Wednesday, August 8, 2012

jangan baca kalau tak nak pahala puasa berkurangan

aku ni puasa

elok-elok aku hidup aman damai happy tak kacau orang
lu datang kacau

aku ni tak nak benci siapa-siapa
sebab antara sunnah Rasulullah sebelum tidur
mestilah memaafkan kesalahan orang...
so, aku memang tak nak marah siapa-siapa
tak nak benci siapa-siapa
sakit hati wooo
bila aku tak marah  / benci siapa-siapa
sumpah demi Allah aku mampu tidur lena + mimpi indah-indah je

tapi hari ni ada perempuan sorang tu dah usik aku
memang aku tak maafkan la
dah banyak kali dia buat hal dengan aku
tapi aku diam dan sabar je

dah la salahkan aku


tapikan, lepas aku taip entry ni sikit aku dah cepat-cepat rasa bersalah
mana boleh suka-suka nak benci orang kan?

dah la... malas fikir
abaikanlah beliau..maafkan jelah
kasik can la kat beliau menang
nah ambil lah piala-piala yang kau mahukan..
aku kalah pun tak apa... redha ni.. bukan pasroh

tapi perlu ingat la
kerana kau orang aku rela quit from my precious job
aku balik kampung tanam jagung-itu pun kalau ada tanah
aku tinggalkan kawan-kawan aku
kat kampung nun aku mana la ada kawan nak hangout
tak apa lah
aku kawan je dengan makcik-makcik kat kampung
jadi geng surau - insyaAllah

tapi aku set in mind
Allah uji aku macam ni
sebab, kalau aku balik kampung
maka, aku boleh jaga mak ayah aku
mak aku sekarang solat pakai kerusi dah
dah tak mampu nak solat normal
ayah aku pulak dah umur 86 tahun
jalan pun dah pelan-pelan
sedih aku tengok
so, aku fikir ni lah peluang aku untuk balas jasa mak ayah walaupun tak kan terbalas punya!
dah la aku ni asyik ditimpa musibah - aku tahu aku banyak dosa
sebab tu Allah bayar cash, mudah-mudahan insyaAllah diakhirat sana timbangan aku berat belah kanan je
sebab yang belah kiri semuanya Allah dah bayar cash kat dunia..insyaAllah amin amin amin Ya Rabb

lagi satu, pasal rezeki tu.. insyaAllah ada dimana-mana
rezeki tu Allah bagi
Allah dah bagi aku otak yang bijak
kepandaian dari segi kulinari - eceh
ada sedikit kepandaian dalam selok belok perniagaan
so, aku gunakan lah skill aku tu untuk meraih rezeki di bumi Allah
tak semestinya ada mastarji kena kerja kat opis
ye dok?

hehe... sat je aku dah cool
kepada anda yang itew... please lah
saya nak jaga mak ayah saya
tu aja..

mak ayah saya ada satu je dalam dunia ni
tak ada ganti dah.. tolong lah fahami.. tolong lah kembali pada si dia yang benar-benar lebih memerlukan awak. mak ayah saya lebih memerlukan saya dari awak memerlukan saya. hope awak faham lah. saya tulis dalam bahasa melayu ni. bukan bahasa orang asli kampung sungai pergam tau..

2 comments:

mrslisaredzuan said...

touchingnye baca entry ni...tak pe la..kita amalkan sikap saling bermaafan kan..so bila officially berhenti keje n pindah dok cheneh..??hope semua yg maklong rancang akan dipermudahkan oleh Allah..

KayNisa said...

insyaAllah maklong last kerja 31oct
permintaan tokde jugak. dia risau sgt2.

dia ada darah tinggi. xnak dah bagi dia risau. mengalah je lah. hope ada yang happy. tq atas sokongan lisa :)

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger