Saturday, November 16, 2013

2 tahun November

2 tahun lepas
november saya benar-benar november rain
hujan air mata menjadi teman

air mata mengalir bagai anak sungai yang laju tatkala terpandang pada bekas kesan cincin dijari
lama juga kesan cincin tu nak pudar
menandakan sejak ia disarung, cincin tu tak pernah tanggal

since that day
jari jemari kembali kosong
sekosong hati saya

tak pernah ingat the exact date
tak mahu ingat
tak sanggup nak ingat

pilu
pedih
hancur
sedih
marah
semuanya bercampur baur

saya seorang diri cuba tabah kan hati *mata mula bergenang*
mak cuma mampu menelefon dari jauh
setiap hari mak telefon
dia akan suruh abang ngah dail kan
sebab mak tak pandai guna phone

kalau saya tak mampu nak tanggung sedih
saya akan call kawan baik saya
she is one of my best friend
dah anggap seperti adik beradik
sampaikan parents dia pun tolong pujuk saya
supaya tak bersedih
sedih tapi manis tetap ada
walau hati dirobek hancur
masih ada yang sudi tolong menampal
mencantum kembali hati yang dah berkecai

sampai hari ni, saya masih seorang
masih sendiri meniti usia yang bakal menginjak 3 series
yes - next year I'm gonna be 30 years old
masih lagi merawat luka-luka yang tersisa
belum mampu nak buka hati ni pada insan yang lain
im not ready yet
seriously im not ready

but if jodoh datang
saya akan terima dengan hati terbuka
siang malam doa saya
moga dijodohkan dengan lelaki yang soleh,
yang meminang dan menikahi saya dan menjadi sahabat saya dunia dan akhirat

november tahun lepas
satu lagi keputusan besar saya buat
berhenti kerja dan pulang ke kampung
menemani kedua ibu bapa yang semakin tua
menganggur itu macam-macam rasa
seperti buah anggur
ada masam manis kelat

november tahun ni
saya berhijrah ke suatu tempat yang baru
moga dengan restu dari ibu bapa
saya mendapat cahaya baru
jodoh yang baru juga mungkin *smile and blush*
InsyaAllah
moga Allah permudahkan segalanya
permudahkan jalan rezeki dan jodoh saya
dan tentunya permudahkan jalan hidup saya sehingga ke akhirat
aminn aminn aminn ya Rabb

1 comments:

Lisa Redzuan said...

insya-allah..sentiasa mendoakan yg terbaik untuk maklong..smile.. :-)

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger