Tuesday, July 31, 2012

Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah



resepi nasi lemak pun nak bubuh ka?
mesti lah... sebab ni 1st time buat nasi lemak rasa puas hati sangat-sangat
maka haruslah dijurnalkan dalam blog alam maya fantasi o realiti nih.. hohoh

bahan untuk nasi (untuk 4 orang makan)
beras 2 pot dicuci bersih dan toskan
halia dihiris halus
bawang besar dihiris halus
halba direndam dan dicuci bersih
daun pandan
santan
sedikit garam
air secukupnya
olive oil

cara masak
1. letak olive oil dan tumis bawang serta halia, jangan tunggu minyak panas.. terus tumis
2. kacau hingga naik bau / bawang layu
3. masukkan beras, kacau rata
4. masukkan santan, air, garam, halba, kacau rata
5. kemudian baru masak dalam rice cooker, kacau sekali sekala supaya santan tak berketul di atas
6. bila nasi dah masak boleh masukkan daun pandan

hasil dia nasi berberai cantik je. bau pun harum.

ayam goreng rempah
ayam potong kecil-kecil, supaya cepat masak
daun kari
*bawang besar
*halba
*halia
*bawang putih
*cili kering 2-3 tangkai
tepung jagung
serbuk kunyit
1 sudu serbuk kari, bergantung pada kuantiti ayam. 
garam secukup rasa

1. tumbuk bahan bertanda (*)
2. apabila dah lumat, masukkan daun kari tumbuk kasar
3. gaul rata serbuk kari, bahan tumbuk, serbuk kunyit, garam, tepung jagung
4. perap dalam 30 minit
5. goreng hingga masak

ayam goreng rasa macam ayam goreng kat kedai mamak

resepi sambal nak juga ke? sebab resepi sambal tu aku guna resepi biasa-biasa je
tapi aku share juga

sambal bilis
*cili kering 10-15 tangkai
*bawang putih 6 ulas
*bawang besar 1 biji
*halia 1 inci
belacan
santan 1/3 cawan
air asam jawa
air
minyak
ikan bilis yang dah dicuci bersih

blend dengan air yg sedikit bahan bertanda (*) supaya menjadi paste ala-ala cili boh yang dijual dikedai tu
panaskan minyak, goreng belacan sampai hancur, masukkan paste yang di blend tadi,
goreng sampai naik minyak / bau
masukkan air asam jawa
masak sampai kelihatan air kering, nak makesure bahan blend betul-betul masak, if tak masak nanti sambal rasa bawang bukan rasa sambal :)
masukkan sedikit air, masukkan ikan bilis, santan , garam secukup rasa, masak sampai pekat dan tidak terlalu kering. dah siap :)


sumber resepi nasi dan ayam tanya kakak-kakak otai dalam skype..
sumber resepi sambal pulak, aku belajar hands-on dengan mak angkat aku..

0 comments:

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger