Thursday, May 24, 2012

Resepi Kek Pelangi Petang

Awal bulan may hari tu aku ada balik kampung
adik bongsu dan adik ipar aku request kek baldu merah
bahan-bahan aku dah beli
tapi aku terlupa beli serbuk koko
maka aku cadangkan mari kita buat kek pelangi
tapi menggunakan resepi kek baldu merah
kiranya ni resepi kek pelangi versi aku la


mari kita tengok resepi dia

1. cream cheese topping

-250gm cream cheese
-250gm mascarpone cheese
-1 cawan gula icing diayak
-1 sudu teh esen vanilla
-300 ml non dairy whipping cream

Pukul kedua-dua cheese sampai kembang.
Lepas tu masukkan gula icing dan esen vanilla

Pukul lagi sampai sebati. Lepas tu masukkan whipping cream sedikit demi sedikit sampai sebati dan berbentuk seperti cream.
Lepas dah siap, simpan dalam peti sejuk.


2. buttermilk , ada orang prefer beli yang dah siap. tapi aku suka buat sendiri. senang dan murah kos dia. tapi masih mengekalkan kesedapan dan keenakan kek

-240ml susu cair, nak guna susu uht dutch lady yang kotak pun boleh
-2 sudu teh cuka

campurkan kedua-dua bahan, dan ketepikan.

3. Nyah karbon soda bikarbonat (memasak pun dah macam buat experimen subjek kimia, haha)

-2 sudu teh cuka / boleh tukar dengan lemon juice
-1 sudu teh soda bikarbonat

Bancuhkan kedua-dua bahan dan ketepikan.

4. Ayak bahan kering seperti di bawah

-250 tepung gandum
-1 sudu teh baking powder
-1/2 sudu teh garam halus

Dah siap ayak ketepikan.


5. menyediakan cake batter

-150gm butter *
-80gm gula castor *
-150gm gula perang *
-1 sudu teh esen vanilla *
-2 biji telur saiz A

panaskan oven dengan suhu 160 darjah celsius
pukul sampai kembang bahan bertanda * .
Lepas tu masukkan 2 biji telur satu demi satu. Pukul lagi sampai kembang.
Masukkan pula bahan kering yang dah ayak tadi berselang seli dengan buttermilk. Last sekali masukkan bancuhan cuka dan soda bikarbonat.

bahagikan adunan kepada 4-6 bahagian, bergantung pada jumlah warna yang korang nak.
masukkan pewarna yang terpilih.
alaskan loyang bersaiz 5" atau 6" dengan baking sheet
masukkan 1 bahagian adunan
bakar dalam oven yang telah dipanaskan selama 10-20 minit atau sehingga kek masak. bergantung pada jenis oven ye. lepas dah masak, keluarkan kek dari loyang. alaskan dengan baking sheet yang baru. kalau ada banyak loyang lagi bagus. masukkan 1 bahagian adunan bewarna lain dan bakar lagi. ulang sehingga semua bahagian adunan telah masak dibakar.

sejukkan kek yang telah masak sebelum meletakkan topping. kalau letak waktu kek tengah panas / suam, topping mungkin cair.

2 comments:

Anonymous said...

nak tanya , yg topping dia kaler purple happy besday and mom's day tu nak buat macamana yer?

KayNisa said...

anon: yg tu sy ambil balance crim cheese, masuk pewarna. tu aje :)

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger