Wednesday, July 24, 2013

Mi Rebus Terengganu

Macam sure je cakap mi rebus terengganu
tapi saya rasa mungkin mi rebus pantai timur kot... entah lah, tak tahu pula mana origin resepi mi rebus ni. saya hanya jumpa mi rebus ni kat terengganu dan sekitar bandar kuantan, pahang je. kat kelantan saya tak tahu, sebab kalau ke sana tak ada lah pulak saya nak cari mi rebus. saya cakap mi rebus pantai timur sebab mi rebus negeri lain yang pernah saya makan, kuah dia pekat sangat. ada kata letak isi ubi keledek yang di blend halus, ada juga cakap letak biskut marie yang dikisar halus. tak tahu lah mana yang betul. tapi quite sedap juga mi rebus yang saya makan di negeri lain tu. antara yang saya suka mi abu (mi rebus, tauke dia nama abu ^_^) mi abu ni famous kat nun di utara semenanjung , alor star. kalau ke alor star saya memang mencari mi abu ni. sedap dia memang tuhan je tahu. kuah yang pekat likat tu memang best lah. nak buat sendiri tak tahu resepi pulak, lagi satu risau kalau buat jadi tak sedap dan dapat komen tak mengancam dari family, agak terguris hati disitu.. sensitif sikit dibulan puasa ni. haha

lagi satu mi rebus 'tuu dia paktam'. sedap juga untuk tekak saya. nama kedai tu memang tulis 'tuu dia paktam'. menurut kata kawan saya, pak tam ni asalnya meniaga pakai gerai pacak tepi jalan je. sekarang dah ada kedai besar siap dengan dewan seminar. bagus kan? dimana ada usaha, disitu ada jalan dan rezeki yang Allah bagi. sebab tu lah walaupun saya dah menganggur hampir 8 bulan, saya masih tetap percaya rezeki hanya Allah yang bagi. bukan kabel, bukan kawan-kawan, bukan juga pakcik makcik yang boleh bagi surat sokongan untuk mintak kerja. walaupun tak kerja, saya berusaha meniaga dalam talian (online bisnes). alhamdulillah masuk lah juga rezeki tu, cukup lah untuk membayar hutang-hutang belajar diuniversiti dulu. saya mohon kalian yang membaca ni, tolong doakan ye, agar saya dapat pekerjaan yang baik dan halal tak lama lagi. InsyaAllah moga dengan keberkatan bulan Ramadhan yang mulia ni ada lah nanti mana-mana syarikat yang akan panggil saya untuk bekerja. setelah musibah demi musibah datang menimpa. saya percaya, selepas hujan panas, akan ada pelangi yang indah. InsyaAllah. :)

ok, berbalik pada resepi mi rebus terengganu ni. sebenarnya senang sangat nak buat ni. kalau balik kerja, sampai rumah dalam pukul 6.15pm pun masih sempat nak buat mi rebus ni. bahan-bahan dia sangat simple. nak buat pun senang. jom cek resepi dia: 




bahan-bahan
1 paket mi kuning di cuci bersih
sayur-sayuran seperti sawi, carrot, tomato, kobis - boleh tambah / tukar sayur lain juga tapi saya tak pernah skip sawi, carrot, dan tomato.
ayam dipotong kecil-kecil
fish cake / fish ball - optional
2 sudu kecil lada hitam ditumbuk halus
3 ulas bawang putih ditumbuk kasar
garam dan serbuk perasa
1 sudu besar kicap
1 sudu besar sos cili
air secukupnya untuk kuah

cara-cara
panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau
masukkan lada hitam
masukkan ayam
kacau hingga ayam kelihatan separuh masak
masukkan air
apabila dah mendidih masukkan garam dan bahan perasa, kicap serta sos, kacau rata
masukkan mi serentak dengan sayur. kacau seketika dan tutup api.

siap untuk dihidangkan

tips#1: kalau tiada tomato, masukkan sedikit asam jawa untuk bagi sedikit hint masam-masam
tips#2: sedap dimakan dengan cili potong dan perahan limau nipis


- Selamat Mencuba ^_^

2 comments:

JaSSNaNi said...

assalam..
saya suka makan mee rebus.. tapi mee rebus saya belah utara lah.. ada cucur dalamnya.. kuah pekat ada ubi kentang rebus.. hmmm tak sabaq nak balik kg lah..

KayNisa said...

wslm,
haa, mi rebus macam awak ni lah yg saya pernah makan tu. ada cucoq, ada tauhu goreng. hui sedapnyaaa.. tapi tu version utara lah kan. hehe

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger