Sunday, January 8, 2012

azam tahun 2012 aku dah tercapai...kah kah kah

hari tu aku buat list azam tahun baru
macam tahun-tahun sebelumnya
siap tampal kat dinding depan meja study aku
hari-hari aku tengok
lepas tu mesti aku akan berangan hope semuanya tercapai
insyaAllah hanya dengan izin Dia

2-3 kali tengok
azam aku tu macam azam budak-budak
tapi tak pelah
azam aku
bukan azam korang kan.. ahaks

ok, belum pun cukup seminggu masuk tahun baru
2 azam aku dah tercapai
kah kah kah

1. aku nak pakai smartphone [smartphone, tapi yang paling murah.. tak de sampai riban-riban pasal aku dah labur banyak kat azam no 2]
2. aku nak beli treadmill [rela kuar duit simpanan sebab nak beli benda alah ni...kes terlampau stress. bila stress aku boleh membuat sesuatu diluar jangkaan]

dua-dua aku dah dapat
dua-dua aku dah capai
dua-dua dah ada dalam genggaman aku..
err.. mesin treadmill tu aku tak dapat genggam
besar sangat
aku lari-lari je atas dia.. insyaAllah paling sekejap 30 minit sehari

azam no 2 tu kes aku nak capai azam ketiga aku
aku nak berat badan aku kembali macam masa 1st year aku kat uni dulu
kurus selim melim gitew.... kah kah kah
hope tercapai lah yang ni.. insyaAllah

benda alah mesin lari-lari ni aku leh consider as an advance birthday present for me self... terlampau-lampau advance nye.. haha

lagi satu azam aku is nak pakai braces... agak-agak bila la yang ni tercapai, sebab dari zaman sekolah menengah lagi aku berangan nak pakai.. harga & klinik pun dah survey... bila nak pergi tu belum tau lagi.. heheh

yang paling penting, azam untuk konvo tahun ni tercapai... moga-moga di izinkan Allah .. insyaAllah. aminn

p/s: konvo kali ni aku nak bergambar banyak-banyak, mak ayah aku kena ada guard supaya tak hilang macam masa konvo degree dulu.. too much regret, konvo degree tak ada gambar dengan BFF Y____Y

0 comments:

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger