Tuesday, July 31, 2012

Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah



resepi nasi lemak pun nak bubuh ka?
mesti lah... sebab ni 1st time buat nasi lemak rasa puas hati sangat-sangat
maka haruslah dijurnalkan dalam blog alam maya fantasi o realiti nih.. hohoh

bahan untuk nasi (untuk 4 orang makan)
beras 2 pot dicuci bersih dan toskan
halia dihiris halus
bawang besar dihiris halus
halba direndam dan dicuci bersih
daun pandan
santan
sedikit garam
air secukupnya
olive oil

cara masak
1. letak olive oil dan tumis bawang serta halia, jangan tunggu minyak panas.. terus tumis
2. kacau hingga naik bau / bawang layu
3. masukkan beras, kacau rata
4. masukkan santan, air, garam, halba, kacau rata
5. kemudian baru masak dalam rice cooker, kacau sekali sekala supaya santan tak berketul di atas
6. bila nasi dah masak boleh masukkan daun pandan

hasil dia nasi berberai cantik je. bau pun harum.

ayam goreng rempah
ayam potong kecil-kecil, supaya cepat masak
daun kari
*bawang besar
*halba
*halia
*bawang putih
*cili kering 2-3 tangkai
tepung jagung
serbuk kunyit
1 sudu serbuk kari, bergantung pada kuantiti ayam. 
garam secukup rasa

1. tumbuk bahan bertanda (*)
2. apabila dah lumat, masukkan daun kari tumbuk kasar
3. gaul rata serbuk kari, bahan tumbuk, serbuk kunyit, garam, tepung jagung
4. perap dalam 30 minit
5. goreng hingga masak

ayam goreng rasa macam ayam goreng kat kedai mamak

resepi sambal nak juga ke? sebab resepi sambal tu aku guna resepi biasa-biasa je
tapi aku share juga

sambal bilis
*cili kering 10-15 tangkai
*bawang putih 6 ulas
*bawang besar 1 biji
*halia 1 inci
belacan
santan 1/3 cawan
air asam jawa
air
minyak
ikan bilis yang dah dicuci bersih

blend dengan air yg sedikit bahan bertanda (*) supaya menjadi paste ala-ala cili boh yang dijual dikedai tu
panaskan minyak, goreng belacan sampai hancur, masukkan paste yang di blend tadi,
goreng sampai naik minyak / bau
masukkan air asam jawa
masak sampai kelihatan air kering, nak makesure bahan blend betul-betul masak, if tak masak nanti sambal rasa bawang bukan rasa sambal :)
masukkan sedikit air, masukkan ikan bilis, santan , garam secukup rasa, masak sampai pekat dan tidak terlalu kering. dah siap :)


sumber resepi nasi dan ayam tanya kakak-kakak otai dalam skype..
sumber resepi sambal pulak, aku belajar hands-on dengan mak angkat aku..

Monday, July 30, 2012

Puding Roti Buah Prune dan Nasi Goreng Tuna

dulu pernah ada entry puding roti ni
tapi versi masak pakai microwave
kali ni aku masak pakai oven pulak

ada roti cap masimo tak terusik atas rak pinggan
aku yang beli
pastu tak makan

daripada duk membazir berkulat
baik aku buat puding roti
sebab aku suka sangat makan puding roti ni
samada makan dengan sos kastard
atau makan dengan ais krim vanilla... memang syok la
tapi awas, puding roti sangat high calorie.. hehehe


puding roti

panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius

*250ml susu cair
*1 biji telur
*1 sudu butter dicairkan
*esen vanila 1 sudu teh
*1/8 cawan gula - aku kurangkan gula sebab sos dh manis, prune pun manis
pukul hingga sebati bahan (*), pukul pakai garfu je

carikkan / gunting roti kecil-kecil, ikut banyak mana korang suka. aku buat cukup-cukup dengan adunan bahan (*). sebab resepi asal pakai 4 keping roti je.

buah prune kering digunting/hiris halus, nak guna buah kering lain pun boleh

gaulkan roti bersama separuh buah prune, dan bahan (*) hingga rata
kemudian taburkan lebihan buah prune di atas sebatian tadi

bakar dalam oven yang telah dipanaskan selama 20 minit atau hingga nampak keperangan

dah siap

sos kastard
bahan untuk sos kastard
3 sudu besar susu pekat manis
500ml air
2 1/2 sudu besar tepung kastard

sediakan sos
1. campur semua bahan dan gaul rata agar tidak berketul
2. masak hingga nak pekat, tak ada la pekat sangat. kalau terlampau pekat dia jadi koleh kastard pulak
3. tuangkan sos di atas puding semasa nak makan ;p
4. makan masa sejuk-sejuk peti ais bes! ;)




nasi goreng tuna

*5 tangkai cili kering
*bawang putih
*bawang besar
tumbuk bahan (*)

1 tin ikan tuna cap ayam, aku guna Tuna Chunks in Olive Oil light
3 ekor sotong dipotong bulat-bulat
nasi putih secukup rasa
garam secukup rasa
carrot dipotong halus
sedikit kobis dipotong halus

tumis bahan tumbuk hingga naik bau wangi
masukkan tuna & sotong, kacau rata hingga sotong masak
masukkan garam, kacau rata
masukkan nasi dan sayur
boleh letak kicap kalau tak nak nasi tu nampak pucat
kacau rata
dah siap!

Thursday, July 26, 2012

Resepi Nasi Carrot Mudah

petang semalam sembang dengan member dalam skype
aku cakap lah tak tahu nak masak apa
tapi teringin nak makan nasi
sebab kalau kat rumah sewa aku jarang masak dan makan nasi
sebab agak renyah bagi orang bujang
yelah, nak masak lauk, sayur, nasi
kalau makan 2-3 orang aku memang rajin nak masak
tapi kalau sorang-sorang je memang aku malas tahap puaka - macam tahu je rupa bentuk puaka tu..errrr #_#

lepastu kawan aku suggest la masak nasi carrot
aku cakap la tak reti buat
dia pun ajar lah
sonang je nak buat rupa-rupanya - mengikut resepi kawan aku ni la, kalau resepi gugel sumpah aku tak nak buat.. kemain serba mak nenek nak kena letak.. hohoho
balik kerja semalam dengan pantas aku ke mydin sebab ada barang yang nak kena beli
sampai rumah dalam 5.30pm
dengan pantas aku tukar uniform chef terus masuk dapur
dengan pantas keletung keetang sharp 7.25 siap aku masak
sempat la nak makan time berbuka iaitu pukul 7.30 ..




nasi carrot
beras dibasuh dan tos
separuh carrot diparut
- gaul beras yang dah tos dengan carrot yang dah parut, gaul rata. ketepikan

butter
*bunga lawang
*buah pelaga
*kulit kayu manis
*bunga cengkih
daun pandan
susu cair 1/3 cawan
air
1/2 kiub ayam - bergantung pada kuantiti nasi, aku buat untuk 3 orang makan berbuka dan sahur.

panaskan butter, tumis  (*) sampai naik bau
masukkan beras yang dah digaul dengan carrot tadi, gaul sebati
masukkan susu, air, kiub ayam... masak dalam rice cooker
bila nasi dah masak masukkan daun pandan

ayam masak merah
ayam 6 potongan kecil
serbuk kunyit
garam
asam jawa / jus limau nipis nak bagi hilang hanyir
- gaul ayam, serbuk kunyit, garam , asam jawa dan goreng sampai masak

bawang besar
halia 1/2 inci
bawang putih 1 ulas
cili kering secukup rasa, nak pedas bubuh banyak
- blend bawang besar, bawang putih, halia, cili kering dengan air yang sedikit, kalau air banyak lama pulak nak tunggu air kering waktu menumis nanti

1 biji tomato potong dadu besar
sos cili
gula merah 1inci, agak-agak je, kalau tak suka manis bubuh sikit je
1/2 kiub ayam
minyak
air
susu cair 1/4 cawan
garam

panaskan minyak, tumis bahan yang diblend sampai naik bau
masukkan tomato, sos cili, air (if nak kuah cair lebihkan), susu cair, gula merah, kiub ayam, garam
masak hingga pekat / mendidih
masukkan ayam, gaul rata dah siap


acar timun / jelatah

*timun batang
*carrot
*cili besar
*bawang besar
4 sudu cuka
garam
gula
air kapur sirih

potong nipis / halus semua bahan, rendam dalam air kapur dalam 30 minit supaya sayur-sayur jadi rangup
lepas tu bersihkan, masukkan cuka, garam, gula, gaul-gaul dan ketepikan
* boleh prepare waktu siapkan lauk, lagi lama perap lagi sedap.. orang besut cakap, biar berjeligho ;)


semua ni aku siapkan dari 5.30 - 7.25 sambil-sambil melayan housemate aku yang nak upload gambar kat online resume, cepat juga la sebab ada helper - adik aku dan housemate aku, dah lama tak masak dan makan ramai-ramai macam malam tadi.. seronok dan kenyang! ;-)

miho pun makan habis nasi carrot yang aku letak kat dalam piring dia, maybe sebab aku letak susu kot. ;)

Friday, July 20, 2012

lihatlah perbezaannya

daripada macam ni


macamni

 dah jadi macam ni.... kotoq, hodoh, dan busuk.. berguling dalam minyak ke apa?

 kaki hitam, gambar bawah dia usha bilik tempat ada tempat makan
aku lepas je meluru dia makan makanan dia yang dah masuk angin terbiar seminggu


lagi satu dia dah hilang dara... hope tak lama lagi dapat kucing baru yang comel-comel ^__^

dah seminggu dia hilang
aku hari-hari pergi kerja melilau-lilau kot-kot nampak dia melintas
balik kerja cepat-cepat sebab nak round kawasan block2 kat rumah aku tu cari dia
mana tahu dia tengah main-main ka
tengah makan sampah ka - bau dia agak-agak bau sampah + minyak tar, busuk sangat! 
teruk la kena sental

sepanjang dia hilang, paling aku gelisah bila time hujan lebat
dia takut air (semua kucing pun)
aku duk terbayang dia duk menggigil bawah pokok
bila bunyi guruh aku tak tahu mana dia nak nyorok
time bunyi orang main mercun entah kat mana dia nak lari nyorok - biasanya kat bawah katil
macam mana la dia nak makan
sebab aku tengok kucing liar lain makan sampah
dia dah la perut manja
silap makan mesti berak ceri beri

tadi telinga penuh dengan kutu
jenuh pula aku nak kena belek cari kutu
balik tadi, cepat-cepat aku bagi dia makan
rakus! 2 bekas dia habiskan
normally kalau makanan cap smartheart dia mesti pandang sebelah mata je
rela berlapar sampai aku tukar ke makanan cap royal canin atau snappy tom


badan dia dah kurus kering
baru je seminggu
aku tengok pakwe dia gemuk montel je
mesti dia makan semua sampah dan tak share dengan kucing betina
siot punya kucing jantan

suara dia pun dah serak
tak manja macam biasa
miho-miho
tak susah cari susah
aku cakap kat housemate
miho ni dah macam bohsia jalan kembali - serupa tajuk filem samsul yusop..ha3



- entry autopost, sebab sekarang aku sedang sibuk bergosip dan makan sedap-sedap mak aku masak
heheheheheheheh

Thursday, July 19, 2012

Selamat Menyambut Ketibaan Bulan Romadhon Yang Mulia Lagi Barokah, marilah kita penuhinya dengan amalan dan ibadat yang lebih berlipat ganda. insyaAllah.. moga kita semua sempat merasa sinar mulia Romadhon kali ini.. aminnn ^_^

memandangkan aku dah hantar tesis yang spesis hardcover seperti gambar kat bawah






maka dengan ini aku dengan hati girang mo pulang ke kampung halaman untuk membuat persiapan

andai ada tutur kata dalam entry-entry aku yang lepas bisa mengguris hati engkorang, mahapkan saya ye. seikhlas hati saya mohon maaf.. pada kawan-kawan, selamat berpuasa. jangan pose yang yuk eh ^__^

sandarkan pada kenangan

semalam aku mc sebab tak sihat
demam
batuk
selsema
ceri beri - terlampau stress sampai ceri beri,
ni semua kerana orang saiko punya pasal

pagi ni aku lepas subuh aku sambung tidur
aku solat subuh pun sambil pejam mata - buruk perangai
ni semua salah pemilik kereta iswara putih
dari pukul 12 malam sampai pukul 4 pagi alarm dia non stop bunyi
dah la aku jenis tak reti tidur tutup telinga mata berselubung bagai - lemas tidur

maka aku tidur ayam je dalam
pukul 5 alarm iswara tu dah bunyi macam burung berkicau
pukul 7 dah senyap terus aku syak bateri habis - hahahaha, jahat kan aku gelak
- aku gelak sebab aku bengang dah 2 malam tak dapat tidur malam pertama sebab ceri beri
malam kedua sebab alarm iswara putih berbunyi-bunyi diwaktu orang tengah enak2 beradu
betul-betul tepi bilik aku
memang haromi zadehi he betul...
geram ni
now mata aku dah lebam macam panda
kerja pun tak semangat

pagi tadi nak pergi kerja aku gagahi jua kaki ke kereta
tengok-tengok satria neo hitam jiran depan rumah aku blocking
biasanya aku dengan gagah akan tolak je kereta tu tapi pagi ni mintak mahap le
I is tak sihat belakang pun sakit sengal-sengal jalan macam atok kebayan
aku ketuk pintu rumah jiran aku suruh alih


lepas tu dia cakap camni

jiran: alah, awak sandar je kat belakang kereta lepas tu tolak
aku: what? saya dah pakai comel-comel ni nak kena bersandar kat kereta dalam hujan renyai-renyai ni kah? kotor la baju saya! saya tak sihat ni. mintak tolong sangat-sangat alihkan. sori ye ^^

lepas tu dia dengan mata merah menyala terpaksa gagahi jua meniggalkan bantal keyangan demi mengalihkan kereta dia sebelum aku sandar sambil mencalar.. hahaha

tu je lah nak cerita.. 

Saturday, July 7, 2012

ayam masak sos plum

lama tak buat entry resepi
aku ada beli beberapa ketul ayam
rasanya dah seminggu ayam tu bertapa dalam peti ais
tiap kali balik kerja aku bukak peti ais
pandang ayam yang beku kejung macam batu
pastu aku tutup peti
amik biskut
buat oligo koko
om nom nom nom
tu je dinner aku
tak pun aku makan yogurt
tak pun aku makan anggur - sentiasa ada dalam peti ais, beli sebab kat mydin murah, seedles dan manis pulak tu
mesti ada orang syak aku diet
tak lah
aku malas masak!
tu je alasan - makcik-makcik yang ada anak teruna kalau tahu, soheh tak berminat ambil aku buat menantu. jangan begitu makcik, saya rajin masak kalau ada orang tolong makan sama, tapi sorang-sorang ni.. berat jiwa sikit nak pegang sudip pisau kuali nih..
hahaha .. dan-dan promote diri ^__^

dihari minggu yang heaven ni aku teringin nak makan nasi
lama dah tak makan nasi masakan sendiri
asyik beli tapau je untuk lunch kat office tu
alang-alang hari tu masa shoping makanan miho dengan pasir tempat beliau beristinjak ;p
aku ada sambar sebotol sos plum cap life - main ambil je, tak tahu pun nak masak apa dengan sos tu
maka hari ni setelah aku berhempas pulas berfikir nak masak lauk apa (fikir dari pagi, tapi masak pukul 6) akhirnya aku decide nak masak ayam masak sos plum

google resepi dapatlah resepi - semuanya pakai resepi dari sumber yang sama iaitu blog Sky Blue's Kitchen
resepi asal guna nenas, ada orang lain olah resepi guna mangga muda / mangga masak, ada yang guna kentang, basic yang lain semua sama
aku pulak oter lagi resepi ni letak anggur dan cili kering
hasil dia yummmmehhhhhh
sebab buah anggur tu rasa macam makan acar buah - kalau kenduri kawin ada serve acar ni.. konfem aku ambil.. sedap!

hoi mana resepinya...bercerita cerekarama pulak dah..
jangan marah noh... aku memang suka bercerita baru lah share resepi
insyaAllah bulan romadhon nanti boleh try buat lauk sahur
sebab penyediaan dia pantas, mudah dan lazat

nampak memang macam buruk rupa, tapi sila rasa dahulu ye baru komen, hehe

bahan-bahan:
A
ayam potong kecil - kalau part peha tu potong dua, saiz ala-ala macam tu lah
tepung beras - resepi asal pakai tepung jagung
serbuk lada hitam - ada yang guna sos lada hitam, bergantung pada cita rasa

B
*3 ulas bawang putih
*5 biji lada kering digunting dan dibuang biji
*1 inci halia
1 biji bawang besar - dimayang / potong bulat
tumbuk yang bertanda *

C
6 sudu besar sos plum - aku tak sukat pun, main tuang ikut sedap rasa
2 sudu sos tomato - aku bubuh sos tomato kfc 2 peket
1 sudu sos cili - aku bubuh sos cili McD 1 peket
1 sudu sos tiram, jangan lebih-lebih nanti masin
air untuk kuah
garam secukup rasa

D
buah anggur


cara-cara
1. ayam yang dah cuci bersih masuk dalam 1 bekas
2. tepung beras dalam 2 sudu tabur atas ayam
3. masukkan serbuk lada hitam sebanyak mana yang anda suka
4. gaul sebati bahan A, kemudian goreng dalam minyak yang banyak sampai kekuningan / ayam masak
5. ambil sedikit minyak goreng ayam untuk tumis bahan B
6. tumis bahan B hingga naik bau wangi
7. masukkan air - kalau nak kuah cair banyakkan air, kalau nak kuah pekat bubuh sedikit je
8. masukkan bahan C, garam secukup rasa, kacau rata hingga mendidih atau kuah jadi pekat
9. masukkan ayam dan buah anggur
10. kacau rata dan siap boleh di makan

note: rasa dia macam kuah sweet sour, jadi boleh guna resepi ni untuk masak ikan sweet sour. orang yang tak suka manis akan cakap lauk ni tak sedap. sebab dah rasa dia SWEET sour..

Thursday, July 5, 2012

tips mari mengelak kesesakan persiaran kewajipan

aku stress
dah berapa minggu aku keluar nak pergi kerja pukul 8am sampai pukul 9.30am kat office
lama-lama macam ni bikin reputasi jatuh meh
memang la aku akan balik lewat lah instead balik sharp pukul 5.30pm sebab nak ganti 1 jam yang aku lewat tu
tapi tak kan hari-hari aku nak sampai kat rumah waktu bilal sedang azan maghrib sayup-sayup kan
keadaan macam ni sangat tak sihat
waktu syaitan berkeliaran aku sibuk nak pulang ke rumah

sekarang ni kat usj di sepanjang jalan persiaran kewajipan tu
ada pembangunan projek LRT / MRT tak tahu lah
aku baca LRT
kawan aku cakap MRT
ape-ape jelah
janji RT.. hohoh
projek ni kalau tak silap bakal siap tahun 2015
kalau ditakdirkan Allah rezeki aku masih di kampeni yang sama
dan kampeni ni tak pindah lokasi ofis
haruslah aku kena hadap jalan yang jem super teruk tu
kura-kura pun lagi laju aku rasa

bermula dari hari selasa minggu ni which is on 3rd july
aku dah nampak pekerja duk angkat-angkat penghadang / kon (tak ada rupa kon, aku tak tahu benda tu nama apa), pekerja tu angkat menutupi satu lagi lane
aku tak reti explain, lihat lukisan kat bawah
kira nya jalan yang luas jadi makin sempit
jadi, pada hari rabu iaitu semalam
kadar jem dia makin teruk
bayangkan aku konon-konon buat cita-cita nak sampai awal
maka aku gerak pukul 7.30am
tapi stillllllll sampai office pukul 9.30am
aku dah rasa bersalah je
bukan aku sengaja
hampir setahun aku pergi kerja pukul 8am akan sampai around 8.30am-8.45am
kadang-kadang je jadi 9am kalau tiba-tiba ada kenderaan rosak / accident
tiba-tiba disebabkan pembangunan demi kesejahteraan rakyat
jalan persiaran kewajipan tu makin teruk jem dia
lama-lama kadar rakyat malaysia yang mengalami penyakit stress akan meningkat..pandai-pandai je aku buat perangkaan..hohoh

lepas tu
nak dijadikan cerita
pagi tadi aku terpandang stesen petronas seberang jalan (arah berlawanan yang menghala ke puchong)
aku pun ternampak ada susur keluar dari putra heights tak jauh dari petronas tu
susur keluar tu akan menghala ke pusat bandar puchong
aku kalau pulang dari kerja
mesti akan keluar kat simpang depan petronas tu - shortcut!

dengan pantas aku memberi signal untuk masuk ke susur masuk ke putra heights
aku gamble!
masa tu dah 8.30am
aku memang nak sampai office sebelum 9am hari ni!
masuk je ke susur putra heigths aku nampak ada u-turn
senyum lebar wehhhhh
sila lihat lukisan kat bawah

normally aku akan lalu jalan hitam (bunyi macam kejahatan pulak) untuk ke office
hari ni aku masuk ke jalan purple
buat u-turn ke jalan coklat
kemudian masuk ke jalan biru
nampak tak kotak turquoise tu, tu stesen petronas :D

dengan senyum lebar aku sampai kat office pukul 8.50am!

Alhamdulillah dipagi yang mulia sempena 15 syaaban 1433, Allah bagi ilham dan petunjuk..hihi
syukur sangat... disebabkan aku sampai awal
sempat la aku melukis sambil buat entry ni
task pun tak ada...
maka boleh la blogwalking ..kehkehkeh
tu jelah cerita aku hari ni.. ^________^

Wednesday, July 4, 2012

dari sembilan tinggal enam je

hari ni 2 orang lagi member aku viva
seronok dia memang umppppphhhh...
tak boleh cakap
memang hepi...
saja nak blog kan
ni antara moment-moment indah kami ber 6 ^___^
nanti ada umur, bila baca balik hope aku masih tersenyum bahagia...

[12:31:25 PM] Liza: Tgh drive ni wei..taip 1 huruf kena benti..fedap btol la..Jom jommmm... Tgh bhagia ni.. Baru pas viva.. Yahuuuuu

[12:31:32 PM] Kak Jijah: wakakaka
[12:31:36 PM] Kak Jijah: finally ada kuar ayat

[12:31:45 PM] kayNisa: drive sambil senyum meleret kannnnn?
[12:31:47 PM] kayNisa: kah3
[12:31:56 PM] kayNisa: kan dh ckp dia ol kt henpon tu

[12:32:02 PM] Kak Jijah: rasa x dunia ni lg lawa??? nampak x warna warni hidup?

[12:32:10 PM] Liza: Dr rozi sgt baik arini..baru la pdn dgn muka cun dia..syg dr rozi lah.. Hihi

[12:32:16 PM] kayNisa: kan????????

[12:32:21 PM] Kak Jem: hahahaaha

[12:32:22 PM] kayNisa: dia sgt mesra dan ramah

[12:32:31 PM] Kak Jijah: waahh puja puji dr roziii

[12:32:34 PM] Kak Jem: kata dah...dr.rozi tiba2 bertukar jd baik masa viva

[12:32:36 PM] Kak Jijah: tebiaaaaat ke
[12:32:51 PM] Kak Jijah: dia mesti garang sbb nk suruh kita siapkan

[12:32:53 PM] Liza: Hahh bkn takat warna warni, terasa mcm baru dpt jodoh je punya bahagia ni

[12:32:53 PM] Kak Jijah: kann


baca kat tempat aku highlight tu
betapa hepinya perasaan lepas viva..
stress sebelum viva tu semua hilang terbang melayang-layang
ape-ape pun Alhamdulillah syukur...
tunggu lah bila hantar buku hardcover merah cili tulisan emas nanti
masa tu hepi berganda lagi..
masa konvo lagi hepi.. insyaAllah
moga-moga ada peluang nak konvo lagi sekali ^__^

Tuesday, July 3, 2012

Dae Jang Geum Episod 39

tengok citer jang geum ni kan
stress pulak aku
dah gaya tengok sinetron
kalau dah baik tu, nak cakap untuk pertahankan diri pun tak sempat
kalau jahat tu, pegang jawatan tinggi-tinggi je
ikut suka dia je nak kick siapa-siapa yang leh block cita-cita dia
corrupt sungguh

Monday, July 2, 2012

entry lemau

bulan syaaban aku dah start rasa ngantuk je
belum lagi masuk bulan ramadhon
normaly dibulan romadhon yang mulia aku mesti lemau
biskut lemau pun lagi elok sifat dari keadaan aku yang tengah lemau

segala progress kerja pun semua slow je.. dah la banyak task baru masuk bulan syaaban ni

camno eh?

tak tahu nak lunch kat mana *sobs*

aku tak tahu la kalau orang lain
aku ni kan
kalau tiba-tiba ada lelaki tegur atau tiba-tiba jadi ramah dengan aku
lepas tu sumpah aku tak nak pandang muka orang tu dah
kalau terserempak
aku rela pusing jauh untuk elak dari bertembung dengan lelaki tu


sekarang ni aku dah tak tahu nak makan kat mana yang murah lagi sedap
since mamak roti canai kat kedai yang selalu aku pergi tu asyik tegur dan senyum-senyum
kalau aku balik kerja dan lalu depan kedai tu pun dia asyik tegur tak nak singgah ke

aku memang jadi fobia dah nak pergi situ... orang lain kalau kena tegur-tegur macam ni akan rasa suka atau rasa lain macam? atau buat tak kisah

mamat dekat office aku ada sorang
suka sangat usha-usha
lepas tu renyih semacam je kat aku
aku ni mula la syak bukan-bukan
since pada tu
bila nak tanya apa-apa kat dia soheh aku buat muka garang
cakap macam berlagak dengan beliau
nak pandang muka dia pun dah malas
kalau terserempak depan lif
aku rela pergi tunggu lif untuk pekerja am
tak rela aku nak satu lif berdua dengan dia
sebab kesalahan dia adalah kerana terlebih mesra dengan aku...
aku tak boleh.... T______________T

sebabnya...aku ni pemalu weiiiiiiiiiii...
tak caya dah...bye.
 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger