Wednesday, July 27, 2011

Cuti-Cuti Malaysia : Kuching #6

Day 3

hari ke -3 kami decide ke kedai kek lapis dayang salhah
memandangkan kawan saya asyik sebut-sebut
tak pergi karang kempunan pulak

jadi sekali lagi kami ke waterfront sebab nak naik bot ke kampung boyan
seronok pula naik bot pagi-pagi


pemandangan kampun boyan dari waterfront

kedai kek lapis dayang salhah

kek lapis dan tester - ulang makan lapis cheese cadbury 
>> serious ini je yang sedap. bayang kan cheesecake dimakan dengan cadbury - heaven!

saya beli 1 aja kek lapis cheese cadbury tu - yang ni bukan untuk adik ipar okeh!
kakak ipar mu kedekut sikit kalau makanan itu sedap! 
wakakakakakakakakakak (annoying tak?) >> ditujukan pada adik ipar ku yang membaca blog ini


dah siap beli kek lapis kami pulang ke hotel untuk berkemas - actually dah kemas pun
tinggal nak angkut je
tapi sebelum tu singgah makan tengah hari dulu walaupun masih pagi
perut memang sebu sebab masuk nasi diwaktu yang tak sepatutnya
kesan dia 2-3 hari perut saya meragam rasa tak sedap

lepas dah lunch semua kami gerak ke hotel untuk berkemas 
then suruh budak hotel call teksi untuk ke airport
rasa macam tak puas bercuti
sebab banyak tempat tak dapat pergi gara-gara salah pilih hari
tapi tak pe
next time before beli tiket kena kaji dulu tempat yang bakal pergi tu

dah habis dah entry jalan-jalan sweet escape.. 
layan lah gambar awan-awan dari dalam kapal terbang

boleh nampak darat dan laut...cantik







Tuesday, July 26, 2011

ikan haruan oh ikan ubi

saya ada abang ngah
hobi dia memancing
kalau dapat ikan
dia bagi orang
sebab dia dan family dia tak berapa makan ikan sungai
memancing memang hobi dia

tapi kalau dapat ikan ubi (tak tahu orang lain panggil ikan apa)
abang ngah akan jual
1kg harga ratus-ratus wooo
tapi yang hidup la
kalau dah mati dia tak jual
orang cina suka makan 
masak stim

kalau saya ada balik kat kampung
insyaAllah ada lah habuan untuk saya
kalau rezeki, dalam sehari1-2 ekor boleh dapat
hari-hari pun dia pergi mancing 
hari raya pun!
sampai kami usik dia, ikan pun nak raya
dia sengih je... hahah

kadang-kadang kalau dah tahu saya nak balik
abang ngah memang akan simpan untuk saya
simpan yang hidup tau
sebab abang ngah memang tahu
adik comel dia yang jauh merantau ni suka makan ikan sungai
hehehe... 



yang atas tu ikan ubi
yang bawah ikan haruan


ikan haruan yang masih hidup

kena pegang kuat-kuat, sebab dia belum mati lagi

kalau saya yang siang ikan ni
sumpah saya potong kepala dia dulu...kah kah kah

Monday, July 25, 2011

Cuti-Cuti Malaysia : Kuching #5

Day 2


ok sambung entry dengan gambar my magic shopping bag dulu


penuh 1 bag..bahu pun senget je kendong bag pink tu

lepas dah siap shopping
kitorang ke waterfront sebab nak naik bot ke kampung boyan
waktu tu dah around 6.30 PM i think

adik-adik ni relax je naik bot
saya lak gayat aje
nak-nak time orang naik
bot senget je
tambang untuk satu hala RM0.50
jadi untuk pergi balik sila kira sendiri..◠‿◠

bila dah sampai kami gerak ke kedai kek lapis
mira cake house
masa tu tak sure mana satu kedai dayang salhah
kenalan saya yang dah ke kuching cakap kek lapis mira pun sedap
alang-alang nampak kedai mira cake house tu
saya pun singgah je lah
ada tester
test semua yang ada sambil tanya each tester tu perasa/jenis apa
layanan pekerja mira cake house dari 10 - 1 (10 = very good) saya cuma dapat bagi 1
kenapa? customer tanya, pekerja tu buat tak layan je
malah boleh pula bersembang sesama sendiri
customer kat depan terkial-kial panggil
ikut hati memang saya nak blah
tak payah beli pun tak apa
sebab kek lapis memang out of my list - tak suka sangat kek lapis sarawak
bagi saya, kek lapis sarawak istimewa kat corak-corak dia je
semuanya bukan taste saya
rasa hanyir telur
kalau benda-benda berbau/rasa hanyir memang tak dapat nak telan
jadi saya tak suka
kek yang saya rasa kat mira cake house tu pun terasa hanyir
mual tekak i tau
tapi demi adik ipar yang kempunan
beli lah jugak 2 ketul
baik kan saya? boleh dapat award kakak ipar best tak? hahah

lepas dah beli kek lapis kami gerak ke food court yang ada kat situ
masa tu tak tahu nak order apa


limau mantak = limau kasturi
kalau kat semenanjung, air sirap tu yang warna merah
kat sini kena pilih either nak ros / sarsi / oren  


nasi goreng special - nampak tempting dengan udang tu..tapiiiiii...masin mengundang high blood pressure

laksa sarawak - memang laksa ni rasa macam jamu eh?

teh c pandan special -manis mengundang diabetes

waterfront dari kampung boyan

naik bot mau pulang ke hotel

penutup hari kedua mesti disudahi dengan gambar patung kucing di waktu malam (◕‿-)

gula-gula lada hitam kiriman adik bongsu ku.. rasa dia? macam pelik je.. hahah

Saturday, July 23, 2011

My Girlfriend is a Gumiho #7 - Miho main masak-masak

habit miho yang saya perasan setakat ni
dia suka ikut saya
kalau saya ke dapur, dia mesti duduk tergolek kat dapur
kalau saya nak mandi, dia tergolek atau tercongok depan pintu bilik air sampai saya keluar
kalau saya jemur baju pun dia ikut sama
mula-mula fikir dia lapar nak makan
bagi makan dia buat tak tahu je
pendek kata memang dia suka mengekor saya

macam gambar kat bawah ni
saya sibuk potong sayur & kupas bawang pun cantik je dia tercongok kat depan
mata pun terkelip-kelip je
pedih sebab bawang kot...heheh

lagi satu dia ni tak banyak bunyi
macam mak dia si bebe
agaknya memang kucing spesis ni tak berbunyi kot
kalau saya nak bagi dia berbunyi 
saya peluk dia kuat-kuat sampai dia rimas dan menggelupur dalam pelukan saya
mesti dia cakap..."jangan peluk, jangan peluk..."





sebab tu bila kat office saya boleh jadi rindu kat miho
comel sangat perangai dia..
ini baru kucing
kalau anak tak tahu le macam mana..hahha

Friday, July 22, 2011

Cuti-Cuti Malaysia : Kuching #4

Day 2

permulaan sebelum jalan-jalan cuci dompet haruslah bergambar dengan statue kucing..hehehe

lepas dah bergambar dengan patung kucing
kami gerak cari teksi untuk ke satok
nak buat apa kat satok?
nak beli terubuk masin la..fresh tauuu
rambang mata kat sana
tambang teksi dari depan hotel riverside  ke satok = RM12

sampai kat satok perut dah bunyi-bunyi mintak di isi
alang-alang dah kat satok
kami suruh pakcik teksi drop kami kat kedai makan haji salleh
bila google, banyak yang suggest makan mi kolok atau mi sapi kat sini
so kami try lah

kawan saya makan mi kolok, rasa macam megi goreng
cuma ada sup

saya makan mi sapi, betul-betul rasa sapi [lembu]
sambal cili pedassssss

komen mi sapi dan mi kolok - sedap la
perut tengah lapar, semua pun sedap...heheh
harga pun standard harga mi sup

lepas dah makan kami gerak ke pasar satok
tapi sebelum tu singgah ke mall apa ntah
sebab sekali jalan je
sebab hajat di hati memang nak cari sweater / jumper untuk pakai kat office yang sejuk beku tu
pusing-pusing dalam mall jumpa 2 yang berkenan di hati
tapi ambil yang still around the budget la
sebab yang lagi 1 tu harga dia 100++, tapi serious cantik

lepas dah habis pusing mall
kami naik jejantas yang memang direct je dari level 1 mall untuk seberang jalan
sebab pasar basah satok kat seberang jalan tu
kalau datang sabtu atau ahad, kat sini ada pasar sabtu dan ahad
which is lagi meriah
dan kebarangkalian dompet cepat nipis tu memang tinggi la..hikhik

dah sampai kat pasar tu
kami jalan-jalan la 
tengok-tengok gerai mana yang berkenan di hati
sebab banyak betul gerai yang jual ikan terubuk
lepas dah siap pilih gerai dan pilih ikan
saya beli 2 jenis ikan terubuk which is yang sesuai untuk goreng dan jenis untuk masak rebus atau gulai
lepas dah siap semua
kami pulang ke hotel untuk solat zuhur dulu
lepas dah solat semua
kami gerak ke little india street
jalan kaki je
ambil masa 30 minit kot
sebab ada singgah-singgah ambil gambar

sebelum shopping, harus lah isi perut untuk lunch
kitorang pilih makan kat kedai mamak bernama Bismillah
order nasi goreng kampung
tapi rasa dan rupa macam nasi goreng bilis..hahaha
syukur je lah, janji kenyang

mahkamah lama

gerbang masuk ke little india street


apa ada kat sini?
ala-ala jalan TAR.. jual kain
wajib beli kain corak batik sarawak
katanya tak ada kat semenanjung
harga pun ok lah
boleh tawar menawar

sedang syok-syok pilih kain
hujan turun lebat macam hari pertama gak
hari ni kawan saya dah ada payung, singgah beli masa on the way nak ke little india
so saya boleh la guna payung saya yang memang saya dah bawa siap-siap
jadi, moral dia sediakan payung sebelum hujan
walaupun kamu nak pergi melancong..heheh

tunggu hujan reda sikit
sebab nak seberang ke KFC tu...makan lagi..hujan-hujan perut mudah lapar

KFC ni pekerja dia memang cakap pakai bahasa isyarat
dengan saya sekali nak cakap guna bahasa isyarat..macam lawak lak

barang-barang yang dibeli

lepas dah siap makan kat kfc
kitorang gerak dengan teksi
tak mampu nak jalan kaki dengan keadaan hujan masih rintik-rintik halus 
kat tangan sarat dengan barang-barang shopping
tambang teksi dari little india ke waterfront RM10

meneruskan aktiviti shopping kat sekitar jalan bazar

nampak tak?
.
.
.
.
.
.
.
.

zoom sket, Fair Price Shop Award

banyak-banyak kedai yang kami masuk
memang kedai ni aje yang ade frame ni
tapi sumpah saya tak ingat apa nama kedai tu
nanti rajin-rajin usha ye.. heheh
memang boleh tawar menawar sampai dapat harga yang puas hati lah

lepas dah siap shopping kat main bazat kami ke mana?
sambung next entry ok..macam dah panjang je
hehehhe...

Thursday, July 21, 2011

Cuti-Cuti Malaysia : Kuching #3

Day 1 Part 2 - entry ni banyak gambar, kalau lambat nak load i mintak sorry lah yeee..hehehe

ok, lepas dah sampai kami terus ambil bagasi
kemudian ke kaunter imegresen
kena ambil pas lawatan

[boleh berasa di sarawak selama 90 hari je]

lepas dah settle semua
kami cari teksi untuk ke hotel
tambang teksi dari airport ke hotel RM26
tambang dia dah ikut zone
bukan pakai meter
so harga dah fix lah
hotel tempat kami menginap kat jalan abell
memang dah dekat dengan waterfront
2 malam RM160
nama hotel abell residence hotel
komen untuk hotel - bersih, tapi tak ada kettle untuk masak air. aircond dia sejuk macam duduk dalam peti beku. tapi nasihat saya untuk siapa-siapa yang nak more low budget, boleh cari homestay.. kenalan saya dapat RM200 untuk 4 hari 3 malam beserta kereta sewa... bagus bukan?  

lepas dah sampai hotel
kami siap-siap solat jamak takdim zuhur asar
then cari tempat nak isi perut
dah buloq time ni
dah hampir pukul 2 kalau tak silap
syukur dekat hotel tu ada satu kopitiam
so kami masuk makan kat sana
nama kedai dia Ayam Bakar RJ Kopitiam

special menu diorang nasi ayam penyet
so kami try lah

[order yang biasa, harga RM7. tak ada tauhu dan tempe! ayam dia kering, tak macam ayam penyet yang biasa..juicy di dalam, rangup di luar. ayam dia pun tak penyet..hahah]

[air sirap longan - manis ya rabii, boleh mengundang diabetes]

lepas dah siap makan
kami jalan ke waterfront
masa tu matahari memang panas terik
dari hotel ke waterfront cuma 10 minit jalan kaki
ni nasihat sikit, nak cuti-cuti tak yah pakai heels.. nanti penat nak jalan

[bergambar kat tepi sungai, dalam hati gayat takut kamera jatuh dalam sungai]

[naik bot/sampan macam ni untuk seberang sungai ke kampung boyan, ada apa kat sana? next entry ok.]

[jeti kat seberang sungai, food court kat situ buka malam je. siang tak buka (_) ]

[river cruise-klik gambar di atas untuk tengok dalam bentuk slide]

saya ada cakap before ni panas terik kan? bila dah petang hujan rahmat turun dengan lebatnya, proses shopping agak terganggu. kami shopping dan cuci mata kat main bazar je. memang sekitar waterfront tu aje

sambil tunggu nak lintas sempat snap gambar tokong lama - tua pek kong

ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan yang data
kenapa Allah bagi hujan lebat kaw-kaw?
sebab Allah nak hadiahkan PELANGI



beg pink tu khas untuk letak barang-barang yang dibeli ◠‿◠

ni dinner untuk malam pertama... (◕‿-)

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger