Monday, February 20, 2012

Cuti-Cuti Malaysia : Kedah #1

* amaran: entry ni panjang *

last weekend aku pergi kedah
saja mengikut kawan aku yang nak balik ke kampung halaman dia
KAMPUNG KEPALA BATAS, KEDAH bukan kepala batas yang penang tu eh
kawan aku iaitu kak dhila offer, aku suka je nak ngikut... hewhewhew

duk rumah kak dhila tu
serius aku tak sempat lapar
asyik kenyang je
mama kak dhila masak gulai tulang letak rebung madu...
perghhh... memang bestt

1st time aku kenal dengan gulai tulang ni masa aku pergi umah kawan lagi sorang kat yan iaitu kak inn
jadi bila kak dhila cakap mama dia a.k.a mak ngah (aku panggil mama kak dhila mak ngah) nak buat gulai tulang, aku suke lah... hewhewhew...bab makan suke je aku nih
konon nak belajar camne nak masak gulai tulang tu.. tapi aku malu-malu miho nak p tengok
tapi aku ada la usha-usha bahan yang mak ngah letak tu..
apa yang aku belajar, kat kedah.. kalau gulai tu, kuah dia letak santan eventho ada letak daun kari tetap dipanggil gulai
kalau dulu, asal je gulai tu ada daun kari, konpem aku panggil kari.. hehe
tapi sayang aku tak amik gamba.. sebab aku terlampau teruja nak makan sampai lupa nak snap gambar

hari 1st aku pergi jalan-jalan sekitar pekan jitra
lawat kedai kawan aku, dulu butik sekarang jadi ala-ala cafe kot
ada jual nasi lemak dan soto, sapa yang duk area jitra nun p la try..
kedai dia nama senora berhampiran aneka mall

lepas tu kak dhila bawa aku p pusing-pusing alor star
serius kenangan mengimbau
pasal dulu masa :
  • tahun 2002-2003 aku belajar kat matrik kulim, jadi aku pernah lah mai area anak bukit & alor star - ikut kawan aku bernama syamsurina balik rumah dia time weekend, mak dia pun terror masak... best!! aku belajar makan tapai dengan susu kat rumah kawan aku si syamsurina ni la.. hehe, belajar buat kek ceklat sedap pun melalui mama kawan aku ni. hewhewhew..kenangan sungguh!
  • tahun 2005 lak aku praktikal kat Jabatan Zakat Negeri Kedah kat menara zakat jalan telok wan jah tu, lagi la ligat aku duk berjalan kat sekitar negeri kedah nih. hehe
sebab tu aku memang suka kalau dapat pergi kedah
kedah ni aku boleh kata hometown aku yang ketiga selepas terengganu dan melaka
sambil pusing-pusing tu kak dhila tanya nak pergi mana, pastu kak dhila tanya tak nak naik menara alor star ke?
serius aku tak pernah naik
jadi aku cakap nak la kan..
tiket dia pun murah je
untuk dewasa RM6, tapi aku kan student lagi..
aku guna student card dapat la RM4, hewhewhew... suke ok!!

 [aku pun tak faham kenapa tulis menara kuala lumpur]

kami naik atas sana dah waktu senjakala
cantik
dapat tengok awan hitam berarak
sebab time tu hujan rintik-rintik air bergelora...
dapat la aku nampak sungai kedah..
tak tahu kenapa aku kagum tengok sungai tu.. memang aku cuma mampu cakap masyaAllah cantiknya
kilat berdentum-dentum jugak time tu
lepastu dapat dengar azan berkumandang dari masjid zahir kalau tak silap..
aku abaikan rasa gayat aku masa kat tempat meninjau tu
konon nak beli fridge magnet kat kedai kraft menara tu
tapi sayang dah tutup awal..sedih *sobs*
kalau tak mesti dah bertambah koleksi kat peti ais mak aku - beliau kini ada hobi mengumpul fridge magnet

lepas dah puas mengusha keindahan alam
kami turun
lepas tu kak dhila tanya nak makan apa
actually perut masih kenyang
tapi nafsu makan memang dasat
^____^
aku teringin nak makan char kuetoew
kak dhila cakap char kueteow iman memang famous kat sana
tapi aku dah lama teringin nak makan nasi lemak royale
pasal tak pernah makan masa zaman-zaman duduk kat kedah dulu
dulu mana nak tahu
pasal memang lone ranger masa zaman praktikal
zaman matrix lak aku sangat naif tak tahu pape
yang aku reti, masakan kat dewan selera tu dah paling best... haha

pastu kak dhila bawak la pergi makan kat nasi lemak royal pantai johor
masa kami sampai tu
orang dah 5-6 orang beratur
nasi pulak dah habis
tengah tunggu runner mai hantar nasi baru
bila dah sampai nasi
lagi la bertambah-tambah keterujaan aku.. aku memang mudah teruja dan memang akan terpampang kat muka aku --> minah ni sedang teruja ... hewhewhew ..*senyumsipusipumalumiho*
aku tanya kak dhila lauk apa best?
dia cakap ayam madu, ayam goreng, udang best
aku tengok foursquare lak cakap ayam goreng dia best
jadi aku pilih ketiga-tiga lauk ni.. hehe
nasi separuh, ayam madu bahagian kepak, ayam goreng bahagian peha, udang besaq sekoq, kuah campur, sayur bendi...!!!
ada beberapa brader yang sama-sama beratur pandang pelik kat muka aku
aku heran gak
tudung aku senget kah?
tapi aku abaikan.. aku amik nasik aku
tukang kira harga cakap rm38, aku tak terkejut mana pasal aku amik banyak lauk
brader-brader tadi masih usha aku dengan muka pelik
nasib aku tak reti buat kening ziana zain, kalau reti mesti aku dah buat.. haha

 [licin kan aku makan...hehe]

pastu aku p duduk kat meja aku
kak dhila dah duduk dah sambil tunggu mamat air datang tanya order
masa aku duduk kat meja tu
pakcik sebelah meja pun pandang aku pelik
aku tanya kak dhila pasaipa depa ni duk pandang semacam?
kak dhila cakap maybe sebab amik lauk udang - aku fikir, agaknya jarang orang ambil lauk udang kot
ape-ape jelah
aku nak makan
memang terbaik
puas hati
bila dah selesai makan kak dhila nak p bayar nasik dia
sekali rupanya tukang kira harga tu dah kira harga untuk kami berdua
tu jadi rm38 tu.. haha
baru nak bajet bangga, 1st time makan nasik harga mahal
biasanya makan nasik mahal-mahal ni orang belanja je.. haha

[ni kak dhila punya]

lepas dah kenyang kami pun pulang ke rumah kak dhila
tengok cerekarama tajuk jujur aku dayus
beto kusairi ensem woooooohhhhh... hahah miangs laksss
lepas dah abih drama kami pun tidoq

esok pagi aku bangun
tengok kat luar gelap lagi
aku pun p la bersihkan diri nak solat subuh
lepas dah solat aku tengok jam
oii... dah pukul 8?
pukul lapan pun masih baru nak terang-terang tanah...
serius aku duk ingat time tu masih gelap subuh lagi. ke mata aku rabun serta mamai tak tahu la
patut la air pun sejuk macam air batu...

pagi tu mak ngah jamu dengan ketupat pulut - my fav, biasanya mak aku buat time raya je
ni dapat makan time tak raya
den suka la
cicah dengan kuah gulai tulang
memang terbaik (macam boboi boy cakap - terpengaruh tengok boboi boy kat rumah kak dhila)
pastu mak ngah buat jugak tempek / peknga / lempeng kelapa
cicah dengan kuah gulai jugak
sedapnyaaaaaaaaa... makan sampai kenyang..memang buruk lantak
haha
lepastu dengan tak mandi kami p ke pasar tani kat pekan jitra 2
beli pekasam - aku suka ikan pekasam, belajar makan pun kat kedah ni la.. hehe
beli asam jawa tanpa biji - mak aku kirim
beli belacan kuala jerlun - mak aku kirim
mak aku mesti akan kirim asam jawa & belacan kalau dia tahu aku ke kedah... hehe

lepas dah siap membeli belah kat pasar tani
kami pulang
duduk-duduk bersembang kat dapur
jiran mak ngah kasi buah nanam
1st time tengok buah nanam
mak ngah suruh rasa
mula-mula takut-takut jugak
sebab tak suka masam
bila dah rasa.. 2 biji aku telan
rasa dia masam-masam manis
sedap cicah dengan garam


lepas dah pekena buah nanam
aku p layan katun boboi boy
dalam 11 lebih bersiap nak keluar
sebab mak ngah nak pergi hospital amik ubat
lepas dah amik ubat kami pergi ke pekan rabu
aku tak beli apa sangat pun kat sini
beli cakar ayam je - dah jadi jajan kesukaan since makan yang beli kat melaka awal bulan hari tu


lepas dah puas pusing kat pekan rabu
kami turun makan kat foodcourt kat pekan rabu tu
konon nak makan ABC
tapi ABC kehabisan bahan
jadi aku makan nasi ayam (walaupun still kenyang)
dengan lai ci kang - so so la rasa dia, agak manis

lepas dah siap makan
kami pun pulang ke rumah
tapi sempat lagi singgah beli gorpis, cucur jagung dan kuih-muih

 [kuih berbentuk karipap inti kastard]

sampai rumah sesi minum petang lepas tu solat zohor-asar then tidur tak sedar diri
pukul berapa ntah kak dhila gerak
tanya nak balik tak..
dengan mamai aku jawab nak.. haha
dalam pukul 7pm tu kami gerak pulang ke KL
mak ngah siap tapaukan gulai tulang dengan rebung madu, hati lembu goreng kunyit, ketupat
yeay! hari ni boleh buat lauk berbuka...xyah masak.. alhamdulillah

thanks kak dhila, thanks mak ngah


note I: dari bandar baru sentul ke puchong aku boleh sesat..mamai agaknya.. nasib baik la tak sesat jauh... hewhewhew

note II: sampai rumah aku tengok miho kurus sikit, tengok bekas makan dia tak berapa luak. hilang selera pasal kakak dia tak de kot.. kesian miho demok yang comot..pagi tadi aku tengok bekas makanan dia dah luak banyak.. selera makan dah kembali agaknya.

4 comments:

nizamsani said...

lamanya tak makan buah namnam.

KayNisa said...

sedap buah tu.. tu 1st time makan

Dhila Rozi said...

hmm.. klau wat bedtime story tak sempat sampai separuh dah terlelap... waakakakka.... giler panjang... hadessss

KayNisa said...

xpe la panjang.. leh to be continue malam esok lak.. hewhewhew

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger