Monday, October 1, 2012

Down Memory Lane - 5 of My First

mokcik rai ada main tag-tag
aku kan tengah boring dengan kerja non-stop
maka aku nak clear sikit batu jemala ni bagi lega dari kesaratan coding-coding yang rupa macam ulat tu (kawan aku jaja cakap coding ni rupa dia macam ulat)

ni aku link kan entry mokcik rai - klik kat sini

nak kena ada 5 My First eh - lets down my memory lane

1st time makan pizza

Masa umur 18 tahun aku dah masuk matrikulasi, masa cuti semester aku ajak adik-adik aku pergi kuantan
kiranya aku belanja mereka makan pizza la
berbekalkan duit tambang bas pergi dan pulang serta duit untuk beli pizza, maka kami bertiga pun pergi la ke kuantan.
masa tu masih lagi ada perkhidmatan bas koperasi bukit kuantan, so orang-orang kampung aku kalau nak ke bandar kuantan biasanya akan naik bas ni. now tak ada dah sebab orang kampung aku semuanya dah ada kereta - (sarkastik)
bas ni yang jenis ada tekan loceng bulat kaler merah tu
dari kampung aku kalau naik bas ni, makan masa 1 jam 30 minit
tapi kalau dengan kereta 30 minit je .. masa tu mana ada kereta lagi, ayah aku ada sebiji motorsikal je
tapi aku biasa je pergi kuantan naik motor dengan ayah aku, bila sampi tu muka aku rasa macam ada semut-semut merayap, ayah aku tak rasa sebab helmet beliau ada visor. then aku come-out dengan solution, balut muka aku dengan kain petak yang di panggil key (i wonder why they call it key ???)

kami naik bas pukul 11.00, sampai sana pukul 12.30 ... berjalan laju-laju ke kuantan parade, beli pizza (take away) kemudian naik bas 1.3o untuk pulang. jam 3 petang dah sampai rumah... lama betul ambil masa nak  makan pizza.
pizza pertama yang aku makan yang perasa seafood - masa tu kira sedap gila la sebab 1st time makan kan
agak berebut-rebut dengan adik-adik, mak jamah sikit.. ayah langsung tak nak. (beliau memang tak suka fast food)
now kalau nak makan pizza, aku prefer buat sendiri.. lagi sedap dari pizza domino, dan paling seronok ayah aku pun suka.. ^___^  resepi dengan cara-cara nak buat pizza senang dan mudah korang boleh klik sini

1st time pergi melancong

Masa umur 14 tahun, masa tu tengah hangat dengan penganjuran sukan komanwel kat kuala lumpur
ayah aku decide untuk bawa kami sekeluarga pergi jalan-jalan kat kedah & langkawi
masa tu arwah kakak aku ada lagi kat sana, dia duduk menetap kat alor star sebab dia dan abang ipar aku dua-dua kerja kat LHDN alaor star tu
masa tu arwah kakak aku tengah sarat mengandung anak bongsu dia
aku ingat lagi aku dapat tshirt sukan komanwel - abang ipar aku kasik
pergi sana naik bas cap utama, tapi siapa ntah siot sangat muntah atas seat bas.. lepas tu tak cuci
tinggal bersepah-sepah macam tu.. sekurang-kurang lap la dengan kain ke apa kan
terpaksa la aku alas paper dan tahan loya dengan bau muntah...ewwwww
bas cap utama ni selow je bawak.. bagus la, tak ada la berdebor-debor je sepanjang perjalanan tu kan
gerak malam, sampai AS dah pagi
abang ipar aku dah tercangak tunggu kat stesen bas shahab perdana - ke stesen bas lain ek? aku pun dah lupa. masa tu aku lebih teruja sebab seronok dapat pergi negeri orang. biasanya duk jalan-jalan sekitar negeri terengganu dengan pahang je

1st time pergi pulau

ni macam sambungan dari part 1st time melancong, hahaha. (tak ada idea)
aku pergi pulau langkawi masa 1st time pergi melancong
abang ipar aku bawa pergi langkawi. tak banyak tempat yang dia bawak. yelah, aku tak reti request-request lagi nak pergi sana-sini. ikut je mana orang nak bawak.
yang aku ingat dia bawak kami pergi ke kolam air panas, mak aku siap rendam kaki dalam air panas tu..
lepas tu pergi kat makam mahsuri, lepas tu pergi dataran lang,  lepas tu pergi shopping - ni bahagian mak aku la, aku mana reti shopping masa tu...kecik comel lagi. walaupun perlancongan biasa-biasa je bagi orang lain tapi dah cukup seronok bagi aku dan adik-adik sebab memang tak pernah mak ayah aku bawa kami berjalan-jalan jauh-jauh sampai pergi negeri orang.

1st time jumpa bomoh

masa aku kecik-kecik, aku sering sakit kepala. sakit dia sampai tahap aku nangis meraung-raung sambil hantuk kepala kat dinding. klinik kesihatan air putih tu dah jadi tempat lawatan aku setiap bulan. masa tu kat kampung aku belum  ada klinik kesihatan. cuma ada 1 klinik kecil yang hanya dibuka pada hari sabtu, khas untuk rawatan baby - nak cucuk baby ka, cek pregnant ka.. semua kat klinik kecil tu je pada hari sabtu sahaja. kampung aku ni daif benor masa zaman-zaman dulu.
ni lah bayangan kedudukan kampung aku.. yang warna kelabu tu main road nak ke kuala terengganu- kuantan, lebuh raya jerangau - jabor nama dia
yang warna hijau tu hutan belantara, pokok kelapa sawit pun ada
yang tengah-tengah tu baru kampung aku.. sangat terpencil.. tapi dekat dengan bandar kuantan dan bandar cukai sebenarnya...

eh, ni cerita 1st time jumpa bomoh.. tiba-tiba cerita pasal kampung pula.. :D
lepas tu aku stop dah pergi klinik air putih since ada Dr berbangsa Singh cakap kalau datang lagi next time dia nak X-ray terus aku tak nak pergi klinik dah lepas tu. sebab aku bayangkan X-ray tu sejenis pembedahan kepala yang mengeluarkan otak aku. sakit pun sakit la.. baru darjah 1 kot masa tu.. mana la aku tahu x-ray ni benda apa. tapi last-last terpaksa juga bawa aku pergi klinik swasta sebab aku meraung-raung sakit sangat. lepas tu ada arwah makcik cadangkan mak aku  bawa jumpa bomoh pulak. mak aku pun tawakkal la bawa aku jumpa bomoh. 1st time jumpa bomoh masa darjah 4, pakcik bomoh tu orang kampung panggil pakcik beruk sebab dia sorang je ada bela beruk masa tu.. dia jampi-jampi pakai ayat quran dekat air dan sirih, jadi dari sejak itu, tiap kalu aku sakit kepala nyut nyut nyuuuuuuuuuuutttt, aku akan cari daun sirih, ramas-ramas sampai hijau kaler air dalam baldi, then aku buat mandi.. insyaAllah legaaaaaaaa :)

sekarang kalau balik kampung, makcik-makcik aku mesti tanya.. now tak sakit kepala dah ke? ni semuanya sebab aku dengan sakit kepala bagaikan air yang dicincang tak akan putus.. eh?

1st time orang panggil aku nisa

orang yang mula-mula panggil aku nisa ialah fairus .... heheheh hehehehe ...
hensem lah beliau ... hehehe heheheh ....masa tu form 2..
aku pun pelik, apesal dia panggil aku nisa... padahal kengkawan lain semua panggil aku kay,
aku kekal dengan nama panggilan kay sehingga umur aku 19 tahun, once aku masuk universiti aku mula kenalkan diri aku sebagai nisa :)


ni je lah kisah 1st time aku, banyak lagi 1st time.. tapi kan down 5ive memory lane je kan.. mana boleh lebih-lebih.. :D

2 comments:

Lady RaRa said...

hahahah bab x ray aku tersedak!

aku dulu pun ingat kalau xray tu ialah sejenis pembedahan. kena bukak badan baru nampak tulang-tulang tu. kahkah. sungguh naif.

KayNisa said...

oo, sangat naif la kite. ha3

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger