Friday, February 17, 2012

Friday Fish And Chips

resepi ikan

1 keping frozen fillet ikan dory,
2 sudu tepung gandum *
garam secukup rasa *
serbuk lada hitam secukup rasa *
serbuk lada putih secukup rasa *
serbuk kunyit secukup rasa *
sedikit olive oil 

defrost ikan dory dan basuh bersih
kemudian lap ikan dengan kitchen towel, ketepikan

campurkan bahan bertanda * dan gaul rata
panaskan non-stick pan
letak olive oil, ratakan kat kuali tu
ambil ikan dan salut dengan tepung yang dah digaul rata di kedua belah ikan, ratakan
letak dalam kuali
masak sampai kedua-dua belah ikan kelihatan garing / sampai ikan masak
angkat

untuk wedges
1 biji russet potato
buang kulit dan potong kentang macam dalam gambar / belahan epal / bentuk wedges (bentuk eh??)
masukkan air dalam periuk
masukkan kentang yang telah dipotong
rebus sampai air mendidih, pastikan kentang separuh masak
kalau terlebih masak lupakan hasrat mu untuk membuat wedges, sila refer sini untuk membuat mash potato..
apabila kentang dah agak separuh masak, tutup api dan tos kan
lebihan tepung yang digunakan untuk salut ikan tadi campur dengan sedikit air, jangan terlalu cair..
ambik kentang, celup dalam bancuhan
goreng deep fried sehingga kelihatan garing atau kekuningan
angkat, tos dan sedia untuk dimakan

fish n chips sedap dimakan bersama sos cili atau pun sos lada hitam

1 comments:

farhana said...

mohon share..tq

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger