Monday, July 22, 2013

Puding Laici Dangdut

1st time try puding ni masa bulan syaaban lepas. masa tu duk prektis-prektis puasa dengan mak. mak saya ni suka desert berbentuk agar-agar atau jelly. favourite dia agar-agar sirap pandan. dulu saya tak pandai la nak buat agar-agar sirap pandan tu. memang tak jadi lah punya. tapi sejak duk kampung ni, banyak benda juga la saya belajar dalam bab masak memasak ni. ada la juga beberapa tips yang mak saya ajar. untung juga tak kerja ni kan. boleh eratkan silaturahim dengan mak.

bukanlah sebelum ni tak rapat, sebelum ni pun rapat. tapi sejak sambung pelajaran dari umur 18tahun, memang saya jarang dah ada kat rumah. dah la saya ni jenis suka berjalan. asal cuti je panjang je langkah pergi berjalan-jalan kenal negeri orang. sekarang ni bila dah menganggur, sampai ke bercucuk tanam pun saya buat. orang kampung pun fikir semacam je. tapi saya buat tak tahu je. yang penting tiap kali saya masak untuk breakfast , lunch, dinner.. mak ayah suka. banyak dah menu-menu baru saya perkenalkan pada mak ayah. seronok betul tengok mereka makan. tapi ada juga lah yang mereka tak suka. contohnya spaghetti, makaroni bakar, aglio olio.. memang mereka tak kan menambah. makan sekadar untuk kenyangkan perut. sedih juga. sebab tu favorite saya. heheh

ok lah, berbalik pada puding laici dangdut ni, tidak lah saya tahu kenapa nama dia macam tu. masa makan tak ada lah pulak saya nak berdangdut bagai. hahaha tapi rasa dia memang nyaman sangat. lebih-lebih lagi diwaktu puasa di musim panas. rujukan resepi ni banyak, antaranya kak ita dan pokcik mat. lain-lain source tu rata-ratanya dari sumber yang sama juga iaitu auty hanieliza.


resepi ni saya ubah sikit sebab ikut kesesuaian jenis agar-agar yang saya guna iaitu agar-agar tali. kalau dulu memang fail lah nak guna agar-agar tali ni. keras lah, terlembik lah. sekarang alhamdulillah dah pandai dah.. yeay tepuk tangan :)







bahan-bahan
1 paket agar-agar tali (15g)
2 plastik air - sukat air pakai plastik pembungkus agar-agar tali. / kalau tak nak sukat pakai plastik ni boleh sukat pakai tin susu cair iaitu anggaran 4tin air.
9 sudu besar gula - saya buat manis sebab mak saya suka manis. kalau tawar dia tak lalu nak telan. T_T
1 tin susu cair
1 tin laici

cara-cara masak puding
masak agar-agar dengan air hingga mendidih
blend kasar 3/4 tin isi laici bersama airnya dengan 3/4 tin susu cair.
apabila agar-agar sudah mendidih masukkan gula, kacau hingga gula melarut
kecilkan api dan masukkan bahan yang diblend tadi. kacau rata dan tutup api.
susun aturkan lebihan laici tadi dalam acuan
tuangkan larutan agar-agar kedalam acuan
sejukkan sebelum dimasukkan kedalam peti ais - kalau bubuh panas-panas nanti rosak peti ais. ;)

cara-cara masak kuah puding
masak 1/4 lebihan susu cair tadi dengan 3/4 tin air - sukat pakai tin yang sama
masak dalam periuk yang guna untuk masak agar-agar tadi, sebab bagi saya lebihan agar-agar yang masih melekat pada periuk tadi akan membantu untuk memekatkan kuah. masukkan 1sudu gula. masak hingga merenih. sejukkan sebelum masukkan kedalam peti ais.

cara menghidang
bubuh puding dalam bekas, tuang kuah dia. dah boleh ngap.

selamat mencuba. :)

tips: kalau guna buah laici fresh lagi sedap, sebab rasa masam manis tu lagi mengancam :)

2 comments:

JaSSNaNi said...

Salam kenal.. selamat berpuasa.. singgah sini sebab nampak puding laici berdangdut lagi nyam nyam.. sedapnya.. .. follower ke 149 awak.. :)

KayNisa said...

JassNani: salam kenal, thanks sudi singgah tengok resepi. try la cuba puding ni. sedap elok je dia berdangdut kat tekak. nyaman je. thanks follow :)

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger