Tuesday, October 30, 2012

aidiladha yang tak tahu apa perasaan

tahun ni menu pagi raya makan laksam
adik aku yang request, tiap kali raya pun apa-apa menu mesti beliau yang request
kalau orang lain request pun konfem mak aku buat dia punya request
tak apa la, aku spesis makan apa sahaja.. almaklum la gemokkkkkkkk (nanti la gua kurus lu nyesal tak sudah)
mak aku buat nasi himpit dengan kuah kacang + sambal ikan ... sedapppppp menjilat jari.. tak payah makan kepsi pun leh menjilat jari juga .. tehehehhehe

aidiladha tahun ni agak berbeza sebab ini tahun pertama aku melaksanakan ibadah korban
perasaan sewaktu nak bekorban?
macam-macam terlintas
happy, sedih, rasa berdosa sambil membayangkan dosa-dosa yang pernah dilakukan... macam-macam pun ada..dalam hati cuma mampu berdoa agar diampunkan segala dosa..insyaAllah Y_Y
syukur aku dapat juga sentuh sikit badan lembu korban tu
walaupun lembu tu sikit punya degil tak nak baring... sangat serupa dengan tuan dia (degil..hehe)
aku berdoa dalam hati (juga dalam blog) moga-moga tahun depan ada lagi rezeki nak buat ibadah korban..  insyaAllah. ameeen



 
aidiladha tahun ni agak sedih bila tengok keadaan ayah aku yang makin uzur
jalan pun dah terketar-ketar pakai tongkat
yang aku sedih, perubahan ayah aku sangat rapid
macam orang-orang tua lain macam slow-slow dia punya symptom
tapi ayah aku ni sangat rapid... sedih tak terkata.. 
aku ingat lagi ayah aku seorang yang gagah perkasa
orang muda dari dia pun tak larat nak buat kerja berat-berat
orang muda dari dia pun dah sakit macam-macam

tapi now...



*airmatamenitis*



tengok dia asyik pegang phone menantikan panggilan dari anak-anak dia yang jauh merantau dinegeri orang.. 



*kesatairmata*



hope aku bersedia seluruh jiwa raga dengan apa-apa yang bakal berlaku dimasa akan datang
serius aku tak ready nak hadapinya.. 


moga Allah beri aku kekuatan. insyaAllah.

0 comments:

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger