Thursday, July 5, 2012

tips mari mengelak kesesakan persiaran kewajipan

aku stress
dah berapa minggu aku keluar nak pergi kerja pukul 8am sampai pukul 9.30am kat office
lama-lama macam ni bikin reputasi jatuh meh
memang la aku akan balik lewat lah instead balik sharp pukul 5.30pm sebab nak ganti 1 jam yang aku lewat tu
tapi tak kan hari-hari aku nak sampai kat rumah waktu bilal sedang azan maghrib sayup-sayup kan
keadaan macam ni sangat tak sihat
waktu syaitan berkeliaran aku sibuk nak pulang ke rumah

sekarang ni kat usj di sepanjang jalan persiaran kewajipan tu
ada pembangunan projek LRT / MRT tak tahu lah
aku baca LRT
kawan aku cakap MRT
ape-ape jelah
janji RT.. hohoh
projek ni kalau tak silap bakal siap tahun 2015
kalau ditakdirkan Allah rezeki aku masih di kampeni yang sama
dan kampeni ni tak pindah lokasi ofis
haruslah aku kena hadap jalan yang jem super teruk tu
kura-kura pun lagi laju aku rasa

bermula dari hari selasa minggu ni which is on 3rd july
aku dah nampak pekerja duk angkat-angkat penghadang / kon (tak ada rupa kon, aku tak tahu benda tu nama apa), pekerja tu angkat menutupi satu lagi lane
aku tak reti explain, lihat lukisan kat bawah
kira nya jalan yang luas jadi makin sempit
jadi, pada hari rabu iaitu semalam
kadar jem dia makin teruk
bayangkan aku konon-konon buat cita-cita nak sampai awal
maka aku gerak pukul 7.30am
tapi stillllllll sampai office pukul 9.30am
aku dah rasa bersalah je
bukan aku sengaja
hampir setahun aku pergi kerja pukul 8am akan sampai around 8.30am-8.45am
kadang-kadang je jadi 9am kalau tiba-tiba ada kenderaan rosak / accident
tiba-tiba disebabkan pembangunan demi kesejahteraan rakyat
jalan persiaran kewajipan tu makin teruk jem dia
lama-lama kadar rakyat malaysia yang mengalami penyakit stress akan meningkat..pandai-pandai je aku buat perangkaan..hohoh

lepas tu
nak dijadikan cerita
pagi tadi aku terpandang stesen petronas seberang jalan (arah berlawanan yang menghala ke puchong)
aku pun ternampak ada susur keluar dari putra heights tak jauh dari petronas tu
susur keluar tu akan menghala ke pusat bandar puchong
aku kalau pulang dari kerja
mesti akan keluar kat simpang depan petronas tu - shortcut!

dengan pantas aku memberi signal untuk masuk ke susur masuk ke putra heights
aku gamble!
masa tu dah 8.30am
aku memang nak sampai office sebelum 9am hari ni!
masuk je ke susur putra heigths aku nampak ada u-turn
senyum lebar wehhhhh
sila lihat lukisan kat bawah

normally aku akan lalu jalan hitam (bunyi macam kejahatan pulak) untuk ke office
hari ni aku masuk ke jalan purple
buat u-turn ke jalan coklat
kemudian masuk ke jalan biru
nampak tak kotak turquoise tu, tu stesen petronas :D

dengan senyum lebar aku sampai kat office pukul 8.50am!

Alhamdulillah dipagi yang mulia sempena 15 syaaban 1433, Allah bagi ilham dan petunjuk..hihi
syukur sangat... disebabkan aku sampai awal
sempat la aku melukis sambil buat entry ni
task pun tak ada...
maka boleh la blogwalking ..kehkehkeh
tu jelah cerita aku hari ni.. ^________^

2 comments:

Huszaini Haron said...

terbaikk!!!

KayNisa said...

hahaha..sharing is caring!!

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger