Saturday, January 28, 2012

Easy Peasy Pan Fried Lamb Chop With Rosemary and Garlic

 [yang dah kena siram dengan sauce]

saya memang suka makan lamb
lamb chop, lamb kabsah, grilled lamb, lamb steak...
pendek kata saya memang suka makan lamb
maybe masa kecik-kecik ayah aqiqah biri-biri untuk saya..
sebab tu kot saya suka sangat makan daging biri-biri - ada kaitan kah?

selalu kalau order lamb chop kat kedai..
harga dia boleh buat belanja lunch untuk 2-3 hari

tiba-tiba aje berangan nak makan lamb chop yang sendiri masak
lagi pun tengok member letak gambar bbq... 
leleh dan terasa-rasa lamb dengan kuah sos lada hitam kat tekak
maka laju-laju ke mydin cari lamb
malangnya tak ada yang jual seketul je...
sekali dia jual.....
nah amek kau..

ada 5 slices!!
berat dekat 1 kg
harga rm16.84 je
kalau beli yang dah siap masak kat kedai...
harga dia around tu lah untuk 1 keping...
nah amik 5 keping lantak lah puas-puas... kikiki
saya marinate 3 slice je dulu
lagi 2 slice saya nak guna recipe lain
if sedap saya share kat blog jugak...


[berasap lagi - siap2 bubuh dalam bekal.. nak pergi kerja di hari sabtu nan indah .. *sobs*]

original recipe is here

Lamb chop with rosemary and garlic

Ingredients:
2-3 minced garlic
1 tbs olive oil
1 tbs dried rosemary
white pepper
salt
3 shoulder lamb chops about 3/4 inch thick

mix all together and marinate it atleast 1 hour in refrigerator, longer more tastier  

how to cook:
1/2 tbs olive oil in non stick pan
cook about 3-5 minute per side
once finished serve with mashed potato and sauteed vegetables

[masih dalam kuali]

Blackpepper sauce with mushroom

Ingredients:
2 sudu besar lada hitam - guna yang biji, yang serbuk tak sedap!!!
1 kiub pati ayam
1 biji bawang besar - dice
1 biji tomato - dice
1 paket serbuk mushroom soup - larutkan dengan air
700 ml air - digunakan untuk melarutkan serbuk sup cendawan & tepung jagung
7 biji cendawan butang
minyak untuk menumis
1/2 cawan kicap manis - tak sukat pun, main tuang je
2 sudu besar tepung jagung - larutkan dengan air

note I: 700ml air menyebabkan kuah cair, so boleh kurangkan air atau doublekan mushroom soup atau masak lebih lama untuk dapatkan sos yang pekat
note II : saya tak guna garam sebab dalam kiub ayam, kicap, dan sup cendawan dah ada perasa

cara masak sos:
1. masukkan minyak ke dalam periuk. tumis bawang besar hingga kekuningan
2. kemudian masukkan tomato dan tumis lagi hingga tomato layu 
3. masukkan mushroom soup yang telah dilarutkan ke dalam periuk 
4. masukkan air, lada hitam yang ditumbuk halus, kiub pati ayam, dan kicap kacau rata. (tak perlu sampai mendidih cukup sekadar merenih)
5. masukkan bahan² di dalam periuk tersebut ke dalam blender. kisar seketika hingga lumat kesemuanya dan masukkan semula ke dalam periuk tadi dan masak hingga mendidih
6. masukkan cendawan butang yang dihiris
7.masukkan tepung jagung kedalam periuk, masak sampai likat
8. setelah likat dan mendidih, angkat dan hidang.

[sup segera yang saya guna - pakai 1 paket je, dalam dia ada 3 paket]

Mashed potato with mayonnaise
1 biji kentang - kupas kulit dan potong 6
rebus dalam air letak garam sikit
rebus sampai soft and tender, agak-agak boleh lenyek
toskan dan letak 1 sudu mayonnaise, serbuk lada putih
lenyek dengan garfu sampai sebati, siap!

Sayur-sayur
makan apa-apa kalau tak ada sayur kenyang dia tak best
kalau ada ada sayur kenyang dia best..  ^___^
tapi jangan la makan kek atau ais krim kamu makan dengan sayur pulak.. 

ok, sayur-sayur kamu boleh pilih apa je sayur kamu suka.. better yang senang nak grill dan boleh dibolak-balik dengan mudah dalam pan

saya guna tomato dan sweet peas
tomato di slice
gaul sayur dengan pepper
grill bersama-sama lamb
tak perlu grill lama-lama, cukup agak-agak nampak sayur tu layu-layu manja gitew
bila makan still ada rasa crunchy dan manis sayur.. 

sekian resepi lamb chop yang mudah dari saya, chef kaynisa yang cute lagi comel ^___^

kalau nak buat lamb chop ni rasa sedap..
better marinate dia lama sikit, baru dia serap rasa dan rempah-rempah yang digaul tu
marinate malam, pagi dah boleh grill - pagi-pagi boleh breakfast lambchop.. woha!

2 comments:

Anonymous said...

Ehem... sedapnya resepi. Nak cuba try le ujung minggu ni.

Kalau kat luar mesti around 19.90 harganya secuil.

Best! best! mesti cuba.

Nice blog. Dapat kongsi resepi n ilmu.


-jln.ledang ke kg.gelam-

KayNisa said...

anon: haah, mmg mahal kalau makan kt kedai.. try la, insyaAllah pasti suka ^^

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger