Tuesday, March 13, 2012

Induction Day # 1: Menu Bertelur

kes terpengaruh dengan encik luca
dengan segera google details pasal jenis diet ni
aku dapt banyak info kat atkins dan web tak nak gemuk

ada member pernah try
memang nampak dia kurus
tapi dia stop sebab tak tahan dengan godaan-godaan makanan kat malaysia bumi bertuah ni
kali ni aku nak cabar diri aku
mampu tak aku memenuhi cabaran atkins diet ni
makan lauk je yang boleh .. sayur pun boleh , tapi sayur-sayur yang tertentu je

mengikut pembacaan aku, normally induction ni kena buat dalam 2 minggu = 14 hari
jadi selama 14 hari aku cuma boleh makan 20gram carbohidrat je...
lain-lain semua terdiri dari protein, lemak, dan mineral-mineral lain

aku harap, misi tahun baru aku untuk turunkan 10 kg dalam 6 bulan pertama 2012 akan tercapai
korang (ada ke orang baca blog aku ni?, bajet femos amos pulak..kehkeh) doakan dan sokong serta support aku tau..
bagi sokongan moral sikit...

aku saja letak kat blog post sebab kebanyakan sumber cakap kena buat food diary
aku malas nak menulis
maklum la orang yang kerja dengan kompiter ni memang kerja dia nak taip je
jadi aku buat food diary aku kat blog ni
nak tengok makanan yang aku ambil tu ada beri kesan tak kat penurunan berat badan aku ni

aku nak kurus bukan sebab nak nampak lebih hot ke apa
aku nak sihat
tu je main point aku
tulang belakang aku tak kuat
doctot yang rawat aku tu dah bising sebab berat aku lagi naik
aku memang sedang menyeksa struktur tulang temulang dalam badan aku ni
jadi sebelum apa-apa yang lebih teruk berlaku
baik aku usaha dengan cara diet atkins ni (tawakkaltualallah)

aku dah beli mesin berlari
so far memang membantu aku
tapi berat tak de la turun sangat
dia naikkan stamina aku
kalau awal-awal dulu
aku ambil mode berjalan je
10 minit pertama tu dah mengah-mengah
sekarang ni, kalau dalam 30 minit tu, ada dalam 6 minit aku berlari
aku buat cara selang
8 minit jalan - 2 minit lari - 8 minit jalan - 2 minit lari - 8 minit jalan - 2 minit lari = 30 minit senaman

penjang pulak intro dia...hihi
dah la..cakap banyak tak ada guna
yang penting hasil dia

berat aku sekarang 79KG, sila lihat gambar kat bawah
baru tat sat aku snap gambar...


tinggi aku 160cm, jadi BMI aku 30.9 masuk tahap obesiti Y________Y

kita tengok, the next 14days berapa berat aku
kalau sukses, korang korang korang yang nak turunkan berat
boleh lah tiru menu aku ni
kalau tak berjaya
mari kita cari diet jenis lain pulak...hehehehe
aku sangat berharap diet kali ni jadi
nak berat macam umur spm dulu... huhu
----------------------------------------------------------------------
 breakfast: telur separuh masak , campur daun sup untuk neutralize kan telur yang berasid


lunch: telur bakar dalam cawan tomato, ada daun sup dan brocoli nak bagi full dengan fibre juga as a replacement of carbs


dinner: bihun goreng , dah langgar pantang. makan kat rumah kawan. orang jamu tak kan nak tolak kan.

air mineral: 3L (2 botol air mineral besar)
supplement:
bitreen - untuk cuci darah dan detoxification
Proviton Multivitamin with Ginseng untuk bekalkan tenaga
Naturalle Evening Primerose Oil untuk kesihatan wanita

exercise: 40 min berjalan atas treadmill (3km/h)

Status: Failed, sebab ada ambil makanan yang ada carbs untuk dinner!

Note: aku banyak baca info kat web sususejat juga walaupun dia tak amalkan atkins

1 comments:

Dhila Rozi said...

"aku nak kurus bukan sebab nak nampak lebih hot ke apa"
--> aalaaalalalalaa....

Mode: tengok entry kdla kat About All

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger