? jangan tak tahu, my gumiho pun suka makan kek ni, tak caya? boleh tengok entry ni


tak nak sembang panjang jom kita tengok resepi..


kalau nak tengok resepi asal boleh refer pada geng-geng otai masak kat sini, sini, sini, dan sini (boleh tengok cara-cara)


Amaran: saya dah modified resepi ni ikut ketersediaan bahan-bahan saya (◕‿-)


bahan kek
125g butter
1/3 cawan gula castor ~ boleh kurang kan sebab manis sangat dah ni
1 biji telor
3/4 cawan tepung naik sendiri
1/4 cawan tepung kastard


bahan kastard
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu besar gula kastor
2/3 cawan susu ~ saya guna creamer Nestlé® Coffee-mate® sebab tak ada susu, caranya saya bancuh creamer dengan 2/3 cawan air, creative kan? (◕‿-)
15g butter
2 sudu teh vanilla
4 sudu cream style sweet corn ~ resepi asal tak letak, pandai-pandai je derhaka resepi orang...ngeee


penyediaan kastard:
  1. larutkan tepung kastard , sweet corn, dan gula kedalam susu
  2. masukkan butter dan vanilla
  3. panaskan hingga mendidih dan pekat ~ saya guna kaedah double boil 
  4. sejukkan
penyediaan kek:
  1. panaskan oven
  2. pukul mentega dengan gula hingga kembang, masukkan telur, gaul rata kemudian masukkan tepung dan gaul rata
  3. alaskan acuan kek dengan kertas minyak supaya kek tak melekat nanti ~ saya cadang sila guna acuan bersaiz 6 inci, sebab acuan saya bersaiz 8 inci, kek jadi nipis. so, agak kurang cantik disitu...tapi rasa still sodapppp
  4. letakkan sebahagian adunan kek, buat lubang sikit kat tengah dan ratakan
  5. kemudian tuangkan kastard dan kemudian tuang baki adunan kek tadi, ratakan dan bakar selama 30 minit pada suhu 175 darjah celcius
  6. keluarkan dari oven, sejukkan dan taburkan gula icing untuk hiasan ~ saya tak letak










p/s: kek kelihatan pecah-pecah sebab baru kuar oven dah kasi keluar dari acuan, hasil dari keterujaan melampau membatasi kesabaran... heheheh


 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger