Tuesday, December 4, 2012

kek lapis untuk minum petang :)

lamanyaaaaa tak post entry since duduk tanam anggur kat kampung
masih dalam proses mencari kerja
tak tahu la apa masalah susah benar nak dapat kerja kali ni
saya yang memilih atau kerja yang memilih
tapi yang paling saya kagum
kerja operator kilang lebih mahal gajinya dari kerja programmer
betul la kata-kata kawan-kawan saya yang kerja kat pantai timur...
jangan mengharapkan gaji yang tinggi kat sini - GAJI PANTAI TIMUR sangat rendah!
kalau lah kos pengangkutan, makanan, keperluan, minyak petrol tu kosnya rendah juga ikut rate GAJI PANTAI TIMUR tak apa la jugak kan.. tak kisah lah kalau kerja programmer gaji RM800 pun. ini....
adoi laaa..... mampu mengeluh je la..walaupun orang cakap tak baik mengeluh kan??

disebabkan belum kerja, maka saya berniaga la secara kecil-kecilan... jual apa?
kek lapis indonesia dan apam ice cream..
kalau ada siapa-siapa nak tempah boleh lah email ke nisadalim[at]gmail[dot]com

ini apam ice cream, nak tempah boleh emal direct kat saya ye.. :) 

ini namanya lapis horlicks , pm kalau berminat :)

ini pula lapis prune, tapi buat masa sekarang buah prune xde stock.. ini bukan saya yang cakap, orang yang jual barang2 kek kat kedai barang kek yang cakap.. 
tapi jangan risau, ada perisa lain seperti lapis hawflakes (masam-manis), horlicks, milo, choc button, rempah :)

ini pula saiz kek lapis, 
saiz paling besar tu lebih-kurang 8"x8"
sederhana lebih kurang 2" x 8"
saiz kecil lebih kurang 2" x 4"

kalau berminat jangan segan-segan email saya ye.. kalau nak tengok barang-barang lain yang saya jual boleh le like page NisaShoppe 
ada dua admin yang manage page tu... jangan kompius pulak tiba-tiba bukan nama nisa yang reply ye :) 

BTW, kek lapis indonesia & apam icecream ni homemade ye. bukan saya import dari tempat lain. sendiri bikin :)

 
ok lah, jumpa lagi next time ye. :)

XO
 

0 comments:

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger