Friday, June 8, 2012

BET BET BET BET BET BET BET BET

pemandu lori BET 2484 ni suka jiwa dia je main tukar lane tanpa bagi signal
kau bayangkan dia tukar lane secara mengejut
dua kali tau dia buat macam tu

kali pertama mangsa dia pesona hitam
 kau bayangkan macam ni
ada 3 lane
dia dari lane terkiri
tiba-tiba dia tukar ke lane tengah which is ke kanan
pesona tu memang break mengejut la sebab si lori ni pun masuk ala-ala sawan gitu


lepas tu aku ingat dia nak maintain la kat lane tengah tu
sebab gaya dia tak de pun menunjukkan nak masuk lane kanan
sebab biasanya kalau nak tukar lane, walaupun tak kasi signal tapi nampak la dia makin rapat ke lane yang dia nak masuk tu ini dari tengah-tengah tiba-tiba je kau pulas streng dan terus tukar lane..

memang elok je aku nak hampir selari dengan bontot lori tu
tiba-tiba dia tukar lagi ke lane terkanan which is same lane dengan aku
terkejut aku
memang tekan break sekuat hati
nasib baik tak ada kereta rapat kat belakang


jarak aku dengan lori masa tu memang dah rapat sangat
aku pulak tengah bawa laju
lane kanan kan
mana boleh selow selow
memang kena hon sekuat hati dan jiwa raga aku lah
lepas dah kena hon baru dia reti nak pakai signal

sambil tekan break aku tekan hon kuat-kuat sambil mengucap panjang
memang betul-betul aku mengucap
sebab aku fikir aku memang akan masuk bawah lori dah tadi

cepat-cepat aku hafal nombor plat dia
tapi nasib dia malang
USJ kan banyak traffic light
lampu bertukar merah dan aku memang betul-betul belakang dia
aku snap la gambar 
sekarang gambar lori beliau ada dalam blog aku

moral dia lah kan, siapa-siapa pun
kalau nak memotong / tukar lane
sila la bagi lampu signal
kan masa belajar memandu cikgu kan ajar
patah tangan ke kalau tekan benda signal tu?
ke benda tu dah patah?
kalau benda tu tak penting
pengeluar kenderaan tak kan bubuh la si lampu signal tu...
letih la aku dengan makhluk camni

2 comments:

Eda Latiff said...

paling x suka pemandu yg gini...suka2 je nak tukar lane tanpa bagi signal...lagi satu yang jenis suka kuar simpang tak tgk kiri kanan...hangin satu bdn...haih..sabo2...

KayNisa said...

tahu xpe. kadang2 kite ni dh bhati2.. tp org lain pulak xberhati2. stress betul.

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger