Thursday, August 30, 2012

Oppa Gangnam Style....hahaha


GANGNAM (SUPER KAMPUNG) STYLE, ORANG KAMPUNG MESTI LA SUKA YANG KAMPUNG STYLE... ^____^

Tuesday, August 28, 2012

amboi amboi amboi amboi amboi amboi

Amboi amboi puteri Melayu
Berlenggang lenggok indah bergaya
Bukanlah hanya pandai merayu
Tetapi sanggup membela bangsa

( ramai )
Amboi amboi, amboi amboi
Amboi amboi, amboi ambol

Amboi amboi puteri jelita
Bersopan santun berbudi bahasa
Tidaklah hanya pandai bermanja
Berani pula ke medan laga

Ikan betuk di tengah sawah
Ikan puyu di rawa-rawa
Ingatlah pesan Datuk Hang Tuah
Tidak Melayu hilang di dunia

Budak-budak makan ketupat
Ketupat nasi dibelah-belah
Hidup kamu jasa tak dapat
Sekali hidup hai buktikanlah

( ramai )
Amboi amboi puteri rupawan
Berlemah-lembut memikat hati
Bukan hanya buat perhiasan
Mengharum wangi semarak negeri

Amboi amboi puteri sejati
Lemah longlai melangkah permai
Jangan disangka jinak merpati
Tak gentar pula membela diri

( ramai )
Amboi amboi, amboi amboi
Amboi amboi, amboi amboi


motip letak lagu ni?
sebab aku tengah berzikir perkataan amboi amboi amboi amboi amboi amboi je ni... hahahahahaha

Monday, August 27, 2012

berdoalah walaupun dah penat, insyaAllah nanti dimakbulkan juga ^__^


kalau ikut perangai aku zaman dahulu
sumpah demi Allah aku akan berdendam
now aku dah tua
28 tahun dah
tak nak berdendam dah
doa je lah senjata yang terbaik
mudah-mudah-an Allah Yang Kuasa lembutkan hati si dia
cukup-cukup lah aib kan saya.. 
saya maafkan awak
saya maafkan
lagi satu, tiada doa yang buruk-buruk
kerana doa hanya untuk yang baik-baik
jangan salah gunakan istilah dan penggunaan doa
kita sama-sama banyak dosa
kita sama-sama makin tua
kita sama-sama makin dekat nak masuk kubur
jom sama-sama kita bertaubat
terima atau tidak
semua itu atas urusan Allah Taala
kita cuma hamba
ingat tu
kita ni hamba
^__^

Wednesday, August 15, 2012

menumpang tuah dari orang-orang famous amos

assalamualaikum


subhanallah, aku sejak akhir-akhir ni duk perhati kat nuffnang bahagian referal
apesal lah banyak sangat pageview dari blog kak LG
ini bukan barang letrik LG tu ye
ni kak LemonGrass tuan punya blog salam2benua
my senior kat KMK.. nak jugak ngaku tuh.. sebab pernah baca entry lama-lama dia, ada letak gambar posing dia kat KMK

rupa-rupanya kan
kak LG dah listkan blog aku kat blog dia
walaupun dalam 2nd bloglist
tapi rasa terharu sangat-sangat

hari tu si raina hot mama tu dah list kan blog aku kat blog dia
ni kak LG pula

syukur sangat-sangat

mesti ada yang pelik apesal nak bersyukur
mesti lah bersyukur
bila makin ramai pengunjung
duit nuffnang makin banyak la naik

dah la aku bakal jadi penganggur ni
sorry rai, aku terpaksa juga
demi kesejahteraan mak aku
dia risau keselamatan aku kat sini
sorang-sorang terkontang kanting

eh, apesal melalut tiba-tiba...

apa-apa pun trimas pada kak LG & rai
trimas banyak-banyak ^__^

akhir kata
salam lebaran dari cik penulis alam maya fantasi reality
maaf zahir batin andai ada kata-kata dalam penulisan blog ni ada mengguris rasa hati kalian...

 - XO -


note: mula-mula aku, tiba-tiba kat hujung jadi saya.. ha ha ha

Chicken Wing, Mashed Potato, Black Pepper Sauce, Coleslaw

[lihatlah kegebuan kepak ayam itewwwww]

semalam walaupun ala-ala terkejut sebab tetamu tak diundang datang melawat
terkejut
terkedu
terkelu
sampai tak tahu nak cakap apa
misi memasak harus diteruskan demi memenuhi janji-janji manis terhadap adik bongsu tercinto


ayam bakar
resepi ayam bakar aku guna rempah perapan ayam goreng berempah untuk nasi lemak cuma aku tambah madu, perahan limau nipis dan sapu dengan olive oil

ayam potong kecil-kecil, supaya cepat masak
*daun kari
*bawang besar
*halba
*halia
*bawang putih
*cili kering 2-3 tangkai
tepung jagung
serbuk kunyit
1 sudu serbuk kari, bergantung pada kuantiti ayam.
garam secukup rasa
2 sudu besar madu
1 biji perahan limau nipis

1. tumbuk/blend bahan bertanda (*)
2. gaul rata serbuk kari, bahan tumbuk, serbuk kunyit, garam, tepung jagung
3. perap dalam 30 minit
4.bakar dalam oven bersuhu 190 darjah selama 1 jam / hingga masak
5.pastikan sentiasa sapu ayam dengan minyak yang terhasil supaya ayam nampak berkilat dan menyelerakan ;)


mashed potato
3 biji kentang di rebus sampai empuk, nak cepat potong kentang tu kepada 4 / 6 bahagian
rebus bersama 1 kiub ayam dan 3 ulas bawang putih
apabila sudah empuk, toskan air rebusan kemudian lenyek
masukkan 1/4 cawan susu - aku guna susu dutch lady full cream
gaul rata, boleh masukkan blackpepper untuk rasa sedikit spicy


coleslaw
1 batang carrot dihiris halus
1/4 kobis dihiris halus
garam, mayonis, gula secukup rasa
susu yang dicampur dengan perahan limau kasturi - resepi asal guna cuka
campurkan semua dan gaul sebati

kuantiti susu bergantung pada kuantiti sayur :)

Blackpepper sauce with mushroomsos ni dah pernah share resepi nya kat sini
tapi aku paste balik lah kat sini

Ingredients:
2 sudu besar lada hitam di tumbuk lumat - guna yang biji, yang serbuk tak sedap!!!
cili padi 3 biji di potong-potong
1 kiub pati ayam
1 biji bawang besar - dice
2 biji tomato - dice
1 paket serbuk mushroom soup segera
700 ml air
7 biji cendawan butang
olive oil & butter 2 sudu besar untuk menumis
1/2 cawan kicap manis - tak sukat pun, main tuang je
2 sudu besar tepung jagung

note I: aku tak guna garam sebab dalam kiub ayam, kicap, dan sup cendawan dah ada perasa

cara masak sos:
1. masukkan butter dan olive oil ke dalam periuk. tumis bawang besar dan cili hingga layu
2. kemudian masukkan tomato dan tumis lagi hingga tomato layu , kemudian masukkan lada hitam dan tumis lagi sampai ada bau ghau ghau bau dia.. haha
3. masukkan air, kiub pati ayam, dan kicap kacau rata. (tak perlu sampai mendidih cukup sekadar merenih)
4. masukkan serbuk mushroom dan tepung jagung, kacau rata
5. masukkan bahan² di dalam periuk tersebut ke dalam blender. kisar seketika hingga lumat kesemuanya dan masukkan semula ke dalam periuk tadi dan masak hingga mendidih
6. masukkan cendawan butang yang dihiris
7. setelah likat dan mendidih, angkat dan hidang.



lepas dah siap boleh lah siram atas mash potato atau ayam ...
makan tak toleh kiri kanan dah adik aku...om nom nom sampai 3 ketullll

Monday, August 13, 2012

Pavlova lova lova

weekend baru-baru ni otak aku agak keserabutan
banyak gangguan mental lately
bila aku stress
aku suka makan dessert
maka aku buat pavlova
lagipun housemate aku beria-ria suruh aku buat banyak kali dah
since belum puasa lagi..
maka terjadilah pavlova lova lova .. hehehe

pavlova ni banyak kali dah aku buat
tapi kali ni baru terasa nak snap gambar
baru terasa nak letak resepi dalam blog
sebab kali ni baru aku rasa rajin nak snap gambar
yang dulu-dulu tu tak sempat snap dah ngap makan
lepas makan semulut dua..baru cakap..alaaa, lupa ambil gambar.. hehehe

pertama kali aku tengok pavlova is dari blog kak LG nun di OZ
senior aku kat matrix kulim nih... super duper senior dah.. hehehe
resepi pun aku ambil dari blog dia
tapi aku combine dengan resepi dari blog pokcik mat gebu



bahan-bahan base
3 biji putih telur - pastikan putih telur aje, tak ada benda-benda lain, or else meringue tak akan menjadi
1/2 cawan gula kastor
2 sudu tepung jagung
2 sudu cuka makan yang warna putih macam air tu
1 sudu teh esen vanilla

bahan-bahan whip cream
1 kotak kecil - anggaran 250ml-300ml whip cream yang khas untuk topping, jangan tersilap ambil or else dia tak akan mengembang macam krim, tetap jadi cair :)
gula kastor 1/4 cawan
* pastikan whip cream duduk dalam peti ais paling kurang 24 jam :)

buah-buahan masam seperti strawbery, adik beradik berry, anggur, kiwi dan lain-lain

cara-cara buat base
1.bersihkan mixbowl dari sebarang bendasing seperti air / minyak, make sure betul-betul kering
2.pukul telur putih  dengan gula sehingga kembang, ada orang cakap sampai bertanduk.. stail aku, terbalikkan mangkuk, kalau tak tumpah tu dah siap lah tu :p
3. masukkan tepung jagung, cuka, dan esen vanilla. kaup balik dengan spatula je.
4. ambil baking paper, alas atas dulang pembakar.. lletakkan meringue tadi atas baking paper, rata kan
pastikan kat tepi-tepi tu ada tebing sebab nanti nak letak whip cream.
5. cara bakar ada dua cara:
a.bakar pada suhu 140-150 darjah selama 50 minit, 
b.atau panaskan oven pada suhu 150 darjah, bila nak masukkan pavlova turunkan suhu ke 120 darjah, bakar selama 1jam 20 minit
6. apabila dah masak, sejukkan dalam oven. jangan bawa keluar terus.. bagi dia duduk diam-diam dalam oven

cara-cara topping
pukul whip cream dan gula hingga kembang
ratakan atas base
aturkan buah-buahan

dah boleh ngap :)


Friday, August 10, 2012

nak juga tegakkan benang yang basah

aku makin menyampah lah tahu tak
nak juga tegakkan benang yang basah..

suka hati kau la..

Thursday, August 9, 2012

gastrik

aku memang ada penyakit gastrik
dari kecik lagi
cuma aku tak tahu tu gastrik - agak sengal kan

sebab masa kecik-kecik aku selalu sakit perut sebab selalu makan ubat dos dewasa
migrain terlampau teruk masa kecik-kecik dulu
ajaibnya..dah masuk sekolah menengah..migrain tiada lagi.. he3

tapikan.. dengan kuasa Allah subhanahwataala
aku tak pernah kena gastrik waktu berpuasa :)

tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
malam tadi tengah syok-syok aku mimpi naik helikopter pergi pulau indah
tiba-tiba sakit perut macam kena hiris
sakit wooooooooo

gastrik datang lagi
kes 2-3 hari ni aku tak lalu nak makan
aku ulang...tak lalu nak makan ok!
gara-gara memikirkan macam-macam dugaan dalam bulan ramadhon yang mulia ni

sabar selagi mampu..insyaAllah
pagi ni sahur ubat gastrik..
pastu dengan bagusnya makan ikan goreng sambal ladooooooooo... cari nahas bukan.. hehe

Wednesday, August 8, 2012

nuffnang bertukar wajah

cantikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk
naissssssssssssss


aku pun tengah develop sebijik web berkonsep ala-ala macam tu sekarang nih

ok tu je nak btau


baiiii baiiii :)

jangan baca kalau tak nak pahala puasa berkurangan

aku ni puasa

elok-elok aku hidup aman damai happy tak kacau orang
lu datang kacau

aku ni tak nak benci siapa-siapa
sebab antara sunnah Rasulullah sebelum tidur
mestilah memaafkan kesalahan orang...
so, aku memang tak nak marah siapa-siapa
tak nak benci siapa-siapa
sakit hati wooo
bila aku tak marah  / benci siapa-siapa
sumpah demi Allah aku mampu tidur lena + mimpi indah-indah je

tapi hari ni ada perempuan sorang tu dah usik aku
memang aku tak maafkan la
dah banyak kali dia buat hal dengan aku
tapi aku diam dan sabar je

dah la salahkan aku


tapikan, lepas aku taip entry ni sikit aku dah cepat-cepat rasa bersalah
mana boleh suka-suka nak benci orang kan?

dah la... malas fikir
abaikanlah beliau..maafkan jelah
kasik can la kat beliau menang
nah ambil lah piala-piala yang kau mahukan..
aku kalah pun tak apa... redha ni.. bukan pasroh

tapi perlu ingat la
kerana kau orang aku rela quit from my precious job
aku balik kampung tanam jagung-itu pun kalau ada tanah
aku tinggalkan kawan-kawan aku
kat kampung nun aku mana la ada kawan nak hangout
tak apa lah
aku kawan je dengan makcik-makcik kat kampung
jadi geng surau - insyaAllah

tapi aku set in mind
Allah uji aku macam ni
sebab, kalau aku balik kampung
maka, aku boleh jaga mak ayah aku
mak aku sekarang solat pakai kerusi dah
dah tak mampu nak solat normal
ayah aku pulak dah umur 86 tahun
jalan pun dah pelan-pelan
sedih aku tengok
so, aku fikir ni lah peluang aku untuk balas jasa mak ayah walaupun tak kan terbalas punya!
dah la aku ni asyik ditimpa musibah - aku tahu aku banyak dosa
sebab tu Allah bayar cash, mudah-mudahan insyaAllah diakhirat sana timbangan aku berat belah kanan je
sebab yang belah kiri semuanya Allah dah bayar cash kat dunia..insyaAllah amin amin amin Ya Rabb

lagi satu, pasal rezeki tu.. insyaAllah ada dimana-mana
rezeki tu Allah bagi
Allah dah bagi aku otak yang bijak
kepandaian dari segi kulinari - eceh
ada sedikit kepandaian dalam selok belok perniagaan
so, aku gunakan lah skill aku tu untuk meraih rezeki di bumi Allah
tak semestinya ada mastarji kena kerja kat opis
ye dok?

hehe... sat je aku dah cool
kepada anda yang itew... please lah
saya nak jaga mak ayah saya
tu aja..

mak ayah saya ada satu je dalam dunia ni
tak ada ganti dah.. tolong lah fahami.. tolong lah kembali pada si dia yang benar-benar lebih memerlukan awak. mak ayah saya lebih memerlukan saya dari awak memerlukan saya. hope awak faham lah. saya tulis dalam bahasa melayu ni. bukan bahasa orang asli kampung sungai pergam tau..

Tuesday, August 7, 2012

antara moment indah aku bersama mak

lokasi: surau al falah depan rumah
waktu: tengah tunggu waktu subuh masuk
tarikh: 6-ogos-2012 / 17 ramadhan 1433

saya: mok, hari ni bday kak. (sambil tersengih)
mok: ye ke? (terus menadah tangan berdoa utk saya)
saya: amin kan doa mak Y____Y

hadiah bithday yg tak terbanding selepas kurniaan Ilahi untuk terus hidup dimuka bumiNya. Syukur Ya Allah :)


antara doa mak, supaya aku mendapat jodoh yang soleh, yang boleh bimbing aku ke syurga Allah :)
InsyaAllah mak.

Thursday, August 2, 2012

Tasbih Digital

lupa pulak nak promote kat blog ni, he3
ni produk baru yang NisaShoppe jual
nama dia tasbih digital
kalau ada yang berminat boleh pm kat fb page NisaShoppe



warna bright pink dah sold out, lelaki pun beli warna bright pink :)
 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger