Friday, June 15, 2012

kite teringat kat awak, rupa-rupanya awak dah...

hari jumaat lepas kan
masa tu aku nak ke surau
sepanjang dari ofis ke dalam lif ke surau aku asyik terbayang muka baby sorang blogger ni
baby dia comel..tapi semua baby pun comel sebenarnya.. hahaha
masa kat surau pun aku macam teringat-ingat kat blogger ni
serius aku berdebar
aku ni bukan boleh main tiba-tiba duk teringat kat orang
aku mula la nak syak bukan-bukan... huhu

aku memang baca blog blogger tu lama dah
since dari previous kampeni lagi
camne aku leh terjumpa blog dia?
gini cerita dia, time tu aku tengah baca entry baru kat blog ladynoe
ternampak blog dia kat bloglist ladynoe
aku klik lah
bila baca tu
pergh ayat dia ni
dasat ... hahahaha
tapi aku suka
dah la ayat dia lucu kadang-kadang
sampai terkekek-kekek aku gelak (aku mudah gelak sebenarnya, lucu sikit pun gelak melampau-lampau..hehe)
kalau lama sangat dia tak update blog, aku siap p email tanya dia awat tak update blog.. hahaha
(bajet aku pun update blog hari-hari le kononnya..)

entry blogger ni kalau takde maki, takde ayat-ayat sarkastik..memang tak sahtapi dalam duk maki-maki tu, ada maksud tersirat yang ingin disampaikan
hanya orang yang bijak pandai je boleh faham apa yang ingin disampaikan..kahkah
sebab tu lah aku boleh follow baca blog dia sampai sekarang ni
lagipun aku jenis tak suka baca blog yang ayat-ayat yang terlalu kaver
konon-konon sopan tapi sebenarnya tak pun.. haha
aku suka blog yang bila baca tu macam tengah berkomunikasi dengan penulis blog tu

lagi satu kan, entry2 blogger yang aku duk teringat tu dia memang guna bahasa kedah
aku kalau dengan kedah ni...memang ada sedikit sentimental value la
aku matrix kat kulim
lepas tu praktikal kat jabatan zakat negeri kedah
arwah kakak aku pun kawin dengan orang kedah - kakak aku masak kari sangat bes. rindunya kat arwah

ok, balik pada kisah baca blog
disebabkan masa tu aku memang tak ada task langsung kat ofis
aku pun korek segala isi entry dia yang lama-lama baca bagi habis
tu memang style aku la, once aku suka sesebuah blog tu.. dengan gigih aku akan baca bagi abih.. hehehe
pastu kalau entry tu bes and aku terasa nak komen dan ada tempat komen, aku p komen
biar entry tu dari zaman tuk kaduk pun...haha
bila dah habis baca entry-entry lama dia tu, baru lah kita boleh nak kenal dia..
tak ada la nak terus judge si blogger tu dengan hanya membaca 1-2 entry je.. ye tak?

lepas siap aku solat
aku balik la ofis
dalam lif tu aku duk terbayang-bayang lagi anak blogger tu
aku duk terngiang-ngiang anak dia nyanyi ... teah..teah...teah .... kiuttttt ok!
sampai je kat workstation aku
tengok handphone
ada icon gtalk
tengok-tengok blogger tu tengah tanya sebab nak confirmkan blog aku
aku pelik la
pastu aku gatal tangan bukak blog dia

sekali aku tengok....omaigod omaigucci ohemmmgeeee...
rupa-rupanya dia listkan blog aku kat blog dia
berdebar makin laju okeh
patut lah aku duk teringat-ingat
rupa-rupanya ianya adalah satu petanda... hahaha

sebab tak sangka lah pulak
pada aku
blog dia famous
tapi dia dengan humblenya cakap tak
blog dia bagus untuk dibaca
sebab cara dia tulis entry dia mesti dengan gaya nak ajak orang sama-sama berfikir
bermuhasabah diri
lantang dan straight forward... tu pun still ada yang salah faham.. hewhewhew
aku pun tak mampu nak berfikir dengan cara dia berfikir tu
tapi aku taknak letak url blog dia kat sini
sebabnya
aku tak nak makhluk ala-ala bajet ustajah/serbanistas pergi merempan (betul ke wei???) kat blog dia walaupun dia off comment box
cukupla hidup aku dilingkungi orang-orang  ala-ala bajet ustajah/serbanistas, aku tak nak makhluk macam ni pergi buat onar kat tempat orang lain pulak. heheheh...
lagipun, tak semua orang is bijak pandai dalam menilai apa intipati entry yang hendak disampaikan tu ye tak? ramai yang jenis terus percaya dan faham apa yang tersurat tanpa mendalami apa yang tersirat...

akhir kata...thanks sebab list kan blog aku kat blog hang...


XOXO ;p

3 comments:

Anonymous said...

Eh, blog aku kah? Alolo siap wat entry. Tajuk tak bleh blah aku ingat ada sesapa yg hang teringat dah arwah. Huhuhu.

Takpayah nak tima kasih sgt. Sila buat bluberi chis pai doploh hantaq mai kat aku. Hehehe

KayNisa said...

amboi, bluberi chis pai doploh butir? pai pn aku xpnah buat... hehehe

Lady RaRa said...

eh aku komen dengan BB jadi anon plak. bila aku register dia tak jalan pun. tahi BB ni. kehkeh.

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger