Tuesday, January 22, 2013

iklan pizza hut

4 beranak tengok tv
keluar iklan pizza hut

mak pun tanya,

mak: kak pandai buat pizza tak?
kak: kan hari tu dah buat..
mak: tapi takde tarik-tarik macam dalam iklan tu (referring to mozzarella cheese yang sticky tu)
kak: oo, yang tu dia letak banyak cheese. mak nak makan pizza ke?
mak: eh, tak ada lah.. saje je tanya.


konklusi aku:

sebagai anak yang kenal mak dia, aku tahu mak aku nak makan pizza. tapi dia tak suka yang beli kat kedai. maka aku kena buat pizza. ahhh... piece of cake je buat pizza nih (sambil kebas-kebas rambut kat bahu)

mak aku memang seorang yang indirect kalau dia nak makan atau nak apa-apa.. tapi bab-bab lain sangat direct sampai menikam dasar qalbu aku. contohnya pasal aku tak kerja-kerja lagi nih.. woha!

mak aku kalau dia nak makan kuih ulat bulu misalnya,

mak: tepung pulut kat kedai ada 1 plastik yang bocor. nyor kulit muda pun ada tu.
aku: mak nak makan kuih ulat bulu ke?
mak: haa, buat lah. kalau buat mak makan je. heheheh


macam tu lah dia kalau dia tiba-tiba nak makan sesuatu. hari tu dia tengok aku beli sosej. dia pun cakap, roti gulung letak sosej sedapkan makan hujan-hujan ni. dia tak minta aku buat. dia cuma mention nama makanan tu. maka aku pun gulung la sosej dengan roti dan frozen dalam peti ais siap-siap. sekarang ni, popia pun aku selalu buat stock frozen. sebab mak ayah aku suka makan. kalau habis pasti dia tanya, kulit popia tu mahal tak?

comel kan mak aku..

tapi mak siapa-siapa pun mesti akan berperangai comel dengan anak-anak dia kan?

sejak aku tak kerja ni memang kerja aku jadi chef, susah jugak nak masak ikut selera mak ayah ni. mak aku ok lagi, walaupun tak suka dia makan je. kalau ayah aku, direct dia cakap "TAK SEDAP" sangat demand la ayah aku tu. layannnn je.. heheh

oh btw, sambil-sambil up entry pertama ditahun 2013 ni aku nak buat iklan sikit. maklum la tak kerja, kena la cari duit poket jugak kan. iols nak pergi pulau redang ni. maka kena lah kumpul dana. uols-uols tolong lah iols ye.. woha!

iklan:

kalau sesiapa minat nak beli produk felinna, vcoa treenea, produk catalyst, boleh email kat nisadalim[@]gmail[.]com
boleh jugak sms 012 929 6002 
atau like je page nisaShoppe dan inbox untuk sebarang pertanyaan :)
boleh juga tengok kat entry felinna dan treenea

kalau nak rasa kek lapis resepi indonesia pun boleh. cara nak contact sama macam kat atas tu. homemade tau, insyaAllah sedap :)

1 comments:

JuadahMalaysia said...

comel ayat mak awak tu..he.

sib baik anak rajin masak

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger