Friday, July 26, 2013

Jala Emas

bagun je dari tidur pagi ni (yes, after sahur dan subuh saya akan tidur) saya pergi kat mak saya
sebab nampak dia duk siang pucuk lemidin untuk dibuat sayur lemak dengan labu manis. saya tengok je, tak tolong pun. sebab memang habit saya suka tengok mak saya potong sayur-sayur kampung. teliti je dia buat. lebih-lebih lagi kalau dia buang kulit labu manis. nipisnye. kalau saya lah, dengan isi sekali saya potong. memang fail bab mengupas buah-buahan dan sayur-sayuran berbentuk buah.

mak saya pun pandang saya, lepas tu dia cakapa, "buatkan jala emas untuk mak. teringin nya nak makan."
saya jawab, "kakak tak suka la jala emas, manis"
mak pun cakap " amboi, nak ikut selera dia je " ada sedikit nada merajuk kat situ.

lepas tu saya pergi mengadun bahan-bahan untuk kek lapis, lepas siap mengadun saya akan berehat sekejap sebelum mula melapis. maklum lah tulang belakang tak kuat. kejap-kejap kena rehat, kejap-kejap kena baring. kalau tak memang cramp sampai tahap nak rukuk dalam solat pun seksa.

waktu nak rehat tu saya pergi melepak kat bilik mak, dia baru lepas solat. saya pun cakap, "mak, kalau buat kuah yang macam kuah putu mayam tu boleh tak? kakak tak suka lah kuah serawa."
mak pun cakap, "kuah putu mayam pun manis, suka pulak dia."
saya pun jawab, "alaaa, tapi kuah putu mayam rasa dia lainn... rasa sedap. heheheh"

mak pun layankan aja. so win-win situation lah in this situation. dapat makan jala emas dengan kuah putu mayam instead of kuah serawa yang paling saya tak suka dari kecil lagi. mungkin sebab rasa telur dalam kuah serawa tu yang saya tak suka.

cara-cara nak buat roti jala tu boleh refer kat resepi roti jala di sini
kat sini saya nak share resepi kuah putu mayam tu je
kalau putu mayam belah negeri lain yang saya tengok, putu mayam akan di cicah dengan kelapa parut dan gula. tapi kat sini di terengganu dan mungkin juga di kelantan, putu mayam dimakan dengan kuah santan manis. orang yang tak suka manis memang reject terus kuah ni. sebab memang manis. resepi ni pun saya dah minta izin untuk kurangkan manis. kalau ikut resepi asal dari mak saya, nak pitam kalau makan. manis dia ya ampunn, saya pun tak boleh nak telan. ^_^




bahan-bahan

2 cawan santan tak pekat dan tak cair
1 dan 1/2 keping gula merah yang keping
2 sudu gula
2-3 kuntum bunga cengkih
1 sudu tepung jagung
daun pandan
secubit garam halus

cara-cara
larutkan tepung jagung dengan sesenduk santan, ketepikan
masak santan, gula merah, gula - sentiasa kacau supaya tak berketul
apabila gula merah dan gula dah larut, masukkan garam, larutan tepung jagung, bunga cengkih. kacau seketika. tutup api dan masukkan daun pandan.

*boleh buat cicah dengan roti, roti jala, putu mayam

0 comments:

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger