Friday, March 9, 2012

game selongkar bag

siapa ntah ajar game serupa ni
aku pun tergedik-gedik nak join sekali
haha
actually kan, ni kes tak ada idea nak karang apa kat dalam karangan mingguan aku
ada beberapa point lagi aku tak elaborate dengan details
susah kalau jadi student tua ni...
sel sel neuron kat otak dah kurang berfungsi sket
kes terlebih makan semut (semut juga dipersalahkan)
supervisor dah preet preet tiup wisel penamat dah tu Y____Y

kadang-kadang lepas up entry kat blog
idea nak mengarang tu datang mencurah-curah bagai curah air di daun keladi..haha

disebabkan aku teruja nak main game selongkar bag ni
aku pergi tonggang bag kerja aku
tak ada main selongkar dah
kasik tonggang je biar tumpah semua isi di dalamnya...^_^


nah, banyak tak barang dalam bag sayeeeee???

  1. purse - wajib ada sebab kat dalam tu ada ic, lesen memandu, kad bank, duit tu adalah dalam singgit dua
  2. earphone untuk handphone, tengah-tengah drive tiba-tiba my darling mami & dadi call harus lah angkat dengan segera. mana boleh pakai pegang je phone tu..itu bukan pemanduan berhemah
  3. coin purse - kalau tak ada beg duit syiling ni, harus ku campak merata-rata je coins. pernah time cuci kereta, tukang cuci kereta berjaya kumpul coins tersembunyi dalam kereta aku hampir 20 ringgit ok.. tiba-tiba terasa jadi kaya kejap...hehe
  4. payung - beli payung ni tahun 2007 dengan harga rm5 kat stesen lrt pasar seni masa otw nak ke dayabumi jumpa client. sangat berjasa sebab aku tak boleh kena hujan, kalau kena jugak aku akan demam atau kurang-kurang pun kadi pening-pening lalat
  5. data cable - diperlukan time nak caj henpon kat office. untuk transfer gamba makanan pun boleh gak. memang suka ambil gambar makanan. pasai apa pun tak tahu la. sebab konon nak bubuh dalam blog kot..miahahaha
  6. ketip kuku - habit aku ialah mengetip kuku time tengah jam otw nak pergi kerja. biasa la, kalau dah lalu kat ldp dan persiaran kewajipan tu....
  7. gunting - diperlukan time nak gunting benang-benang yang terkeluar dari pakaian contohnya kat tudung
  8. benang dan jarum - mana tahu tiba-tiba ada butang tertanggal, atau baju tersangkut kat ranting atau paku. boleh la nak kaver-kaver dengan jahitan silang pangkah..haha
  9. minyak wangi cap silky girl - tiba-tiba terasa nak wangi-wangi aku calit la sikit. kalau tak, memang aku tak pakai apa-apa perfume sebab nanti end-up aku pening-pening campur loya
  10. lip gloss dan lip balm - kalau datang hari aku nak melawa sikit, aku calit la benda alah ni. kalau tak, aku memang tak calit pape pun.. 
  11. pencuci muka
  12. krim pelembab muka - perlu ada sebab kulit aku mudah menggelupas
  13. ada barang-barang emergency
  14. kunci home sweet home
  15. kunci kereta kebal sayeeeeee
  16. henpon - ni kalau tak ada mahu mati kutu, sebab dia sangat berguna untuk berwasap-wasap bersama kengkawan sewaktu bekerja. karang duk chatting kat skype nampak benor mengulaunye...mueheheheh
  17. pas kerja / access card- mesti ada, kalau guard tak nampak nanti dia tahan suruh tulis nama. kalau tak ada, tak boleh masuk office. kena pakai tekan loceng, buatnya time office-mate belum sampai camno? terpaksa la bertapa depan pintu sampai dorang sampai.
  18. vicks vaporub - time loya-loya boleh sapu. ingat izzah ombak rindu je ke leh loya-loya time datang bulan?? kah kah kah
  19. getah ikat rambut emergency
  20. kerongsang emergency - buatnya tiba-tiba ada kereongsang rosak tercabut pin, ada juga pengganti
  21. losyen - tiba-tiba je tangan kasaq berkematu, aku sapu la sikit konon-konon nak feeling tangan selembut tapak kaki miho (tapak kaki kucing lembut ok!!)
  22. buku catatan a.k.a buku lukisan - aku suka tulis dan list benda-benda yang aku nak buat sebab aku mudah lupa. kadang-kadang aku suka lukis design baju yang aku rasa aku suka. contohnya aku jalan-jalan kat mall/kedai, tiba-tiba aku tengok design jubah/baju kurung/blouse tu cantik, aku sketch lah design dia. nanti aku jumpa tukang jahit aku tunjuk la design aku tu. sebab aku prefer tempah kat tukang jahit dari beli pakaian yang dah siap. 
  23. pen dan pensil - untuk menulis dan melukis
  24. salonpas - since aku dah terkena slip disc, kadang-kadang aku jadi cepat lenguh kalau lama sangat duduk. jadi aku tampal benda ni.. lega la sikit. tawakkaltualallah. ^__^
  25. bitreen (neem tablets) - pil untuk cuci darah dari segala toxin dalam badan. aku ni terlalu banyak alergic. then bila aku google, banyak cakap better amik supplement untuk cuci darah. aku pergi pharmacy, sales person suggest aku ambil ubat ni. so far aku rasa ok. sebab baru setengah bulan aku makan. kulit aku pun nampak lagi ok compared to previous. nampak lebih segar. kalau tak, nampak pucat dan kusam je. ubat ni sekotak cukup-cukup untuk 3 bulan. dia memang khas untuk detoksifikasi tahunan. kiranya setahun tu dalam 3 bulan makan ubat ni untuk detoks/cuci darah. banyak juga benefits dia antaranya untuk anti-aging effects. korang baca la sendiri dekat web dia kalau nak details.
  26. tisu muka - tiba-tiba tandas tak ada tisu, tisu muka adalah pengganti yang baik ^__^
  27. gaviscon - aku ni tak boleh lewat makan. mesti on-time. kalau tak mula la dia berlagu syahdu. dia punya perit tu macam kau ambil perut kau pastu kau gesek-gesek dengan penggesek biola...pedih woooo. kalau tiba-tiba gastrik/atau pedih ulu hati datang, minum lah gaviscon!
  28. cermin - khas untuk belek mata, sebab bulu mata aku kalau dia nak gugur dia suka gugur dalam mata. tiba-tiba je ada cantik je landing seurat bulu mata kat kawasan mata hitam tu.. tak selesa ok!
  29. pendrive - wajib ada ni. untuk transfer muvi-muvi yang aku donlod kat office. mentang-mentang office pakai unifi unlimited donlod. betul-betul menggunakan ketahap maksima. kah kah!
  30. gelang batu - tiba-tiba je beliau wujud dalam beg. patutlah lama cari tak jumpa. nyorok kat sini rupanya.
tu jelah barang-barang dalam bag aku
nak kata gegurl sangat tak ada la kan? kan? kan?
panjang jugak aku menaip kat entry ni...
now aku nak sambung termenung depan karangan aku pulak...
xoxo << ni kes terjangkit series gossip girl, baru layan sampai season 4.. gigih donlod dari season 1..hehe

0 comments:

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger