Monday, July 2, 2012

tak tahu nak lunch kat mana *sobs*

aku tak tahu la kalau orang lain
aku ni kan
kalau tiba-tiba ada lelaki tegur atau tiba-tiba jadi ramah dengan aku
lepas tu sumpah aku tak nak pandang muka orang tu dah
kalau terserempak
aku rela pusing jauh untuk elak dari bertembung dengan lelaki tu


sekarang ni aku dah tak tahu nak makan kat mana yang murah lagi sedap
since mamak roti canai kat kedai yang selalu aku pergi tu asyik tegur dan senyum-senyum
kalau aku balik kerja dan lalu depan kedai tu pun dia asyik tegur tak nak singgah ke

aku memang jadi fobia dah nak pergi situ... orang lain kalau kena tegur-tegur macam ni akan rasa suka atau rasa lain macam? atau buat tak kisah

mamat dekat office aku ada sorang
suka sangat usha-usha
lepas tu renyih semacam je kat aku
aku ni mula la syak bukan-bukan
since pada tu
bila nak tanya apa-apa kat dia soheh aku buat muka garang
cakap macam berlagak dengan beliau
nak pandang muka dia pun dah malas
kalau terserempak depan lif
aku rela pergi tunggu lif untuk pekerja am
tak rela aku nak satu lif berdua dengan dia
sebab kesalahan dia adalah kerana terlebih mesra dengan aku...
aku tak boleh.... T______________T

sebabnya...aku ni pemalu weiiiiiiiiiii...
tak caya dah...bye.

0 comments:

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger