Friday, February 24, 2012

Cuti-Cuti Malaysia : Melaka #1

* amaran: entry ni panjang *


awal bulan feb hari tu aku attend wedding member univ dulu
dah kawen dah beliau (ah meng)


majlis kawin member aku ni kat negeri sembilan
aku ni tak berapa familiar sangat dengan n9 nih
kenangan pun tak berapa nak ada
kalau ada pun mungkin setakat memori berpiknik bersama-sama kawan opis kat port dickson
atau pun memori berpiknik dengan family angkat tersayang juga di PD
tak pun memori bergathering dengan kawan-kawan forum asscrewz (aku tak active dah kat sini) pun di PD
(tak ada tempat lain kah nak piknik)

aku pergi wedding si ah meng ni dengan kak dhila (kawan aku)
berkonvoi dengan robell (kawan aku) dan azwa (kawan aku) dan suami (juga kawan aku)
haha.. semua pun aku mention kawan aku.. ape ape je lah

kami pergi majlis ahmeng ni agak lewat
jadi lauk pauk yang sedap-sedap pun dah habis (daging salai masak lomak sedap habis wohhh T____T)
lepas dah makan-makan
ambil-ambil gambar

aku dengan kak dhila pun gerak
aku tanye kak dhila
kite tak nak gi mana-mana ke?
then we ols decide nak pergi melaka
dulu aku study kat melaka
dari 2003-2007
jadi memang banyak sangat memori kat sini
suka duka pahit maung semua ada
haha
kenangan kena kejar dengan pak guard pun ada...tehehehe...aku tak nakal ok!

sampai kat sana dalam 8 lebih dah
terus pusing-pusing cari hotel
betul-betul membangun melaka
patutlah dapat title melaka maju 2010 - tahniah untuk melaka

kitorang check in kat Hash House Hotel
harga untuk hari minggu memang lain lah kan
tapi still ok RM140 untuk bilik yang ada 2 katil single
uncle yang jaga kaunter tu pun ramah je
hilang penat lelah berpusing-pusing cari hotel
kitorang checkin untuk bersihkan diri
then we decide nak pergi jonker walk
dulu aku selalu pergi sana bawa kawan-kawan yang tak pernah pergi
suka sangat jadi pemandu pelancong..haha
sampai kat jonker walk
ada naga air panjang melintangi kawasan tu
aku cakap naga air sebab ada air paip keluar kat mulut dia
kak dhila cakap tahun ni tahun naga air
aku pun cakap... ooo, ada jenis-jenis ye tahun naga
ingat sama je...suka jiwa aku je eh.. hehe

[ramai orang cina tadah tangan kat tempat air tu turun, aku tak tahu apa khasiat dan tuah dia. tak sempat nak interview, pasal ramai dan berebut-rebut]

kami jalan-jalan dengan perut lapar (kes tak kenyang makan kat kenduri ah meng)
makanan yang dijual kat stall sepanjang jalan jonker walk tu ada yang nampak tempting
tapi kami tak berani nak makan
tak tahu status halal dia..
jalan-jalan cuci mata kononnya
sempat la sambar satu cincin kristal hijau
pasal cincin kristal aku yang ada tu dah retak menanti belah
kak dhila beli cincin jade
aku tak beli yang jade pasal kaler yang aku suke tak de saiz dengan jari cute aku nih *wahahh*

[comel pulak sepit rambut ni... hari tu tak berkenan pulak]

sambung jalan-jalan lagi then aku beli fridge magnet khas untuk mak aku
aku tak tahu la mana mak aku belajar minat kumpul fridge magnet nih
aku layan je lah.. yang penting mak aku hepi aku pun hepi..
aku ada jugak beli tshirt melaka (aku kasik kat adik aku)
sebab dulu sepanjang duduk melaka tak pernah beli *hewhewhew*
lepas dah habis jalan-jalan kat jonker walk
kami jalan-jalan kat sekitar banda hilir
konon nak masuk muzium kapal sebab kak dhila tak pernah masuk
tengok-tengok dah tutup
kami patah balik pergi ke kereta konon-konon nak naik eye on melaka
bila sampai sana pun dah tutup
dia sampai pukul 12 malam je
kami sampai terlewat beberapa minit je
yang ada kat dalam eye on melaka tu orang-orang yang untuk last trip lah kononnya
hampa weh!
kami pun terus bercita-cita
one day kena datang melaka semata-mata untuk bercuti-cuti
tak de datang main aci terjah without plan macam ni
memang huru hara

 [eye on melaka... sedih tak dapt naik.. *sobs*]

lepas dah penat ronda-ronda
kami decide nak cari makan
cari la kat area dataran pahlawan tu
tapi yang bukak si MCD je..
tak nak la makan MCD .. kat selangor atau kl pun ada MCD!
kami pun terpaksa beli fries untuk alas perut pasal perut dah start nyanyi lagu dondang sayang (kat melaka kan, mesti tune ke dondang sayang.. hewhewhew)

[sepanjang duduk kat melaka, aku tak pernah naik beca kalerful nih..]

pastu kami pergi ke foodcourt ayer keroh yang berhampiran taman muzaffar tu
dulu masa study, sewa rumah kat belakang foodcourt ni je
asal lapar je jalan kaki turun beli nasi
dulu foodcourt dia tak lawa macam sekarang
dulu kucing-kucing besar banyak wooooo... yang bunyi cit cit cit tu.. bukan meow meow macam miho
bila dah sampai kat foodcourt tu
tengok-tengok dah tutup jugak kedai-kedainya - terus saya cakap, apa ni.. semua tutup awal!
(hello cik kak, tak tengok jam kah...dah pukul 1am lebih masa tu)
frust tak dapat makan tauhu bakar masih terasa sampai harini..sebab aku teringin sangat
aku belajar makan tauhu bakar kat melaka ni lah.. beli kat bazar ramdhan peringgit..
Ya Allah sedapnyaaaaaaaaaaaaa......
lepas dah frust ni
kami decide pergi makan asam pedas hajjah mona
check kat foursquare kata open from 5pm till 5am
try juga gagah pergi dengan perut berkeroncong
masa tu dah 1am lebih..





perut aku dah masuk angin campur ada intro gastrik dah
sampai kat sana alhamdulillah still buka
apa lagi cepat-cepat order asam pedas ikan parang (sangat sedap, isi dia manis, ikan segar),
asam pedas ikan pari (isi dia pejal dan fresh),
mula-mula kak dhila nak asam pedas tetel.. tapi habis pulak
pagi-pagi hari makan nasi lauk asam pedas layan jugak
aku tengok kat situ memang rata-rata meja penuh
lepas dah kenyang kami ke hotel untuk tidur

esok pagi
bangun tidur lepak-lepak dulu
kedai pun tak bukak lagi kalau keluar awal
dekat-dekat pukul 11 baru kami keluar
cari makan
decide nak makan kat newtown depan dataran pahlawan
kat situ ada 1 kedai nasi
dan 1 kedai air je yang bukak walaupun situ sebenarnya foodcourt
lain-lain kedai banyak tak bukak
agaknya sama-sama nak cuti maulidurasul dan taipusam kot
tengok lauk pauk kat kedai minang tu memang agak tempting
lebih-lebih lagi semuanya baru siap masak
so kami brunch terus
tengok-tengok ada asam pedas tetel...
so tak ada la kempunan sangat kan
semangkuk amik untuk share dua orang..


lepas dah siap makan
maka jadi lah kenyang perut suka hati
seronok la jalan-jalan shopping barang untuk bawa balik kampung
cuti panjang kan
harus dan wajib balik kampung... hehe
hasil cuci mata kat bazar
aku beli seketul spek mata hitam - 1st time beli tapi haram tak pakai pasal aku jadi pening-pening lalat bila pakai
beli kerepek-kerepek tradisional yang rm10 untuk 3 barang
dah habis shopping kami pun pulang dengan hati yang girang..
tu jelah ceritanya pun.. ada yang baca kah?
kalau ada terima kasih daun keladi
lain kali baca lagi ^_^

6 comments:

Dhila Rozi said...

giler panjang... letih baca... ni blog ke karangan SPM??? wakakakakaka

KayNisa said...

dulu ms spm xsmpt nk karang pnjg2.. hehe

Dhila Rozi said...

so balas dendam lah nih?? ahhaha... cam tak kena jaaa

k0m4nd3r said...

Arghh.. satu2 blog yang ada gambar pengantin.. Haha, blog aku pon xde cerita aku kawen.. Hehehe.. suka! suka! Doakan kami berbahagia hendaknya, dan mintak2 ada rejeki lebih, boleh korang mai serang rumah aku plak.. :)

KayNisa said...

inche komander, aku tunggu je ko jmput kami p makan2 kt taman pinggiran cyberjaya tu..

aku doakan ko murah rezeki.. aminnn ^^

Dhila Rozi said...

Haah.. Walau xdpt goodie bag msa p kenduri ameng, nisak tetap upload pic pengantin... Kan nisak kan?

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger