Saturday, April 21, 2012

Seafood Braided Pizza a.k.a Pizza Jalinan Makanan Laut


jom kite ber-pizza-an lagi
tapi kali ni ala-ala jalinan kasih sayang gitew.. hehe
tiba-tiba nak buat style jalinan ni sebab tertengok gambar braided spaghetti bread kat pinterest
untuk braided spaghetti bread, kena letak spaghetti sebagai inti
saya tak nak lah macam tu
macam terlampau terlampau je
spaghetti lagi, roti lagi... ayarkkk
tapi mana tahu esok-esok nak try kan...^^

disebabkan saya taknak makan spaghetti bread
kite tukar ke braided pizza ...maka saya pun google-la macam mana cara-cara nak menjalin dengan penuh kasih sayang
dalam pukul 10:10 tu dah start memproses
sambil-sambil tu boleh cuci kain (mesin yang cuci)
sapu-sapu rumah
berfacebook
berwhatsapp
beralgorithm Y__Y (mudah-mudahan dipermudahkan)

sambil-sambil je dah boleh jadi seketul pizza yang yummy
by pukul 1pm tu dah boleh nom nom nom... hehheh
housemate cakap: sedapnyo kak kay, lain kali nok wat tu ajar ore deh.. (beliau orang kelantan) ^_^

untuk penyediaan bahan-bahan tu sama macam entry pizza yang lepas
cuma teknik nak menjalin dan nak bakar tu ada sedikit lain lah

let me show how to do the braided thing and how to bake...

1. dari pada doh yang dah naik tu, rollkan kat atas pizza pan atau dulang atau kat mana yang anda suka. saya terus uli atas pan pizza sebab tak yah susah-susah nak pakai banyak bekas. rollkan sampai rata macam kat bawah ni. agak-agak kalau rasa melekat..tabur sedikit tepung


2. lepas dah siap roll, potong-potong bahagian tepi dengan pizza cutter atau pisau atau gunting, gunakan apa sahaja method yang anda suka. janji sukses!


3. kemudian letak kan sos pizza (boleh refer kat sini untuk sos)


4. letakkan inti ikut selera masing-masing


5. taburkan cheese


6. mulakan jalinan, buat sampai siap. makesure semasa menjalin tu oven dah dipanas kan kesuhu 200°C


7. tak lawa sangat jalinan ni.. kurang kasih sayang kot.. haha


8. sapukan olive oil, taburkan rosemary dan oregano.rehatkan dalam 15 minit


9. kemudian barulah bakar selama 20-25 minit atau hingga kat bahagian atas tu dah nampak perang macam gambar kat bawah


10. Keratan rentas


11. dah boleh ngap... bismillah dulu eh ^^








Friday, April 20, 2012

blogger.com dah bertukar rupa dan wajah, makin hensem serta kachak

blogger.com dah berwajah baru
siap sync dengan google+

hemmm... nak update guna yang baru ke tak ek?
lawa je interface.. so far dia punya navigation pun senang

lagi canggih... hahaha

siap boleh nampak berapa pageview kat each entry
bagus betul




Wednesday, April 18, 2012

Diet Tips #2: Kenapa perlu multivitamin? ~ Siri vitamin larut air

image source from google
sumber entry

hari tu i dah share pasal vitamin larut lemak kan
now nak share pasal kepentingan vitamin larut air

kalau dengar vitamin larut air, apa yang korang akan boleh imagine?
mesti air oren dan vitamin C kan?
sangat sinonim
dulu pun masa sekolah i use to imagine like that to remind of something

so, dalam entry kali ni jom kita baca apa benefits2 dari vitamin2 larut air pulak

Thiamine HCl (B1)

  1. vitamin larut air, yang terlibat dalam metabolisme asid amino rantai bercabang; vitamin B1 diperlukan untuk memproses karbohidrat, lemak, dan protein.
  2. membantu sel-sel badan menukar karbohidrat menjadi tenaga (kalau karbohidrat tak ditukar menjadi tenaga, dia akan bertukar menjadi lemak!); bantuan sistem saraf, menyokong saraf, kesihatan dan mengurangkan kebas dan sesemut.
  3. saranan pengambilan makanan 1.1 mg sehari bagi lelaki dewasa dan 0.8 mg sehari untuk wanita dewasa.
  4. roti yang diperkaya, bijirin, pasta, bijirin penuh, daging tanpa lemak, ikan, kacang kering, kacang polong, dan kacang soya.  
  5. Jika kekurangan: hilang selera makan, pencernaan dan sembelit kronik, kehilangan berat badan, tekanan mental, keletihan saraf, dan insomnia. 
  6. Jika overdos: gejala overdos termasuk rasa kehangatan, lemah, berpeluh, loya, kegelisahan, kesesakan tekak, kulit berwarna biru, dan kematian. 


Riboflavin (B2)

  1. vitamin larut air, yang diperlukan untuk memproses asid amino dan lemak, mengaktifkan vitamin B6 dan asid folik, yang terlibat dalam pengeluaran tenaga.
  2. vitamin B2 membantu mencegah dan merawat sakit kepala migrain, katarak, artritis reumatoid, dan beberapa penyakit kulit, penting untuk mengekalkan metabolisme yang betul.
  3. keperluan riboflavin mesti sama dengan jumlah keperluan tenaga dan metabolisma, secara amnya 1.7 mg / hari bagi seorang lelaki dewasa dan 1.3 mg / hari bagi wanita dewasa.
  4. boleh didapati dari daging organ seperti hati, buah pinggang dan jantung, susu, yis, keju, minyak ikan, telur dan sayur-sayuran berdaun hijau gelap
  5. kekurangan boleh menyebabkan kepada sengsara, kepekaan yang tidak normal kepada cahaya, luka-luka kulit.
  6. jika berlebihan tiada ketoksikan yang dikenali untuk riboflavin, mungkin kesan sampingan overdos termasuk gatal-gatal, kebas, membakar atau prickling sensasi. 


Nicotinamide / Niacin (B3)


  1. vitamin larut air, asid nikotinik, nicotinamide, Nikotinamida dan anti pellagra vitamin penting dalam metabolisme karbohidrat (untuk menghasilkan tenaga), lemak, dan protein.. kalau tak tukar karbohidrat ke tenaga, karbohidrat akan bertukar jadi lemak!
  2. memudahkan keupayaan badan untuk menghapuskan toksin, membantu dengan antioksidan dan fungsi detoksifikasi, membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah, melegakan jerawat, migrain, vertigo, kelupaan , tekanan darah tinggi dan cirit-birit.
  3. 19 mg sehari bagi lelaki dewasa dan 13 mg sehari untuk wanita dewasa, dos perlu dibahagikan kepada 2-3 dos harian yang berasingan.
  4. sumber: yis, brokoli, lobak merah, keju, tepung jagung, sayur-sayuran dandelion, tarikh, telur, ikan, susu, kacang, daging babi, kentang, tomato, hati lembu, buah pinggang daging lembu, anak lembu, ikan, ikan salmon, ikan todak, ikan tuna, biji bunga matahari,dan kacang tanah.
  5. kekurangan boleh menyebabkan pellagra, ciri-ciri sakit mulut, ruam kulit, cirit-birit, dan demensia (penyakit lupa/hilang ingatan).
  6. dos yang tinggi boleh menyebabkan kerosakan hati, ulser peptik, dan ruam kulit, dos berlebihan asid nikotinik menyebabkan flushing kulit, sakit kepala, tekanan darah rendah. 


Pyridoxine HCl (B6)
  1.  vitamin larut air yang berfungsi sebagai koenzim untuk merungkaikan rantaian karbphidrat, lemak, dan protein
  2. vitamin B6 adalah penting dalam metabolisme asid amino, membantu mengekalkan fungsi sistem imun yang sihat, membantu dalam fungsi enzim tertentu.
  3. 2.0 mg / hari bagi orang dewasa dan 1.6 mg / hari bagi wanita dewasa, jumlah yang tinggi boleh disyorkan untuk keadaan tertentu.
  4. sumber: yis yang melalui proses penapaian, lobak merah, ayam, telur, ikan, daging, kacang, bayam, biji bunga matahari, biji-bijian, roti, hati, bijirin, bayam, kacang hijau, dan pisang. 
  5. gejala kekurangan termasuk dermatitis, retak dan bibir sakit, lidah radang dan mulut, neuropati, kekeliruan, dan insomnia.
  6. overdos: menyebabkan daya kordinasi badan menurun secara mengejut (imbangan badan), kekebasan,  deria sentuhan terhadap getaran, suhu, dan sentuhan menurun. 
Cynocobalamin (B12)
  1.  vitamin larut air, cobalamins termasuk cyanocobalamin, hydroxocobalamin, methylcobalamin dan adenosylcobalamin.
  2. membantu mengekalkan sel-sel saraf supaya sihat, membantu pengeluaran DNA dan RNA, penting untuk pengeluaran platelet darah dan sel-sel darah merah dan putih. ~ vitamin B12 penting untuk pertambahan darah!
  3. dos yang diperluakan sehari: 2 mikrogram sehari untuk orang dewasa, wanita mengandung memerlukan 3 mikrogram sehari.
  4. hati, tuna, keju kotej, yogurt dan telur; produk haiwan adalah sumber makanan utama vitamin B12.
  5. tanda-tanda kekurangan B12 termasuk keletihan, kelemahan, loya, sembelit, kembung perut (gas), hilang selera makan dan kehilangan berat badan.
  6. vitamin B12 dianggap selamat dan tidak bertoksik. 


Ascorbic Acid (C )
  1. vitamin larut air, penting untuk pengoksidaan fenilalanina dan tirosina, yang diperlukan untuk sintesis kolagen. - siapa makan kolagen mesti ambil vitamin C, kalau tak..kolagen tu tak berfungsi!
  2. vitamin C membantu membina dan mengekalkan tisu dan pengukuhan sistem imun, membantu mengurangkan jumlah kolesterol dan LDL dan trigliserida, melindungi daripada penyakit jantung.
  3. 75 mg sehari untuk wanita tidak merokok dan 90 mg sehari untuk lelaki tidak merokok, 110 mg sehari untuk perokok wanita dan 125 mg sehari untuk perokok lelaki.
  4. sumber vitamin C - lada hijau, buah-buahan sitrus dan jus, strawberi, tomato, brokoli, lobak hijau dan lain-lain tumbuhan hijau, kentang manis dan putih.
  5. gejala kekurangan vitamin C termasuk keletihan, kelemahan otot, sendi dan sakit otot, ruam pada kaki, dan gusi berdarah.
  6. umumnya bukan-toksik, keracunan dos (lebih daripada 2,000 mg setiap hari) boleh menyebabkan cirit-birit, gas, atau sakit perut.


note I: banyakkan dia punya benefit. ada yang berfungsi untuk bantu uraikan karbohidrat, lemak, dan protein..dimana kalau 3 nutrien ni tak diuraikan dan dibebaskan delam bentuk tenaga..ia akan bertukar menjadi lemak yang berlebihan!

note II: vitamin B complex selalu dikaitkan dengan proses membantu untuk menguatkan ingatan. 

note III: sebab tu kalau nak diet atau nak kurangkan berat badan, mesti ambil multivitamin. sebab kebanyakankan vitamin membantu untuk menguraikan makanan kepada tenaga. nak kurang kan berat mesti nak exercise. bile nak exercise mesti nak tenaga kan??  kalau tak percaya boleh rujuk blog sususejat

Tuesday, April 17, 2012

Express dinner with pasta

let me share with you all how I make an express dinner with pasta
in this case i use spaghetti

this recipe only serve for 1, 15 minutes of preparation

ingredients
spaghetti
2 sausages
ready made pasta sauce, you can check the recipe here
water to boil spaghetti
olive oil
dry oregano

preparation
broke each spaghetti into 2
cut each sausages into 5
prick the spaghetti into the sausages like picture below, i use 4 pcs spaghetti then i broke into 2, make it 8 pcs of shorter spaghetti


bring the spaghetti to boil

when the spaghetti is ready,  put it into serve bowl / plate


put a table spoon of olive oil and a tea spoon of oregano


if you want to eat without pasta sauce, u can add a little salt to taste and ready to eat
but if you want serve it with sauce, just put a table spoon or two of pasta sauce and ready for serve


when i eat, i just prick the sausage with fork and aummm into my mouth...


p/s: you can add with parmesan cheese or any cheese
p/s II: saje nak test bahasa inggeris.. tunggang langgang... T___T

Saturday, April 14, 2012

resepi pizza yang mudah dengan kos bahan yang murah, lebih murah dari harga commercial pizza

sumber resepi
resepi ni boleh dapat 2 keping pizza bersaiz besar sikit dari saiz regular pizza yg dekat pizza hut.
saya pakai pan pizza berbentuk segi empat, nak bakar atas dulang oven terus pun boleh.. tak ada masalah

hot n spicy seafood pizza

previously saya pernah buat pizza dan share resepi dia kat dalam blog ni kan?
tapi yang tu, saya buat pakai tepung pizza cap nago!

kali ni saya nak share resepi yang super mudah! kos pun murah.
buat from basic, dari dough pizza ke sos pizza dan penyediaan topping


membuat doh pizza

bahan-bahan
1 sudu teh gula
1 peket yis kering (cth: brand mauripan)
2 sudu teh extra-virgin olive oil
sedikit garam dan lada sulah
 2 ¼ cawan tepung roti (juga dikenali sebagai tepung high protein)
 1 cawan air suam (½  cawan air panas + ½ air suhu bilik)
sedikit gula

note: extra olive oil untuk disapu pada mangkuk dan extra tepung untuk digunakan sewaktu proses menguli dan mencanai


cara-cara

1. masukkan air suam ke dalam mangkuk, masukkan sedikit gula kemudian taburkan yis kering. kacau rata dan biar hingga naik buih macam gambar dibawah (dalam 5-10 minit) . kalau tak berbuih sampai sudah, tu tandanya yis kamu dah tamat riwayat. sila beli yis baru ^_^


2. whisk olive oil dan garam ke dalam campuran yis (saya kacau dengan sudu garfu je, kacau sederhana laju)
3. kemudian masukkan tepung dan kacau dengan sudip kayu, masukkan tepung sikit2 sehingga tepung tu habis.
4. once tepung tu dah habis, now masa untuk menguli. uli doh hingga adunan tidak melekat di jari. jika masih melekat tambah tepung sikit2. uli hingga doh jadi until comes together in an elastic ball.
5. sapu mangkuk lain dengan olive oil dan letakkan doh yang telah dibulatkan kedalam oiled bowl tu. brush lightly the dough with olive oil. cover the bowl with plastic wrap / dengan kain tuala yang lembab. set the dough at the warm place, later i'll give the tips how to set a warm place for your dough. rehatkan selama 45 minit hingga doh menjadi 1 kali ganda saiz asal. 

6. setelah 45 minit, tumbuk doh untuk keluarkan angin.. dan rehatkan lagi selama 30 minit (lama betul proses doh ni, kalau betul2 tengah lapar sila give up dan call je dominos / phd / canadian pizza)
7. selepas 30 minit, bahagikan doh mengikut saiz yang dikehendaki.. I just divide into 2 pieces. just nice with my square pizza pan ^_^

sambil-sambil tunggu doh pizza mengembang semangkuk tu jom buat sos dia pulak. sos ni guna tomato dan sedikit bahan tambahan lain. simple sangat. sos ni juga sesuai untuk buat sos pasta. 

how to prepare a simple tomato sauce
bahan-bahan
 3 sudu besar minyak zaitun
3-4 ulas bawang putih dicincang
3 biji tomato di kisar dengan air yang sedikit
1 biji tomato di dadu
1-2 sudu teh oregano
1 sudu besar cili kisar / cili boh
1 sudu teh chili flake (optional)
4 biji cili padi - tak letak pun tak apa, resepi asal tak ada
cara-cara
1. masukkan minyak zaitun dan bawang putih, tumis hingga naik bau - tak perlu panaskan minyak terlebih dahulu.
2. masukkan cili kisar... tumis hingga naik bau juga
3. masukkan tomato yang di dadu, biar hingga layu 
4. masukkan oregano
5. masukkan tomato kisar, perasakan dengan garam dan lada sulah. renihkan hingga air kering.  

mari membuat pizza!
 

1. uli doh yang telah dibahagikan di atas kawasan yang telah ditabur dengan tepung. ratakan.. sapu pan pizza dengan olive oil. pindahkan doh yang telah leper ke atas pan pizza / dulang / what so ever you call it and set aside about 15 minutes before you can bake it. 

2. cucuk-cucuk doh pizza tadi dengan garfu supaya dia tak menggelembung sewaktu pembakaran . sapu dengan olive oil. tabur rosemary / oregano kalau suka.
3. bakar didalam oven di rak paling tengah dengan api atas bawah pada suhu 200°C (seperti biasa, panaskan oven terlebih dahulu). bakar selama 10-15 minit atau hingga ada kawasan yang kelihatan perang / coklat. 

 menggelembung sebab terlupa nak cucuk..perut dah lapar masa ni, semua buat laju-laju...

 4. keluarkan base pizza yang telah dibakar, sapu sos pizza. letak topping yang di gemari. taburkan cheese. masukkan kedalam oven 1-2 minit atau hingga cheese completely melt! saya guna mozarela cheese dengan shredded cheese (kat packaging tulis shredded cheese)



5. lepas cheese dah elok cair tu, apa lagi. keluar kan dari oven n tadddaaaaa... pizza yang sedap dah siap. serious lebih sedap dari yang iklan kat tv. maybe sebab cheese bubuh lebih. inti untuk topping pun banyak...

chicken sausage pizza


tips I: untuk topping, masak inti terlebih dahulu. sebagai contoh, kalau guna udang, masak udang tu dahulu. cara saya, just simple saute dengan olive oil. sebab kita tak masak inti ni dalam oven. sebab nanti lepas letak inti dengan cheese, kita just bakar sebab nak make sure the cheese completely melt. tu aje. 

tips II: kalau ditakdirkan musim-musim hujan nak makan pizza, mesti lah risau doh tak naik kan? ni saya bagi tips. sebab tadi saya buat pun dalam keadaan suhu yang sejuk. cara saya, panas kan oven 150°C selama 10 minit. selepas dah cukup 10 minit (atau loceng oven dah bunyi) biarkan dalam 2-5 minit. kemudian dah agak-agak suam tu masukkan doh yang telah dicover dengan plastik wrap tadi. biarkan hingga doh kembang setaman ^_^

xoxo selamat mencuba...  

Wednesday, April 11, 2012

latest KG aku dengan kesibukan tahap lemah lututs

sori aku dah lama tak update diari diet atkins aku tu
anyway aku dah stop
sebab aku tak boleh!
kesihatan aku tak mengizinkan
aku jadi mudah pitam since makan karbohidrat sikit
jadi aku kena makan juga benda-benda berkarbohidrat dengan cukup demi kesihatan sejagat
tapi percayalah
selama aku on atkins diet
berat aku dah turun up to 5 KG
last aku timbang, berat aku from 79KG ke 74KG dah...

tapi as usual berat aku ni style yoyo
dia duk main 74-75-76
tang tu je lah since aku stop atkins
ok lah kan?
siapa-siapa-siapa yang  mempunyai tubuh badan yang sihat boleh try la diet ni
tapiiiiiiii...mesti ada exercise tau
aku dah test
1 minggu aku tak buat exercise langsung
kadar penurunan dia 0.5-1kg macam tu je
tapi kalau aku exercise 30-40minit setiap 2 hari, berat aku boleh turun dalam 2-3kg..

ok, habis part diet... now aku tak ada mood nak diet
otak aku asyik fikir thesis aku je

korang tahu tak
selama 2 bulan je macam-macam aku belajar
carrot2, eclipse, apache tomcat, apache solr, git, java (aku dah 2 tahun tinggal java), xml (last aku belajar pasal xml masa aku tahun 3 kat UTEM dulu... ) , hounder, linux (dah 2 tahun juga aku tinggal, dulu siap ajar orang, now semua dah lupa....)

jadi kalau korang-korang jumpa aku dan rupa aku ala-ala zombie berjalan gelong-gelong, harap2 korang faham-faham lah ye

hari-hari aku tidur lewat, biasanya aku seperti bayi...harus tidur 8 jam sehari... now tidak lagi... *sobs*
aku bertahan untuk tak sampai sebulan je lagi...
insyaAllah after viva aku nak hadiahkan macam-macam benda kat aku.. sebab aku sukses (hope dan doa sangat2) ... ni aku curi-curi buat entry sebab aku tengah tunggu git remote file... phewwwww....


p/s: update sambil makan la cremia almond pecan praline...yumssss Y____Y
 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger