Wednesday, December 26, 2012

Kiwi Cheese Tart

dah lama tak up entry baru kan?
maklum la aku super sibuk kalah kan yb kawasan
so far aku masih lagi menganggur (sila take note kepada yang berkenaan)
dan masih juga belum menikah (sila take note juga kepada anda yang berkenaan)

dah hampir 2 bulan aku menganggur
dalam hampir 2 bulan ni apakah perkara-perkara yang aku rasa boleh sharing is caring dengan kau orang?

#1 baiki areal tv, maklum la tak langgan astrok.. kalau ada angin ribut channel tv dia akan jadi kabur-kabur gitewww... panjat tangga tinggi untuk kali pertama setelah berpuluh tahun tak buat (tiba-tiba rasa diri ini sudah tua) gayat weh!

#2 baiki atap bocor, best juga tua-tua ni memanjat bumbung tinggi-tinggi. kali ni tak gayat dah.

#3 jadi penjual barang-barang jualan langsung - kastemer aku terdiri dari anak-anak buah, mak aku, kak ipar aku, jiran-jiran aku, kawan-kawan anak buah aku, budak-budak IIUM kampus kuantan... masyukkkk juga la income dia. jadi la dari aku duk rumah pintal-pintal rambut yang makin kasar dan keras kes pakai shampoo murah, tak kerja dah kan. tak kan nak beli hat mahal lagi. haha

#4 jadi penjual apam icecream yang sedap lagi lazat, kalau nak order boleh pm aku ye, cara dia.. p like page NisaShoppe then pm kat sana. senang aku nak tengok camne rupa kamu kamu serta kamu... ye, kamu le..eheh

#5 jadi penjual kek lapis indonesia, tapi gasak lah kalau kau orang nak jugak kata kek sarawak pun walaupun rasa kek lapis yang aku buat lagi super lazat dari kek sarawak tu. (haha, sungguh bedebah cara aku promot) kalau nak tempah sila lah ke page NisaShoppe tadi untuk pertanyaan. bukan apa, senang aku nak view dalam henpon memandangkan aku sangat lah super sibuk nak buka laptop.

#6 jadi supir untuk anak buah dan adik aku, hantar dan jemput mereka dari asrama masing-masing. sungguh rasa seperti mak-mak ketika menjemput mereka.. Ya Allah, jangan lah kau matikan aku sebelum aku punyai zuriat yang soleh dan baik. Ameen :)

#7 jadi ustazah ajar anak buah aku mengaji, kadang-kadang aku cubit juga telinga kalau duk ulang-ulang kesalahan sama. ye aku super garang kalau time mengajar. sebab tu aku tak berani jadi cikgu, tak pasal-pasal rabit telinga anak orang. nasib baik la anak buah aku ni cerdik, skala kesalahan tu sikit lah. eh, puji anak buah sendiri pulak. ye lah, aku belum ada anak nak puji. dah ada anak nanti aku puji anak aku pulak. woha!

#8 berjaya kenal beberapa jenis tumbuhan yang boleh buat ubat termasuk menanam 3 jenisan pokok

#9 berjaya menurunkan berat sebanyak 4 kilo, ye 4 kilo ye saudara-saudari sekalian. tips aku, mari lah buat kerja-kerja berat seperti buruh kasar kemudian bila perut lapar, makan lah 2-3 pinggan pun insyaAllah tak naik berat badan. aku suka!

#10 berjaya membuat cis tart yang super sedap walaupun buruk rupa...

eh, tadi tujuan asal nak share resepi cis tart, tapi lain pulak yang aku taip. lain kali lah noh, aku nak p goreng ikan darat a.k.a ikan sungai, bila sebut ikan darat ni aku teringat-ingat kat sorang makhluk tu.. kata-kata beliau bisa mengundang maki-maki di dalam hati aku. saborrrrrr je lahhhh.


k lah, jumpa lagi uols...iols nk p goreng ikan..

XO

5 comments:

cikcoklat a.k.a Haiza said...

nisa...rindu ler sm kamu..mn nye rupe kiwi cis tart tu???

Raf Ziq said...

sungguh terangsang membaca aktiviti anda ye..i pon rasa nak berenti keje buat keje2 berat la supaya boleh turun kg..tak payah nak minum Alpha Lipid SD2 & herbalife,tak payah pakai Premium Beautiful..jimat duit eden..hanya perlu maintan mkn VCO..haha..

Raf Ziq said...

Sungguh teruja membaca aktiviti seharian u..i kat sini pon terasa mcm nak berenti keje buat keje2 berat je..boleh turun KG kan..tak payah minum Alpha Lipid SD2 & Herbalife..tak payah pakai Preminum Beautiful..boleh kurus tanpa membuang duit..hanya perlu maintan mkn VCO jer..

KayNisa said...

kak haiza, sy pun rindu jugak. rupa kiwi cistat tu? haha..lupa nak letak gambau

KayNisa said...

puan raf ziq, tak payah la bhenti. kerja lagi bagos. :) kerja berat tu xelok utk bdn sbnrnye

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger