Thursday, March 15, 2012

Diet Tips #1: Kenapa perlu multivitamin? ~ Siri vitamin larut lemak

image source from google

ok, kalau korang rajin membaca blog dan web pasal diet
mesti akan ada cakap pasal pengambilan multivitamin kan?
kalau korang cakap tak, maknanya korang belum habis membaca dan tak buat research menyeluruh pasal nak diet..

aku taknak cerita apa benefits ambil multivitamin
tapi aku nak cerita benefits dari vitamin-vitamin yang terkandung dalam multivitamin
kiranya boleh nampak benefits pengambilan multivitamin secara menyeluruh kan

Vitamin A


  1. Juga dikenali sebagai retinol
  2. Adalah vitamin larut lemak
  3. boleh ditemui dalam kebanyakan sayur dan buah-buahan seperti aprikot, brokoli, tembikai, lobak merah, kale,  mangga, lada merah, bayam dan keledek
  4. dari binatang boleh didapati dari hati, telur, susu, ayam
  5. antara benefits nya ialah, untuk immunity, kesihatan mata, untuk tulang dan gigi, menghalang pembentukan batu karang, powerful antioxidant yang membantu mencegah cancer, antioxidant dalam vitamin A juga membantu melawan radikal bebas untuk kebaikan kulit, bagus untuk sistem pembiakan untuk lelaki dan perempuan 
  6. sehari sekurang-kurangnya perlu ambil vitamin A sebanyak 10,000 to 15,000 IU
    Vitamin D

    1. adalah vitamin larut lemak
    2. sumber dia dari cahaya matahari, kalau orang yang dah selalu kerja kat panas terik memang tak perlukan tambahan vitamin D dah.
    3. sumber lain vitamin D adalah pure cod liver oil (cth: Scott's Emulsion), salmon, mackerel, tuna, sardines, milk, egg, liver, beef, cheese, alga (alfalfa) , fungus seperti cendawan dan kulat
    4. Antara benefits vitamin D:
    • Mengekalkan keseimbangan kalsium dalam badan
    • Menggalakkan pembezaan sel dalam badan, setiap sel perlu dibezakan untuk menjalankan fungsi berbeza contoh nya sel tulang dan sel darah
    • boost your immunity!
    • membantu tahap gula dalam darah. kekurangan vitamin D boleh menyebabkan pengeluaran insulin terganggu maka boleh mengundang diabetes!
    • membantu menurunkan tekanan darah
    • membantu melindungi badan terhadap kesan low level radiation
    • sesuai untuk kesihatan kulit, melindungi dari penyakit kulit
    • vitamin D yang cukup menghasilkan rambut yang sihat, oooo... kurang vitamin D lah ni.huhu
      Vitamin E


      1.  merupakan vitamin larut lemak
      2. sumber untuk mendapatkan vitamin E ni mudah je, ada dalam wheat germ oil, sunflower oil, safflower oil, kekacang , minyak kekacang, high value green leafy vege seperti bayam dan collard, avovado (kena minum jus alpukat selalu), asparagus, broccoli, pumpkin, lettuce, buah kiwi dan lain-lain
      3. Antara benefits vitamin E:
      • banyak manfaat untuk kulit seperti membaki struktur kulit dan menghilangkan parut, boleh membantu untuk kelihatan muda
      • mengandungi antioxidant yang tinggi
      • merawat menstrual pain - ooo, kurang vitamin E kot
      • mencegah jangkitan mata
      • merawat kekurangan sperma
      • merawat/mencegah kerosakan otak contohnya dementia
      • melegakan ketegangan otot
      • membantu merawat penyakit asma
      • merawat/mencegah penyakit Rheumatoid arthritis
      • merawat/mencegah penyakit berkaitan dengan kardiovascular

      kenapa vitamin ADE adalah larut lemak?
      sebab nanti dia senang nak attach dengan lemak-lemak yang berada dibawah kulit manusia
      perasan tak, ketiga-tiga vitamin ADE memberikan benefit yang baik untuk kulit
      sebab, kat bawah kulit kita ni ada lemak.. jadi vitamin ni senang nak serap  ke dalam darah kemudian disebarkan keseluruh badan melalui   ^___^ vitamin jenis larut lemak jika berlebihan akan disimpan di dalam hati untuk penggunaan dikemudian hari. oleh sebab itu, kita tidak memerlukan vitamin larut lemak setiap hari dalam diet..

      Next entry aku share pasal vitamin larut air pulak..hehehe

      Notes I: sebenarnya entry ni khas untuk aku, sebab aku malas nak google dah next time.. senang aku nak refer nanti. tapi korang yang baca still boleh dapat input bermanfaat kan?

      Notes II: ada yang bahasa bercampur sebab aku tak tahu nak translate ke dalam bahasa melayu yang betul. guna google translate makin jadi tak faham aku rasa. haha

      0 comments:

       
      Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger