Friday, May 25, 2012

Cermin retak seribu boleh jumpa Dr Cermin, hati retak seribu boleh mintak doa pada Allah je laaa *sobs*

tajuk tak agak-agak
kontrolbersi sungguh (tangan ke bahu mata ke atas rolling rolling..hohoh)

alkisahnya macam ni
semalam aku balik kerja agak lewat
lepas dah solat maghrib baru aku keluar dari office
tak berani lah nak jalan-jalan time senjakala
baik aku solat dulu
papehal berlaku atleast aku dah solat maghrib
dah la maghrib tu waktu dia pendek seciput je

nak diceritakan lah
aku ni seorang yang berkira bab belanja ni
nak saving lebih sikit
maklum lah ada misi utama tahun 2013 ni kan..hoho
jadi, aku rela park kereta aku kat kawasan parking mydin nun instead of parking kat summit usj yang berbayar tu
aku tak sure berapa pulak kos parking untuk menara heitech ni
masa hari aku dapat offer letter dulu pun boss aku cakap pekerja kat bangunan ni rata-rata park kat mydin
jadi aku ikut je la majority kan

since ahad hari tu aku ada letak beg telekung dalam kereta
aku bajet mat pet atau penyamun pencuri perompak tak terhingin la nak pecahkan cermin kereta aku
dah la kereta kancil je
semak bersepah pulak tu
tiba-tiba ada satu beg telekung
takkan la kan pecahkan jugak kot noh -- fikirku dengan brilliant sekali (brilliant la sangattt)

semalam dalam gelap malam disinari lampu jalan warna oren yang samar-samar
aku berjalan selamba pergi ke kawasan parking tu
dalam 15-20 langkah ke kereta aku dah nampak cermin kereta aku berkaca-kaca ala-ala bling bling gitew
bila dah sampai dekat
lahhhh... dah retak seribu rupanya
aku usha-usha la kot kot ada kesan terkopek ke apa
syukur tak ada
aku tengok kat cermin tu memang dia pecah bermula dari satu kawasan dan merebak ke tempat lain
mula-mula aku nak syak macam ni, mesti batu terpercik masa orang mesin rumput
tapi cepat-cepat aku sangkal
tak kan pakcik mesin rumput cerdik benor nak mesin rumput kat kawasan parking ber tar
lepas tu aku  syak pula kat pencuri,mat pet, penyamun, perompak yang ketuk
tempat yang pecah tu pun dekat pintu depan bahagian penumpang
atas seat penumpang depan ada beg telekung yang aku cakap tu
sebab tu aku syak kat golongan pencuri,mat pet, penyamun, perompak yang pecahkan
tapi mereka bernasib malang sebab tak berjaya bagi pecah habis
sebab tinted cap cool world sangat kukuh untuk ditembusi
jadi aku bersyukur je la
tak ada apa barang yang kena curi
cermin je la yang pecah

serious aku hairan bin ajaib dengan diri sendiri malam tadi
cool je
tak melatah
tak terkejut
normally aku akan jadi kalut semacam kalau jadi benda-benda macam ni
malam tadi aku cuma pergi tepi cermin tingkap kereta tu
aku cuma tolak-tolak dengan tangan aku sambil berfikir-fikir dan membuat observation
tak ada nak nangis teresak-esak atau terus call mak ayah bagi tahu cermin kereta dah kena pecah
relaks je
yang aku aku buat
masuk kereta dan call kawan aku cik biskut oren cakap tak dapat nak jumpa beliau kat rasta ttdi
sebab tak berani nak drive dengan kereta bercermin macam tu
susah ok, sebab aku tak nampak cermin side mirror belah kiri

aku whatsapp gambar ni kat supervisor aku supaya beliau percaya cermin kereta aku pecah, boleh lah aku masuk lewat sikit dengan alasan nak tukar cermin kereta

memang bawa kereta pun santai je
siap call supervisor aku tanya kat mana kedai yang boleh tukar cermin pecah area puchong sebab beliau pun duduk kat puchong
supervisor aku cadangkan pergi ke dr cermin
thanks for the tips ye inche supervisor

sampai rumah aku park cantik-cantik
aku pergi lagi kat cermin yang bahagian retak seribu tu
aku baca ayat qursi
mana belajar entah baca ayat qursi kat cermin pecah .. haha, lucu kat diri sendiri
sambil dalam hati mintak Allah lindungkan harta aku yang satu tu, tawakkal je

lepas tu naik kat rumah aku rehat rehat main dengan miho
makan creampuff sedap
tu je lah..
tak fikir mana pun pasal cermin yang retak
tak ada rasa sedih
aku memang hairan dengan diri aku
biasanya aku akan sedih dan stress
yelah... asyik macam-macam ujian je berlaku kat aku
lepas satu per satu
maybe sebab aku dah jadi kuat kot
tak fragile macam dulu dah
Allah dah train aku cukup-cukup
aku memang syukur je

kes cermin pecah ni pun aku cuma fikir
ada lah tu yang tak kena dengan aku
Allah terus bayar cash...^__^

bak kata seorang kenalan aku
dia siap tanya ostat, apesal aku ni asyik diuji je...
sedangkan dia tak pernah dapat rasa ujian macam aku...
ostat cuma mampu tersenyum sambil memandang kat mana aku pun tak tahu pasal aku tak pandang muka dia
apa tak malu ke tiba-tiba kenalan aku tanya camtu kat ostat
siap mention aku ni asyik diuji je.. hoh!

aku cuma mampu kata im no stranger to controversy trials and im ok with that..^___^


aku snap sebelum ke bengkel dr cermin di pagi jumaat yang indah permai

 3 orang pekerja sedang gigih memasang cermin baru

papehal pun
aku nak recommend dr cermin ni
servis ok
rajin jawab soalan aku yang macam-macam soalan (aku suka tanya, tak tanya tak tahu ye x?)
servis pun cepat
aku hantar pukul 9.35am
pukul 9.55 am dah siap...
pantas kan?
harga pun ok la kalau dah terdesak , rm150. walaupun ada tempat yang menawarkan harga yang lebih rendah. tapi kalau dah urgent..dan tak tahu tempat lain dah. lagi pun dr cermin ni banyak cawangan.. tu je lah aku nak share je pun... haha

Thursday, May 24, 2012

Resepi Kek Pelangi Petang

Awal bulan may hari tu aku ada balik kampung
adik bongsu dan adik ipar aku request kek baldu merah
bahan-bahan aku dah beli
tapi aku terlupa beli serbuk koko
maka aku cadangkan mari kita buat kek pelangi
tapi menggunakan resepi kek baldu merah
kiranya ni resepi kek pelangi versi aku la


mari kita tengok resepi dia

1. cream cheese topping

-250gm cream cheese
-250gm mascarpone cheese
-1 cawan gula icing diayak
-1 sudu teh esen vanilla
-300 ml non dairy whipping cream

Pukul kedua-dua cheese sampai kembang.
Lepas tu masukkan gula icing dan esen vanilla

Pukul lagi sampai sebati. Lepas tu masukkan whipping cream sedikit demi sedikit sampai sebati dan berbentuk seperti cream.
Lepas dah siap, simpan dalam peti sejuk.


2. buttermilk , ada orang prefer beli yang dah siap. tapi aku suka buat sendiri. senang dan murah kos dia. tapi masih mengekalkan kesedapan dan keenakan kek

-240ml susu cair, nak guna susu uht dutch lady yang kotak pun boleh
-2 sudu teh cuka

campurkan kedua-dua bahan, dan ketepikan.

3. Nyah karbon soda bikarbonat (memasak pun dah macam buat experimen subjek kimia, haha)

-2 sudu teh cuka / boleh tukar dengan lemon juice
-1 sudu teh soda bikarbonat

Bancuhkan kedua-dua bahan dan ketepikan.

4. Ayak bahan kering seperti di bawah

-250 tepung gandum
-1 sudu teh baking powder
-1/2 sudu teh garam halus

Dah siap ayak ketepikan.


5. menyediakan cake batter

-150gm butter *
-80gm gula castor *
-150gm gula perang *
-1 sudu teh esen vanilla *
-2 biji telur saiz A

panaskan oven dengan suhu 160 darjah celsius
pukul sampai kembang bahan bertanda * .
Lepas tu masukkan 2 biji telur satu demi satu. Pukul lagi sampai kembang.
Masukkan pula bahan kering yang dah ayak tadi berselang seli dengan buttermilk. Last sekali masukkan bancuhan cuka dan soda bikarbonat.

bahagikan adunan kepada 4-6 bahagian, bergantung pada jumlah warna yang korang nak.
masukkan pewarna yang terpilih.
alaskan loyang bersaiz 5" atau 6" dengan baking sheet
masukkan 1 bahagian adunan
bakar dalam oven yang telah dipanaskan selama 10-20 minit atau sehingga kek masak. bergantung pada jenis oven ye. lepas dah masak, keluarkan kek dari loyang. alaskan dengan baking sheet yang baru. kalau ada banyak loyang lagi bagus. masukkan 1 bahagian adunan bewarna lain dan bakar lagi. ulang sehingga semua bahagian adunan telah masak dibakar.

sejukkan kek yang telah masak sebelum meletakkan topping. kalau letak waktu kek tengah panas / suam, topping mungkin cair.

Thursday, May 10, 2012

kadang-kadang aku rasa aku ni macam bos

suka-suka je bagi arahan kat supervisor aku
aku: eh ko dah dah verify belum?
sv: belum
aku: verify la, aku nak update ke live server ni! (nada tegas sangat!)

sebab kalau aku tak tanye macam tu, nanti sv aku lupa. lepas tu kata aku buat kerja lambat. serik dengan supervisor yang previous. suka-suka cakap aku tak buat kerja. padahal dia tak cek email. sekarang ni aku main sound je, daripada aku dikambinghitamkan depan big boss baik aku sound cepat-cepat. 

Wednesday, May 9, 2012

tersalah masuk tandas lelaki

kat bangunan tempat aku kerja ni kan
aku kerja kat level 6
kalau tak silap aku ada 3 office yang operate kat level 6 ni

dah banyak kali aku tak puas hati sebenarnya
aku ni tak merokok
tapi masuk kalau tandas perempuan tu
udah gaya masuk tandas lelaki -- errr, aku tak tahu macam mana rupa tandas lelaki, aku bayangkan je la
sebabnya kenapa???

masuk tandas tu asap rokok berkepul-kepul weh
aku yang wangi sebelum masuk tandas
bila keluar dah jadi busuk
bau tinja lagi wangi aku rasa

busuk betul asap rokok
aku bukan la kolot sangat tak leh terima perempuan merokok
kawan mak aku lak isap rokok surya atau dunhil
dari aku kecik-kecik lagi aku dah biasa tengok perempuan isap rokok..
jadi, aku memang tak kisah dan tak judge perangai orang perempuan tu buruk kalau isap rokok

tapiiiiiii
yang buat aku sakit hati, apesal isap rokok dalam tandas weh????
kawasan merokok kan ada...
kalau ye pun nak mati sebab kanker paru-paru
sila la mati sorang-sorang
jangan la bagi orang lain pun hidu

kesian aku tengok kat sorang kakak yang pregnant
nak masuk tandas terus tak jadi
tak pasal-pasal dia kena pergi tandas level lain
berkepul-kepul asap rokok.. 

aku yang tengah syok-syok cari ilham pun boleh terbantut ilham aku dek asap rokok ko yang berkepul-kepul tu tahu tak...
aku doakan ko insof cepat-cepat..

Friday, May 4, 2012

Alhamdulillah syukur nikmat malaysia maju rakyat selamat...yeay dah hantar

sebulan lebih aku hidup terumbang ambing
tidur tak cukup
makan pun merepek je
bayang nasi memang lama dah aku tak nampak
aku makan yang cepat dan pantas nak buat je
kecuali time aku gedik nak masak pizza...hehe

aku boleh terlupa nak lunch
sedar-sedar perut dah pedih
gastrik jadi kawan baik aku dalam masa sebulan lebih ni
nasib baik aku memang tak pernah lupa breakfast
dinner pulak ala kadar je

roti dengan jem
roti dengan penut butter
tutti frutti
kalau rajin baru aku drive thru mcD

semua ni bahana aku nak siapkan thesis

aku last jumpa mak ayah aku pun awal bulan feb hari tu
now dah mei
sumpah aku rindu sampai menangis
memang aku anak manja
semuanya sebab...

nak siapkan thesis
aku tak kira
aku kena siapkan juga

kau orang tahu
total yuran sahaja dah boleh buat downpayment 20% untuk sebiji grand livina xgear
kau orang kira sendiri lah
sebab tu sampai sekarang aku duk pakai lagi cik kebal tu
tak pe tak pe

now aku dah boleh kumpul duit untuk beli kereta baru
cik kebal dah nak let go kat adik bongsu aku... hehehe

sepanjang aku study ni
banyak keseronokan dunia terpaksa aku lupa
banyak undangan majlis kahwin kawan-kawan dan BFF aku terpaksa aku skip
memang betul-betul tak dapat datang

ni lah hasil usaha tangga kejayaan.. hahaha


papepun aku nak ucapkan terima kasih pada kawan-kawan seperjuangan yang tak putus memberi kata-kata semangat 

sekalung ucapan terima kasih sifu ah meng sebab tolong ajar aku guna eclipse dan java - sangat (ulang lah sejuta kali) membantu, tanpa pertolongan beliau.. aku memang tak dapat nak siapkan research aku ni.

penghargaan pada isteri sifu, sebab izinkan aku tumpang belajar... yelah, kalau isteri sifu xbagi.. xkan aku suka jiwa nak p menuntut kat rumah beliau kat nun di pinggiran cyberjaya

kepada mak ayah, terutamanya mak. kata-kata hikmat dari mak aku, kawan2 kakak boleh buat. tak kan kakak tak boleh buat. insyaAllah.. yang penting usaha, doa, dan tawakkal. jangan lupa solat hajat minta pada Allah..tu pesanan mak.

penghargaan juga pada kawan-kawan usrah wasap-wasap yaw ^___^ kata-kata semangat korang sangat memberangsangkan... kahkahkah.. yeay, leh makan burger bakar banyak-banyak

penghargaan dan seribu terima kasih kepada supervisor kat office sebab sangat memahami di saat aku nak hantar draf

kepada supervisor untuk research ni, banyak-banyak terima kasih..maaf sangat, disebabkan saya Dr terpaksa berjaga hingga lewat malam/pagi untuk mereview tesis saya untuk memastikan saya hantar sesuatu yang bukan sampah. 

dan kepada sesiapa yang terlibat secara langsung dan tak langsung...terima kasih uols..iols sangat menghargai jasa mu itew...

k lah..panjang berjela pula.. iols nak pergi lunch..(sekali lagi aku lupa nak lunch, gara-gara pulun hantar tesis di waktu orang tengah sibuk solat jumaat...heheheh)
 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger